Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Sekejapnya…

Apabila kita melihat jam untuk mengetahui masa maka ada ketikanya kita akan menyatakan bahawa masa yang berlalu itu sekejap sangat.

Contonya, “Sekejap dah hari ini Jumaat, rasa macam semalan baru hari Isnin. Sekejap dah seminggu. Sekejap dah sebulan. Sekejap dah setahun.”

Kita hanya mengeluh sekejapnya masa berlalu tetapi kadangkala kita lupa dan alpa tentang masa yang diberikan oleh Allah s.w.t. mesti digunakan dengan sebaiknya. Masa digunakan untuk perkara-perkara yang baik, berfaedah dan bermanfaat bukannnya membazirkan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia seperti perkara lagha dan keji, dosa dan maksiat.

Adakah masa itu telah diisi dengan banyak melakukan amalan-amalan soleh? Berapa banyak kita membaca buku? Berapa banyak kita mengaji al-Quran? Sudah bersungguh-sungguhkah kita mencari ilmu? Dan lain-lain pertanyaan yang boleh dijadikan muhasabah.

Di sini, saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai satu hadis ini supaya dijadikan renungan dan iktibar.

حَدَّثَنَا عَبَّاسُ بْنِ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ الْعُمَرِيُّ، عَنْ سَعْدِ بْنِ سَعِيدٍ الأنْصَارِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ÷: لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَومِ، وَيَكُونُ الْيَومُ كَالسَاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ. (رواه الترمذي)
Maksudnya: Abbas bin Ad-Duri menceritakan kepada kami, Khalid bin Makhlad menceritakan kepada kami, Abdullah bin Umar Al-Umari menceritkan kepada kami, dari Sa’ad bin Sa’id Al-Anshari, dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari kiamat tidak akan datang sehingga masa (zaman) terasa berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu (satu Jumaat), satu minggu seperti satu hari, satu hari seperti satu jam, dan satu jam seperti dharamah (sesuatu yang cepat terbakar) dengan api.
(Hadis riwayat At-Timizi)

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!