Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

Bergerak Lebih Baik Daripada Berhenti

Lepas siap tulis entri tajuk Tulis Point-point, saya pun dapat idea tentang bergerak lebih baik daripada berhenti. Alhamdulillah.

Rasanya kalau masa di dunia ini lama sudah tentu bila dapat idea je terus menulis. Tak payah buat kerja lain. Tapi pada hakikatnya tak boleh buat macam tu kerana banyak lagi kewajipan yang mesti dilaksanakan.

Ok, berkait dengan bergerak... saya nak buat perumpamaan yang ada di alam ini. 

Kenapa saya kata bergerak lebih baik daripada berhenti? Ok kalau kita tengok benda-benda yang ada di dunia ni kebanyakannya adalah bergerak.

Kalau kita tengok air. Air sungai yang mengalir lebih baik daripada air lombong yang bertakung. Air sungai yang mengalir airnya lebih bersih dan segar. Berbeza air yang bertakung, disebabkan tidak bergekak air itu menghasilkan bau yang busuk dan airnya nampak tidak cantik.

Contoh lain, angin. Angin pun bergerak juga. Tiupan angin membuatkan kita berasa nyaman dan sejuk. Kalau kawasan tu tak berangin sudah tentu rasa panas dan berpeluh. 

Kita memang memerlukan angin dan udara yang nyaman dan sejuk. Sebab tu tiap-tiap hari kita pasang kipas atau aircond. Kalau zaman sekarang tak kira masa pagi, petang, siang, malam pasang kipas atau aircond. Jadi, angin yang bergerak itu telah memberi manfaat kepada kita.

Begitu juga dengan fizikal kita. Kita boleh merasakan organ-organ yang terdapat di dalam anggota badan kita bergerak. Jantung bergerak mengepam darah dan oksigen. Nadi pun berdenyut. Darah mengalir di saluran darah dan urat. ada yang sampai ke urat saraf dan ke otak. 

Rasanya banyak lagi sebab dalam badan kita ada banyak urat. Kalau nak tahu dengan lebih terperinci kena baca buku sains. Baca balik.

Begitu juga dengan pernafasan. Kita tidak sedar berapa banyak kali gas oksigen yang masuk ke rongga hidung dan mulut kemudian mengeluarkan gas karbon dioksida semasa proses pernafasan berlaku. Ini semua menunjukkan kepada pergerakan. 

Rasanya kalau benda-benda ni tak bergerak apa akan terjadi pada diri kita? Sudah tentulah kita akan mati. Macam orang mati, jasadnya terkujur kaku. Tidak bergerak.

Pada zaman ini, para saintis yang membuat kajian mendapati bumi, matahari, bulan, bintang dan benda-benda yang terdapat di angkasa semuanya bergerak. Ini bertepatan dengan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Al-Quran dah beritahu kepada manusia sejak 1400 tahun yang lalu tapi saintis baru jumpa penemuan itu hasil pengkajian mereka.

Siapa yang yakin akan masuk Islam dan beriman kepada Allah. Siapa yang tidak yakin akan terus mengingkari-Nya.

Pergerakan yang berlaku kepada bumi, matahari, bulan, bintang dan lain-lain menunjukkan mereka patuh dan taat kepada perintah Allah. Mereka bergerak atas perintah Allah. Mereka bergerak sehingga masa yang ditentukan. Mereka bergerak pada tempat dan laluan masing-masing yang telah ditentukan. Tak pernah berubah dan beralih dari landasan masing-masing mengikut sesuka hati.

Beginilah keadaan mereka sebagai makhluk Allah yang bergerak mengikut ketentuan-Nya. Jadi, kalau kita bagaimana? Adakah bergerak ke tempat yang salah dan tidak sepatutnya atau berhenti dengan tidak membuat sebarang perubahan ke arah kebaikan? 

Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya ilmu dan iman. Sekiranya kita orang yang berilmu dan beriman maka sudah pasti kita akan membuat perkara yang sewajarnya.   

Iktibar dan pengajaran yang boleh diambil ialah dengan berusaha kita akan berjaya dan mendapat hasil yang diinginkan serta tidak boleh berputus asa dan berpeluk tubuh. Kita juga mesti menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada-Nya dengan melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Tulis Point-point

Pada kali ini saya nak cuba tulis secara point-point pula.

Tulis macam dalam buku nota. Tulis point-point penting je... supaya mudah nak baca dan ingat.

Kalau tulis panjang-panjang rasa susah nak baca... campur dengan rasa malas nak membaca. Jawabnya tak membacalah. Ni hal tentang buku nota masa belajar dulu-dulu.

Ok jug tulis macam ni... ringkas, padat dan ada mesej. 

'Mesej', itu yang penting. Walaupun tulis pendek-pendek tapi ada mesej.

Tapi kalau tulis panjang berjela-jela kalau takde mesej tak guna juga. Tulis panjang-panjang tapi mengarut, tak ada penghujung, ayat tergantung dan sebagainya. Macam mana nak faham maksud yang nak disampaikan.

Tulis point-pont tak bermakna saya tak suka tulis panjang-panjang lagi. Tidak.

Insya-Allah, tulisan yang panjang akan saya usahakan cuma pada saya nak tulis panjang-panjang ni memerlukan masa yang agak sedikit lama untuk disiapkan. Tak boleh tulis secara semberono. Tidak boleh.

Perlu lebih kepada pembacaan yang luas, pengkajian terhadap tajuk yang ingin disampaikan, maklumat yang jelas dan terperinci dan sebagainya. 

Pada saya kalau tulis artikel yang panjang tu buat kita jadi susah nak menulis dan terbantut pengasahan kemahiran menulis maka adalah lebih baik tulis pendek-pendek dulu-dulu.

Disebabkan rasa susah nak siapkan ertikel yang panjang sebab ketandusan idea, kita pun berhenti menulis.

Biasalah kadang-kadang susah juga nak dapatkan idea. Saya pun macam tu juga.

Jadi, saya pun ambil langkah ini supaya dapat meneruskan proses pengasahan kemahiran menulis, menggerak jari-jemari menaip di komputer dan menggerakkan otak untuk berfkir dan mengembangkan idea.

Rasanya cara ni la yang boleh saya buat sekatat ni. Yang penting saya tidak berhenti dan berputus asa tetapi saya terus... dan terus bergerak dan berusaha. 

Belajar Dari Pengalaman Lalu

Dalam tajuk entri ini ada dua perkataan yang perlu diberi perhatian, iaitu belajar dan pengalaman.

Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, belajar ialah berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb.

Manakala pegalaman pula bermaksud apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll).

Setiap orang mempunyai pengalaman hidup masing-masing. Ada pengalaman manis, pahit, baik dan buruk.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Pengalaman-pengalaman yang lalu banyak mengajar tentang kehidupan.

Pengalaman menjadikan seseorang itu matang. Pengalaman boleh mematang fikiran, tingkah laku dan sikap.

Pengalaman mengajar diri untuk berubah dan melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman lalu ialah buat yang terbaik dan sikap berhati-hati.

Berkait dengan buat yang terbaik dan berhati-hati ialah kita peka terhadap perkara-perkara seperti perbuatan yang hendak dilakukan, membuat keputusan, menyampaikan idea, kata-kata ketika berbicara, tingkah laku, sikap, pendirian dan seumpamanya.

Kesimpulannya, buat yang terbaik dan berhati-hati pada setiap perkara adalah supaya pada masa hadapan kita tidak lagi tidak dikuasai oleh tekanan hidup, berdepan dengan kesilapan yang berulang dan lain-lain.

Jom Berfikir

Teruskan berfikir. Mencari idea.

Mencari idea yang terpaling baik dan terhebat.

Banyak berfikir. Fikiran atau ingatan yang datang bermacam-macam. Pelbagai perkara yang difikirkan.

Banyakkan berfikir. Tapi fikir yang baik-baik saja.

Berfikir untuk dapatkan idea, kadang-kadang senang dapat idea, kadang-kadang susah juga nak dapatkan idea.

Kerahkan lagi otak untuk berfikir. Tingkatkan lagi daya berfikir. Berfikir sehingga dapat idea.

Kerahkan lagi otak untuk berfikir. Jangan malas berfikir. Idea takkan turun dari langit. Jadi, kena berfikir juga.

Ketika berfikir cuba dapatkan fikiran, ingatan, dan idea yang tersusun.

Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan seperti:

Berfikir untuk mendapatkan kejayaan.

Berfikir untuk memenangkan Islam.

Berfikir tentang Islam dapat didaulatkan dan tegakkan di atas muka bumi.

Berfikir tentang perbuatan seharian agar sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.

Berfikir tentang syurga dan neraka.

Berfikir tentang kematian supaya insaf.

Berfikir tentang akhirat. Kehidupan dunia sekejap dan sementara. Kehidupan akhirat kekal selama-lamanya.

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan akal kepada manusia yang digunakan untuk berfikir. Oleh itu, guna dan manfaatkan akal dengan sebaik-baiknya.

Isnin, 20 Februari 2012

Suatu Hari Nanti Mulut Ditutup

Firman Allah s.w.t.:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ (٦٥)
Maksudnya: Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Yasin: 65)

Firman Allah s.w.t.:

وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلاَ أَبْصَارُكُمْ وَلاَ جُلُودُكُمْ وَلَكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لاَ يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ (٢٢)
Maksudnya: Dan Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
(Fussilat: 22)

Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada ayat-ayay ini bahawa ketika hari kiamat nanti mulut ditutup manakala tangan dan kaki boleh bercakap. Begitu juga pendengaran, penglihatan dan kulit menjadi saksi di hadapan Allah.

Ini bermakna bahawa seluruh anggota kita merakamkan segala perbuatan kita di dunia. Sekiranya diri ini benar-benar sedar dan ingat tentang ayat ini maka jika mahu melakukan maksiat pasti akan berasa malu dan takut kepada Allah. Oleh itu, diri ini mesti sentiasa ingat dan sedar untuk menjadi hamba Allah yang taat dan sabar melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Mesti ingat dan sedar bahawa perbuatan jahat itu perkara yang boleh mengaibkan diri lebih-lebih lagi ketika di akhirat. Wal’iyazubillah, minta dijauhkan agar tidak mendapat malu besar di akhirat nanti.

Ya Allah, kami mengharapkan keampunan-Mu. Tutuplah keaiban kami di akhirat kelak, sebagaimana Engkau telah menutupnya di dunia. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Menutup keaiban.

 Rabbani Feat Mawi - Saksi

Sabtu, 18 Februari 2012

Doa Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِ خْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٠)
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu.
(al-Hasyr: 10)

Khamis, 16 Februari 2012

Watak

Sebelum ni saya selalu dengar orang kata macam ni,

“Ha… buat watak la tu.

Kau buat watak apa hari ni?

Hish, geram betul la gengan watak dia hari ni!

Dia ni asyik buat watak je.”

Dan lain-lain lagi ayat yang seumpama dengannya.

Masa tu saya tak faham tentang kata ‘watak’ tu. Sekarang baru saya faham kenapa ada orang cakap macam ayat di atas… rupa-rupanya ada sebuah lagu ni tajuknya Watak. Nyanyian siapa lagi tak tak bukan Hafiz AF 7.

Di bawah ni saya selitkan videonya yang diambil dari youtube


Lirik:
Tangan dikocek
Jalan menyenget
Mata ke bumi
Hati ke langit
Sabar menanti
Peluang datang
Begitulah

Selepas hujan
Nanti kan nyaman
Sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan senang
Lumrahnya

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari

Chorus
Tak esok atau lusa
Malah jua
Mungkin bila-bila
Hidup berubah

Namun kini
Kala ini
Watak sebegini
Ku perlakonkan

Tangan di dagu
Duduk termangu
Kopi secawan
Tidak keruan
Sehari lagi
Kian berlalu
Begitulah

Lambungkan syiling
Pilih antara
Kepala bunga
Betul dan salah
Menang dan kalah
Bukan pengakhir
Segala

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari

Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Samad

Saya rasa ok la lagu ni sebab mesejnya tentang kehidupan sehari-hari. Ok la lagu ni. Terus terang saya kata secara jujurnya saya suka lagu-lagu yang berunsur dan bertemakan dakwah, ketuhanan, nasihat, nilai-nilai murni dan kehidupan. Saya tak suka lagu-lagu cinta walaupun lagu tu lagu nasyid.

Kalau nak buat lagu cinta pun buatlah lagu cinta kepada Allah ke... cinta kepada Rasulullah ke... cinta kepada Islam ke... cinta kepada al-Quran dan Hadis ke... cinta kepada hukum-hukum Islam ke... cinta kepada saudara-saudara seakidah ke... kan bagus!

Tak pun buatlah lagu membangun bersama Islam pasti cemerlang ke... Islam itu adil untuk semua ke... umat Islam bersatu menentang kuffar ke... umat Islam bersatu menentang kezaliman dan lain-lain.

Tentang lagu watak ni saya baru je tahu... baru minggu ni. Tak tahu pun sebelum ni ada lagu macam ni. Tapi ada hari tu saya tengok tv astro chanel apa ntah saya pun tak ingat... ada la siar video klip lagu baru ni.

Lagu ni kira lagu baru la... rupa-rupanya saya dah lama tak ambil tahu tentang perkembangan lagu-lagu baru artis Malaysia. Tapi bagi saya yang tu tak penting, tak tahu pun takpe.

Bila fikir balik, jadi tahu lagu-lagu atau cerita-cerita baru di tv ni pun sebab selalu sangat tengok tv. Kalau masa saya di KUDQI dulu susah juga la nak tengok TV sebab di sana mana ada tv. Cuma kalau pegi kedai makan sempat la juga tengok tv tapi itu pun sekejap je... habis makan terus balik ke asrama. Takde la lepak lama-lama kat kedai tu.

Kadang-kadang saya fikir bagus juga takde tv sebab tak la leka sangat dan banyak buang masa depan tv. Sebenarnya ni menyentuh soal pengurusan masa seseorang. Kalau dia bijak menguruskan masa pasti dia tidak akan banyak buang masa depan tv sebab dia akan tengok tv untuk rancangan yang penting-penting saja. Kalu ada rancangan yang tak peting buat apa tengok. Ni dari sudut negatifnya la kalau asyik tengok tv je. Banyak kerja yang penting diabaikan.

Satu lagi bagi individu yang tak bijak pilih rancangan tv akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan gejala negatif. Tv ni macam boleh mempengaruhi dan merosakkan otak orang. Jadi orang yang dah terpengaruh tu pula senang sangat nak ikut benda-benda yang tak  baik tapi kalau benda-benda yang baik susah pula nak ikut. Tambahan pula kalau kurang pengetahuan agama, iman lemah dan kurang berakhlak mulia lagi la mudah terpengaruh dengan perkar-perkara negatif.

Ok itu cerita tentang keburukan tv kalau kebaikannya pula macam nak tahu berita atau isu semasa. Macam sekarang dah ada TV Al-Hijrah, Osasis dan TV 9. Ok la ada la rancangan berbentuk keagamaan dan ilmiah. Kalau macam ni memang ok la tapi  kebiasaannya rancangan-rancangan yang baik ni tak banyak ada di tv.

Ini yang sedih, rancangan yang baik... yang berunsurkan keagamaan dan ilmiah memang sikit. Termasuklah juga drama dan filem yang berunsurkan keagamaan dan ilmiah. Kan bagus kalau ada penerbit dan pengarah tv, filem dan drama yang lembut hatinya suka buat cerita-cerita yang berkaitan dengan Islam dan dakwah.

Kalau boleh dia jadikan Islam dan dakwah perkara utama dalam cerita-cerita, rancangan-rancangan dan program-program mereka. Agak-agaknya ramai tak penerbit dan pengarah yang macam tu... yang suka kepada Islam dan dakwah. Saya harap-harap ada la... kalau tak ada pada hari ini... insya-Allah pada masa akan datang.

Kalau saya yang buat... memang tak boleh la sebab saya tak belajar bidang ni. Lagi pun saya takde kepakaran dan kemahiran dalam bidang ni. Lainlah saya memang ahlinya tetapi dalam hati saya sentiasa berharap agar suatu hari nanti ada banyak cerita-cerita yang baik di tv... insya-Allah.

Eh, dah macam-macam watak pula yang saya ceritakan. Tak kisah la tentang tu. Kesimpulannya, walaupun tv tu ada manfaat tapi bagi saya masih tak banyak lagi benda-benda baik di tv... yang banyak benda-benda tak baik di tv. Apa yang penting ialah kalau boleh sesiapa yang berkenaan buatlah cerita-cerita, rancangan-rancangan dan program-program yang berkaitan dengan Islam dan dakwah lebih banyak daripada perkara-perkara yang menjauhkan diri manusia daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Allah.

Selasa, 7 Februari 2012

Binnabil Huda - UNIQUE

Versi Arab

Versi Melayu


Lirik:

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Huwal Hadil Basyir

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Ya Rasulallah
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Rasulallah..
Habiballah..
Nabiyallah..
Sofiyallah…
Rasulallah

Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Pengetahuan Asas Mengenai Rasulullah S.A.W.

Keturunan Rasulullah s.a.w.
Dari Adnan, keturunan baginda bersusur galur kepada Nabi Ismail, iaitu anak kepada Nabi Ibrahim.

Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Dilahirkan di Makkah pada subuh hari isnin 12 Rabiul Awwal tahun gajah.

Dinamakan Tahun Gajah kerana Abraham al-Asyram hendak menyerang dan menghancurkan Ka’bah tetapi digagalkan oleh Allah.

Ayahandanya wafat ketika baginda baru 2 bulan dalam kandungan ibunya. Baginda adalah yatim ketika dilahirkan.

Ibunya wafat ketika baginda berusia kira-kira enam tahun.

Datuknya wafat ketika baginda berusia 8 tahun. Selepas itu, baginda gijaga oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib.

Dada baginda pernah dibedah untuk dicuci oleh Malaikat Jibril ketika berusia 5 tahun di perkampungan Bani Sa’ad.

Ibu Susuan Rasulullah s.a.w.

1. Thuwaibah Aslamiyyah selama beberapa hari
2. Halimah Al-Saadiyyah

Pekerjaan Rasulullah s.a.w. ketika remaja

1. Berniaga
2. Mengembala kambing

Pernikahan Rasulullah s.a.w.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah.

Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria).

Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda.

Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia.

Isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. 'Aisyah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Zainab binti Khuzaimah
6. Hindun binti Abi Umaijah
7. Zainab binti Jahsy
8. Juwairiyah binti Harith
9. Safiyyah binti Hujaj
10. Ramlah binti Abu Sufian
11. Maimunah binti Al-Harits

Anak-Anak Rasulullah s.a.w.

Hasil perkahwinan dengan Saidatina Kahdijah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ruqayyah
4. Zainab
5. Ummu Kalsum
6. Fatimah az-Zahra.

Hasil perkahwinan dengan Mariah Al-Qibtiyyah:
Ibrahim

Anak lelaki Rasulullah s.a.w. wafat sejak kecil.

Bapa dan ibu saudara Rasulullah s.a.w.

1. Al-Harith bin Abdul Muthalib
2. Muqawwam bin Abdul Muthalib
3. Zubair bin Abdul Muthalib
4. Hamzah bin Abdul Muthalib
5. Al-Abbas bin Abdul Muthalib
6. Abu Thalib bin Abdul Muthalib
7. Abu Lahab bin Abdul Muthalib
8. Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
9. Hijl bin Abdul Muthalib
10. Dzirar bin Abdul Muthalib
11. Ghaidaq bin Abdul Muthalib
12. Safiyah binti Abdul Muthalib
13. 'Atikah binti Abdul Muthalib
14. Arwa binti Abdul Muthalib
15. Umaimah binti Abdul Muthalib
16. Barrah binti Abdul Muthalib
17. Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Catatan Ringkas tentang Rasulullah s.a.w.

Sebelum dilantik menjadi rasul baginda digelar Al-Amin oleh penduduk Mekah.

Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun di gua Hira’.

Baginda adalah pesuruh Allah s.w.t. yang terakhir.

Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam.

Baginda adalah rasul bagi seluruh umat di dunia.

Mukjizat terbesar baginda adalah al-Quran, iaitu kitab suci umat Islam.

Mukjizat lain adalah seperti terbelahnya bulan, perjalanan Isra dan Mi'raj dari Madinah menuju Yerusalem dalam waktu yang sangat singkat dan lain-lain.

Baginda mempunyai kecerdasan dan memiliki keperibadian yang mulia dan terpuji serta masih menjadi ikutan para pemeluk Islam hingga hari ini.

Baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda juga diangkat sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.

Baginda adalah pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Memahami Erti Maulidur Rasul Sebenar

Konsep Al-Wasatiyyah


Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)

Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.

Firman Allah (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)

Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada  perkataan al-Wasat (الوسط)  yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Apabila menafsirkan al-Quran dan menghuraikan hadith daripada perkataan al-Wasat adalah tidak tepat dengan makna zahir bahasanya sahaja, sehingga membawa maksud pertengahan di antara baik dan buruk secara bercampur aduk atau adil dan zalim sama-sama dilakukan, dengan maksud boleh dikumpulkan  benar dan salah, makruf dan munkar, buat baik dan buat maksiat kerana mesej Islam yang bersumberkan al-Quran dan ditafsirkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W membawa mesej pelaksanaan kebaikan yang terbaik dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala kemunkaran dan mencegahnya secara hikmah.

Ramai yang mengambil kesempatan meninggalkan syariat Allah dengan sengaja, berselindung di sebalik menafsirkan al-Wasatiyyah dengan hujjah, kononnya mengikut kehendak semasa, dengan cara tidak istiqamah mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W dengan bergantung kepada terjemahan dari segi zahir bahasanya sahaja yang bermakna pertengahan di antara baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan munkar dalam keadaan mencampur adukkan kebaikan dan keburukan atau melaksanakan Islam secara terpilih, bukan keseluruhannya kerana mengikut langkah-langkah syaitan atau  beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi, laksana kaum Yahudi yang dimurka Allah (al-maghdub alaihim), atau mengikut kemahuan sendiri laksana penganut ajaran sesat (al-dallin), tanpa usaha yang bersungguh-sungguh melaksanakan mesej umat terpilih dengan menegakkan makruf dan menentang kemunkaran atau tidak bercita-cita melaksanakan Islam sepenuhnya, dibuktikan dengan lebih setengah abad berpeluang mendapat kuasa politik memegang amanah.

Sederhana bukan beramal dengan Islam tanpa kesungguhan atau tidak melampau sehingga menyerah kalah, tanpa perhitungan sempadan nilai yang sebenar daripada hukum Allah dan matlamat kejadian manusia dan fitrahnya mengikut penciptanya sendiri iaitu Allah S.W.T, sehingga  meninggalkan syariat Allah yang asasi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, meninggalkan kewajipan beramal dengan syariat Allah serta tidak sempurna melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Allah memberi amaran kapada kaum Bani Israil yang dimurka sehingga hari kiamat, supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Firman Allah (maksudnya):

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah: 42)

Apabila Islam keseluruhannya adalah panduan dan petunjuk jalan serta batas sempadan perjalanan kehidupan manusia, jika meninggalkannya atau pelaksanaannya tidak sempurna, menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, maka Islam pula yang dipersalahkan.

Perlu difahami bahawa setiap aspek ajaran Islam yang berkait dengan akidah dengan setiap rukun dan cabangnya, syariat dalam segala urusannya, akhlak dalam segala hubungannya dan sistem pelaksanaannya secara menyeluruh adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan atau dikurangkan.

Zahir ayat Ummat Wasatiyyah tersebut menegaskan bahawa umat Islam dijadikan contoh di kalangan seluruh manusia dan layak menjadi saksi bagi pihak Rasul terhadap manusia pada hari kiamat kelak, bahawa para Rasul telah menyampaikan petunjuk Allah yang bernama Islam dengan amanah dan sempurna, sehingga mengharungi perjuangan bersama Rasul atau meneruskan perjuangannya yang penuh pengorbanan harta dan jiwa raga, bagi mengislamkan manusia dalam seluruh cara kehidupannya dari dunia dan berwawasan hari akhirat, bukan sekadar wawasan 2020.

Mengikut kaedah ilmu tafasir, al-Quran hendaklah ditafsirkan mengikut keutamaan. Sekiranya ada ayat-ayat al-Quran sendiri yang menafsirkan al-Quran hendaklah didahulukan, kemudian diikuti dengan sunnah Rasulullah S.A.W yang menafsirkan al-Quran, seterusnya diikuti dengan tafsir para ulama sahabat yang menerima secara berdepan dan menyaksikan tafsiran Rasulullah S.A.W secara menghayatinya, kemudian tafsir para ulama salaf dan khalaf (generasi awal dan mutakhir) yang menafsirkan al-Quran mengikut Ulum al- Quran (Ilmu-Ilmu alat bagi memahami al-Quran). Begitulah caranya al-Quran ditafsirkan dengan tepat, mengikut  perintah Allah dan petunjuknya melalui Rasulullah S.A.W supaya diamalkan dengan berdasarkan iman. Kalau tidak maka tafsirnya salah dan berdosa besar  atau menyeleweng sehingga sesat dan menyesatkan. Kalangan ulama yang mengambil pendekatan begitu adalah mengambil contoh golongan ahli kitab yang dimurka Allah (al-Maghdub alaihim dalam surah al-Fatihah) atau ulama jahat.

Firman Allah menunjukkan adanya kalangan ulama seperti ini (maksudnya):

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (Surah al-A’raf: 175-177)

Para ulama tafsir menceritakan ayat-ayat ini berkait dengan ulama yang disuap dengan kesenangan dunia sehingga sanggup memutar belit ayat-ayat Allah.

Al-Quran tidak boleh diseleweng dan dipermainkan kerana tetap dipelihara oleh Allah. Al-Quran itu hendaklah ditafsirkan mengikut ilmu-ilmu yang berkait dengannya  iaitu ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, sastera Arab kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Ilmu asbab al-nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), nasikh dan mansukh dan juga ilmu riwayat dan dirayat.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya.  Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran  dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah  di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah  masyarakat manusia itu  dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Surah Ali Imran: 110)

Firman Allah:
يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُوا اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨) المائدة
(Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang bangun menegakkan agama Allah kerananya (dengan ikhlas), supaya menjadi para saksi dengan adil, dan janganlah dengan sebab kamu bermusuh terhadap sesuatu kaum lalu kamu tidak berlaku adil Berlaku adillah, kerana lebih hampir kepada sifat taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha teliti pengetahuannya terhadap apa-apa yang kamu lakukan). (Surah al-Maidah: 8)

Rasulullah S.A.W memulakan pembangunan insan generasi awal yang pertama menjadi contoh Ummatan Wasatan dengan menegakkan iman, amal soleh dan akhlak yang mulia, bersumberkan ilmu daripada Allah. Apabila ditawarkan melalui Abu Talib yang paling disegani menjadi Raja atau Ketua dengan harta kekayaan dikumpulkan untuknya, tawaran yang mahal ini ditolak dengan tegas, sabdanya :
يا عم والله لو وضعوا الشمس في يمينى، والقمر في يسارى على أن أترك هذا الامر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته .
(السيرة النبوية لابن كثير - ج ١ / ص ٤٧٤)
(Wahai bapa saudara kesayanganku, sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam) sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya nescaya aku tidak meninggalkannya).

Al-wasatiyyah dalam agama dan sistem cara hidup

Kedatangan Rasulullah S.A.W membawa Islam agama Allah adalah kesinambungan risalah para Rasul sebelumnya, setelah ajaran Rasul terdahulu dipesong menjadi sesat. Dua agama samawi, Yahudi dan Kristian yang terserlah sudah dipinda dan diubah oleh para pendeta dan paderi yang bersekongkol dengan kerajaan yang zalim di zaman masing-masing, sehingga berlaku penindasan agama terhadap masyarakat  dengan mengadakan hukum yang tidak diizin oleh Allah.

Agama yang tidak samawi pula lebih sesat, sehingga menjadikan manusia memuja makhluk seperti batu dan binatang yang tidak berakal, serta menyanjung para sami seperti Tuhan. Islam berada ditengah-tengah penyelewengan agama, membawa Aqidah Tauhid mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup, menentang penyelewengan agama samawi dan tidak samawi. Menentang agama yang menjadikan manusia seperti malaikat dan meletakkan manusia seperti binatang dan lebih rendah daripada binatang  dan makhluk yang lain.

Berdasarkan firman Allah (maksudnya):

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Israk: 70)

Islam meletakkan manusia mengikut konsep Wasatiyyah, ada ruh  berhubung dengan Tuhan tidak seperti malaikat, ada jasad dan hawa nafsu tidak seperti binatang dan boleh bergerak tidak seperti batu dan kayu.

Islam juga tidak melampau seperti Kristian yang memuja Rasul sehingga diletakkan setaraf ketuhanan dan tidak seperti Yahudi yang menolak Rasul dengan keras sehingga membunuhnya dan meminda ajarannya mengikut hawa nafsu.

Maka Islam adalah wasatiyyah di kalangan agama, kerana meletakkan manusia mengikut fitrahnya dengan tepat dan terbaik mengikut ketentuan Allah, sekiranya manusia itu berpegang dengan Islam dan beramal sepenuhnya dalam cara beragama, bukan dengan makna agama secara sekularisme.

Dalam aspek politik, wujudnya pemerintahan diktatur (kuku besi) yang memberi kuasa mutlak kepada seseorang atau kumpulan. Kemudiannya lahir amalan teokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada ahli agama, dan demokrasi Barat yang dikatakan hak kepada rakyat secara mutlak. Maka Islam berbeza dengan semua teori tersebut dengan menyerlahkan wasatiyyah menentang diktatur dan teokrasi serta menentang penipuan terhadap rakyat di atas nama hak rakyat tanpa mengira jahil dan terdesak,  dengan  menyatakan batas sempadan ketaatan kepada pemimpin dan para ulama dan hak rakyat dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada sesiapa.

Meletakkan batas sempadan perkara-perkara  kemampuan manusia dan di luar kemampuan manusia. Islam menegaskan syarat iman, ilmu dan akhlak mengikut perhitungan agama yang adanya muhasabah halal dan haram, serta dosa dan pahala dalam amalan politik, bukan sahaja dalam perkara ibadat, kerana Islam tidak memisahkan politik daripada agama. Menerima apa yang baik dan bijaksana walaupun datang daripada mana tanpa mengira timur dan barat, dan menolak yang buruk dan jahat walaupun dilahirkan di bumi Makkah.

Dalam aspek ekonomi pula Islam menentang teori kapitalisme yang membebaskan hak individu sehingga mengorbankan hak masyarakat dan menentang komunisme dan sosialisme yang merampas hak individu di atas nama keadilan terhadap masyarakat, dan semua teori tersebut berteraskan kebendaan samada memisahkan kewajipan agama dalam ekonomi atau menafikan adanya peranan agama dalam kehidupan manusia.

Islam mengizinkan miliki harta dan mengurusnya, tetapi wajib menunaikan kewajipan bermasyarakat dengan zakat dan lain-lain.

Firman Allah (maksudnya):

Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Surah az-Zariyat: 19)

Islam juga memerintahkan supaya membelanjakan harta secara sederhana, tidak boros dan tidak bakhil. Firman Allah (maksudnya):

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (Surah al-Israk: 29)

Dalam kehidupan berkeluarga Islam tidak seperti agama yang mengharamkan paderi dan saminya  berkahwin seperti malaikat dan ajaran yang membebaskan pergaulan seperti binatang, kerana kedua-duanya bertentangan dengan fitrah manusia. Maka Islam menetapkan hukum berkeluarga bermula daripada pertunangan, sehinggalah perkahwinan, nafkah dan perceraian.

Islam juga menetapkan ajaran yang berkait dengan adab pergaulan dalam keluarga dan masyarakat yang luas, daripada hukum berpakaian sehingga hukum bergaul dan bermuamalat, bagi menjaga akhlak manusia dan keharmonian kehidupan mereka.

Bagi menjaga agama, nyawa, akal, keluarga, maruah dan harta yang menjadi rukun kehidupan manusia maka Allah mewajibkan undang-undang jenayah, qisas dan hudud secara nas dalam hanya beberapa perkara yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia yang tetap bersifat makhluk yang lemah. Bagi perkara-perkara yang boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman, maka Islam mengizinkan kebijaksanaan akal dan pengalaman dengan panduannya.

Islam juga berkonsepkan al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa, perdamaian adalah konsep pertama yang wajib didahulukan, dalam masa yang sama mengakui bahawa adanya peperangan yang menjadi fitrah manusia, kerana adanya perbezaan yang membawa pergeseran dan wujudnya manusia yang menjadi pengikut syaitan yang wajib ditentang dengan cara peperangan apabila diceroboh dengan zalim, tetapi diharamkan melampau menggunakan senjata, ketika berperang dan selepasnya walaupun mencapai kemenangan.

Firman Allah (maksudnya):

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Baqarah: 190)

Islam mendahulukan perdamaian

Firman Allah (maksudnya):

Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin. (Surah al-Anfal: 61-62)

Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.

Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.

Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih  atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna  membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!