Hari ini adalah 31 Desember 2011. Sekarang, kita sudah berada pada penghujung bulan Desember. Maka, esok bermulalah 1 Januari 2012. Dalam pada itu, cuti sekolah pun semakin hampir ke penghujungnya. Selepas ini sesi persekolahan akan bermula. Rasa sekejap sangat masa yang berlalu. Tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali.
Kalau difikirkan semula, apakah perkara atau aktiviti yang telah dilakukan sepanjang cuti sekolah? Adakah aktiviti yang bermanfaat atau sebaliknya? Jika melakukan aktiviti yang berfaedah maka sudah tentu aktiviti itu akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada pelakunya. Begitulah sebaliknya.
Firman Allah s.w.t.:
وَالْعَصْرِ (١) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢) إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
Maksudnya: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Al-Ashr: 1-3)
Surah al-Ashr adalah surah yang lazim dibaca. Isi kandungan surah ini sangat berguna kepada sesiapa yang memahami dan menghayatinya. Surah ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada kita supaya dapat menguruskan masa dengan sebaik-baiknya.
Alangkah sia-sianya masa kehidupan seseorang itu jika tidak menggunakan masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat, mencari ilmu, melakukan amalan-amalan soleh, beribadat kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa dan agama, memperjuangkan Islam dan sebagainya.
Lazimnya, kita hanya suka melakukan perkara yang menyeronokkan serta mahu perkara tersebut sahaja yang berlaku kepada diri kita. Sungguhpun demikian, perkara yang menyeronokkan akan menjadikan kita berasa bahawa masa itu berlalu dengan pantas sekali namun jika menghadapi perkara yang tidak menyeronokkan, kita akan berasa masa itu sangat lama. Oleh sebab itulah sememangnya kita suka kepada perkara yang menyeronokkan.
Meskipun kita suka melakukan perkara yang menyeronokkan, namun kita mesti ingat bahawa perkara tersebut mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Oleh hal yang demikian, mudah-mudahan hari-hari yang berlalu dan perkara-perkara yang telah dilakukan mendapat keredhaan Allah s.w.t., serta mendapat keampunan-Nya jika terdapat dosa, maksiat dan kesalahan dalam kerja buat yang telah dilakukan sama ada dengan sengaja atau tanpa disedari.
Dalam kesempatan, peluang dan masa yang ada marilah kita berdoa seperti dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. ini:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنَّا نَعُدُّ لِرَسُوْلِ اللهِ ÷ فِى الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةَ مَرَّةٍ: رَبِّ اغْفِرْلِى وَتُبْ عَلَىَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَحِيْمُ. (رَوَاهُ اَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِىُّ، وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ)
Maksudnya: Dari ibnu Umar Radhiallahu ‘Anhuma, katanya: Kita semua pernah semua pernah menghitung Rasulullah s.a.w. dalam satu majlis mengucapkan istighfar sebanyak seratus kali: Ya Tuhan, ampunilah aku seta terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha penerima taubat lagi Penyayang.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan hadis hasan shahih.)
عَنْ اَبِى مُوْسَى رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ ÷ اَنَّهُ كَانَ يَدْعُوْ بِهذَا الدُّعَاءِ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ خَطِيْئَتِىْ وَجَهْلِىْ وَاِسْرَافِى فِى اَمْرِى وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنِّىْ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ جَدِّىْ وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذلِكَ عِنْدِى، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَا اَعْلَنْتُ وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنِّى، اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَاَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَاَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. (متفق عليه)
Maksudnya: Dari Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. berdoa dengan doa ini: Ya Alla, berikanlah pengampunan untukku kesalahan dan kebodohanku, berlebih-lebihanku dalam perkaraku dan apa saja yang Engkau lebih mengetahui tentang itu daripada ku sendiri. Ya Allah, ampunkanlah kesalahanku yang au lakukan dengan kegiatan dan bermain-main, tidak sengaja serta yang memang sengaja, juga segala sesuatu yang daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah untukku kesalahan-kesalahan yang aku lakukan dahulu atau kemudian yakni selepas ini, juga yang aku sembunyikan serta yang aku nampakkan dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui tentang itu daipada aku sendiri. Engkau adalah Maha Mendahulukan serta Maha Mengakhirkan dan Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Muttafaq ‘alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan