Halaman

Rabu, 14 Disember 2011

Jika Dipandang Rendah…


Kenapa dipandang rendah?

Sebab selalu buat silapkah?

Kesilapan apa?

Adakah kerana kesilapan lama yang masih diingati atau kesilapan lama masih berulang?

Jika tidak, kenapa tidak dimaafkan sahaja?

Kalau ini bukan sebabnya, adakah sebab dipandang rendah kerana tidak berkebolehan?

Tidak berkebolehan, tidak berkemampuan. Jika tidak diberi peluang, masa dan tunjuk ajar bagaimana mungkin akan mencapai tahap mahir, mampu dan pakar.

Adakah sebab itu seseorang dipandang rendah?

Kadang-kadang rasa pelik, mungkinkah ada perkara yang masih kurang?

Mungkinkah kurang daripada sudut keilmuan, kecerdikan, kebijaksanaan, kematangan dalam berfikir, perilaku matang, atau akhlak dan adab seperti bersikap kurang ajar, tidak sopan, terlalu cerewet, kuat merungut, tiada keyakinan dan sebagainya?

Soalan-soalan ini sengaja diajukan kerana hendak dijadikan sebagai muhasabah diri supaya tidak dipandang rendah lagi.

Sekiranya ya, maka perbetul dan perbaikilah. Kenyataan itu mesti diterima dengan rela hati, akur dan tidak menafikannya. Jangan diulangi lagi perkara yang negatif tetapi perbanyakkanlah dengan perkara yang positif. Sekiranya tidak benar, tetapi tetap terus berusaha memperbaiki diri maka itu adalah yang terlebih baik. Juga ada baiknya jika disertakan dengan sifat tawaduk.

Bagaimana jika masih dipandang rendah lagi? Oh, jangan berputus asa, jangan mengalah, jangan mengendahkan kata-kata yang melemahkan semangat, berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh, tingkatkan kemampuan dan kekuatan dan lakukan yang terbaik sehingga terbukti dapat menghasilkan sesuatu (kejayaan atau kemenangan) yang terbaik dan terhebat! Insya-Allah berjaya.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!