Halaman

Isnin, 29 September 2014

Keistimewaan Wuquf di Arafah pada Hari Jumaat & Haji Akbar

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن والاه، وبعد.

http://media2.picsearch.com/is?zjHZt2UAExR95CmqfGznzEOGX0kQrv8OHUGclzNiOK0&height=169

Hari Jumaat ialah hari yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hari paling baik yang matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan,  pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan, kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  [HR. Muslim].

Catatan ringkas ini membincangkan tajuk fadhilat Wuquf pada hari Jumaat.

      Wuquf pada hari Jumaat mempunyai sepuluh keistimewaan berbanding dengan Wuquf pada hari-hari lain, kerana beberapa sebab/perkara;
Pertama: Kerana berkumpul pada ketika itu dua hari yang merupakan hari yang paling afdhal. Hari Jumaat yang paling afdhal dalam seminggu dan Hari Arafah yang paling afdhal dalam setahun.
Kedua: Ianya merupakan hari yang terdapat padanya waktu yang mustajab doa. Kebanyakan ulama’ mengatakan pada akhir hari selepas asar. Kebanyakan jemaah haji yang berada di Arafah berdiri berdoa dengan penuh tadarru’, merendah diri kepada Allah SWT.
Ketiga: Ianya bersamaan dengan hari Rasulullah SAW Wuquf semasa mengerjakan Haji Wada’.
Keempat: Berkumpulnya semua umat Islam di seluruh dunia mendengar khutbah dan solat Jumaat. Berbetulan juga dengan jemaah haji sedang berkumpul di Arafah. Maka terjadilah ijtima’ umat Islam di masjid-masjid mereka dalam keadaan mereka berdoa dan bertadarru’ yang tidak terjadi pada hari lain.
Kelima: Hari Jumaat merupakan hari raya (mingguan) dan hari Arafah adalah hari raya bagi jemaah haji yang berada di Arafah, kerana itu mereka tidak disunatkan berpuasa di Arafah.
Hikmahnya, agar mereka kuat untuk berdoa dan beribadat di Arafah. Ada juga pendapat yang mengatakan kerana ianya hari raya bagi ahli Arafah.
Keenam: Bertepatan dengan hari yang Allah SWT sempurnakan Agamanya bagi hamba-Nya yang beriman dan menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka.
Ketujuh: Ianya bertepatan dengan hari perhimpunan agung, hari Kiamat yang akan berlaku pada hari Jumaat kelak.
Kelapan: Umat Islam biasanya akan melakukan ketaatan yang banyak pada malam dan hari Jumaat berbanding pada hari-hari lain. Bahkan ramai kaki maksiat pun yang menghormati hari Jumaat, mereka mengira sesiapa yang berani membuat maksiat pada hari itu, Allah SWT akan menyegerakan siksaannya. Ini telah menjadi kefahaman mereka melalui pengalaman, tidak lain melainkan kerana kebesaran hari Jumaat dan kemuliaannya di sisi Allah SWT. Maka Allah SWT memilihnya daripada hari yang lain, maka tidak diragukan lagi Wuquf padanya mempunyai kelebihan daripada hari-hari lain.
Kesembilan: Bertepatan dengan hari tambahan nikmat bagi ahli Syurga, iaitu hari yang Allah SWT kumpulkan ahli syurga di Wadi Afyah, diletaknya mimbar dari lu’lu’ (mutiara), emas, zabarjad dan yaqut di atas pasir kasturi, maka mereka memandang kepada Tuhan mereka Tabaraka wa Ta’ala. Allah SWT mentajalli (menzahirkan) kepada mereka dan mereka melihat-Nya. Peristiwa itu juga berlaku pada hari Jumaat.
Apabila hari Arafah terkena pada hari Jumaat maka bertambahlah kemuliaannya berbanding dengan hari lain.
Kesepuluh: Allah SWT menghampiri orang yang sedang berWuquf di Arafah pada petang Arafah, kemudian berbangga dengan hamba-Nya yang berWuquf kepada malaikat dengan firman-Nya:
{Apa yang mereka mahu? (datang ke Arafah ini)}. [HR: Muslim]
Aku saksikan kamu (wahai malaikat) bahawa aku telah mengampuni bagi mereka.} [Lihat Sahih At-Targhib 1154].
Pada petang Arafah merupakan waktu mustajab doa, tidak ditolak permintaan orang meminta segala kebaikan, maka ahli Arafah menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan berdoa dan bertadharru’ merendah diri pada waktu itu.
Allah SWT dekat dengan hamba-Nya mengandungi dua maksud;
1-    Hampir dengan menerima doa dan permintaan mereka pada waktu itu.
2-    Hampir dengan makna khas istimewa untuk mereka yang berwuquf di Arafah, Allah SWT berbangga dengan mereka kepada Malaikat, maka hati para mukmin yang berwuquf, bertambah kekuatan dan keyakinan, bertambah iman dan gembira, serta mengharapkan kelebihan dan limpah kurnia Tuhannya.

Maka sepuluh perkara ini dan selainnya menjadikan Wuquf pada Hari Jumaat lebih baik daripada Wuquf pada hari-hari lain. 

Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah:
“Adapun apa yang tersebar di atas lidah orang awam bahawa, ‘Wuquf pada hari Jumaat menyamai tujuh puluh dua kali haji’ adalah maklumat yang batil, tidak ada sandaran asal baginya dari Rasulullah SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat Nabi SAW dan juga tabi’in, Wallahu a’lam”. [Diringkaskan dari Kitab: Zad al-Ma’aad 1/60-65].
Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:
“Adapun apa yang disebut oleh Ruzain dalam kitab Jami’ dan dimarfu’kan (kepada Nabi SAW) hadis:
(Sebaik-baik hari yang naik matahari padanya ialah hari Arafah, jika bertepatan dengan hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berwuquf pada hari lain.)
Hadis ini aku tidak tahu kedudukannya, kerana tidak disebut siapakah sahabat yang meriwayatkannya, tidak disebut pula kitab yang mengeluarkannya, bahkan dimasukkannya pada hadis al-Muwatta’ yang disebut secara mursal dari Talhah bin Abdullah bin Kuraiz, dan tambahan tersebut tidak ada sedikit pun dalam kitab-kitab Muwatta’.
Sekiranya hadis ini ada asalnya, maka kemungkinan maksudnya 70 itu ialah bilangan atau mubalaghah iaitu menunjukkan kelebihan, kedua-duanya menunjukkan kepada keistimewaannya, wallahu a’lam”. [Fath al-Bari 8/271]
Berkata Sheikh Al-Mubarakfuri:
“Perhatian, telah masyhur di kalangan orang awam bahawa apabila Wuquf pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Ini tidak ada asal (sandarannya). 
Betul Ruzain meriwayatkan dari Talhah:
(….Apabila Wuquf pada hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berWuquf pada hari lain.) Demikian dalam kitab Majma’ Al-Fawaid, hadis ini mursal, dan saya tidak menemui sanadnya.” [Tuhfah Al-Ahwazi 4/27]
Salah Faham Tentang Haji Akbar
Ramai lagi umat Islam yang masih belum faham dan keliru tentang maksud Haji Akbar (besar).
Bagi setengah mereka ia adalah apabila hari Wuquf jatuh pada hari Jumaat. Di sini kita cuba lihat penjelasan tentang maknanya yang sebenar berdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.
Allah SWT berfirman,
}وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ{
{Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang musyrik…}  [At-Taubah: 3]
*Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksudkan dengan Haji Akbar, ada yang mengatakan hari Nahar (hari Idul Adha), ada yang mengatakannya hari Arafah. Tetapi yang dimaksudkan dengan Haji Akbar di sini adalah Haji yang berlaku pada tahun ke-9 Hijrah.
Kemudian dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:
Bahawa Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu ‘anhu ketika musim haji yang diperintahkan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam sebelum musim haji Wada’, telah mengutuskan aku bersama sekumpulan kaum muslim untuk  mengumumkan kepada masyarakat pada hari Nahar (Idul Adha), bahawa:
لا يحج بعد العام مشرك ولا يطوف بالبيت عريان
Selepas tahun ini, orang musyrik tidak boleh datang haji lagi dan orang yang telanjang tidak boleh lagi tawaf di Ka’bah.” [HR. Muslim].
Berdasarkan ayat dan hadis di atas, maka makna hari Haji Akbar adalah hari dimana Abu Bakar RA bersama kaum muslim yang lain, mengumumkan kepada masyarakat Makkah bahawa orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji di Ka’bah. Ini menunjukkan bahawa hari Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha), kerana pengumuman tersebut dilakukan pada hari Idul Adha.
Imam An-Nawawi menjelaskan dalam Syarah Sahih Muslim, bahawa Ibnu Syihab mengatakan, “Humaid bin Abdurrahman mengatakan, Hari Nahar (Idul Adha) adalah hari Haji Akbar, berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu di atas.”
Kemudian Imam An-Nawawi menjelaskan lagi,
“Makna perkataan Humaid bin Abdirrahman, firman Allah ‘Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar,…’ kemudian penyampaian pengumuman ini dilakukan oleh Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah, dan para sahabat RA yang lainnya pada ketika hari Idul Adha, dengan izin dari Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam.” [Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, 9:116].







Imam An-Nawawi juga mengatakan, “Ulama’ berselisih pendapat mengenai apa yang dimaksudkan hari Haji Akbar. Ada yang mengatakan, hari Arafah. Sementara Imam Malik, Imam as-Syafi’i, dan majoriti ulama’ berpendapat bahawa Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha).  Sebahagian ulama’ menjelaskan lagi: Dinamakan hari Haji Akbar, untuk membezakannya dengan haji Asghar (kecil), iaitu umrah.” [Syarah Sahih Muslim,  An-Nawawi, 9:116].
Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “Ulama’ juga berbeza pendapat tentang makna haji asghar. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa haji asghar adalah umrah. Ada juga yang mengatakan, Haji asghar adalah hari Arafah (9 Zulhijah) dan Haji Akbar adalah Idul Adha’. Kerana pada hari Idul Adha, dilakukan penyempurnaan amalan manasik haji yang belum dilakukan.” [Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari, 8:321].
Dari keterangan di atas, dapat kita buat kesimpulan bahawa dinamakan Haji Akbar pada asasnya adalah untuk membezakannya dengan umrah atau dengan kegiatan haji yang lain. Bahkan lansung tiada tersebut dan tiada hubungannya dengan Wuquf yang jatuh pada hari Jumaat.
Disebutkan dalam Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’ At-Tirmizi:
قد اشتهر بين العوام أن يوم عرفة إذا وافق يوم الجمعة كان الحج حجا أكبر ولا أصل له
“Telah masyhur di kalangan masyarakat awam, bahawa hari Arafah, apabila bertepatan dengan hari Jumaat maka hajinya adalah Haji Akbar. Dan ini adalah pendapat yang tidak ada asasnya.”  [Tuhfatul Ahwazi Syarh Turmuzi, 4:27]. Wallahu a’lam.

            Demikianlah sedikit penjelasan tentang Fadhilat Wuquf pada hari Jumaat dan istilah yang masyhur “HAJI AKBAR” menurut huraian para ulama’.
            Kita berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menganugerahkan kepada jemaah haji semua “Haji Mabrur, Usaha Yang Diberkati dan Amalan Yang Diterima”.
 
وصلى الله على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم.

Akhukum,
AAM.
Makkah 4 Zulhijjah 1435H – 28 Sept 2014
Wuquf pada tahun ini Hari Jumaat, Alhamdulillah
 

Maulana Asri Yusoff - "Kenapa saya minat menulis?"

Sabtu, 27 September 2014

Situasi Masih Tidak Menentu; Pelajar Malaysia Di Yaman Kembali Berlindung di Kedutaan

www.buletinonline.net
Oleh: Wartawan BO

Selepas menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak syiah houthi, Presiden Yaman masih menyatakan kebimbangan tentang perang saudara yang mungkin akan tercetus.
IMG-20140925-WA0133
Abd Rabbuh Mansour Hadi berkata, beliau khuatir pertelagahan antara sunni dan syiah di Negara itu akan membawa bencana yang lebih besar, kerana syiah masih menduduki beberapa premis utama di ibu Negara Yemen, Sana’a.


Namun begitu, maklumat yang baru diterima lebih ditakuti akan berlaku, apabila al-Qaeda diberitakan akan membuat pengeboman, bagi bertindak balas ke atas syiah.


“Di mana-mana sahaja tempat yang orang ramai ada…………di sebalik al-Qaeda adelah ISIS, Houthi tawan Sana’a sebab kerajaan sekarang tidak mengambil tindakan langsung (menghalang kemaraan Houthi),” ujar wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Syed Solahuddin al-Idrus.

Seolah-olah ada satu pakatan antara Iran yang mendokong Houthi dan Amerika serta Saudi, antara kuasa-kuasa luar yang dilihat sebagai pemain di belakang tabir.

IMG-20140926-WA0083Dan ‘tangan-tangan ghaib’ itu, kata beliau sedang bersatu, bahkan mungkin yang akan menjadi mangsa adalah Parti Islah, kerana kecenderungan mereka menyokong Ikhwan al-Muslimin yang kini sedang menghadapi pengharaman dan sekatan di seluruh dunia Arab.


Situasi yang tidak menentu itu telah memaksa, para pelajar Malaysia serta para pekerja asing berhati-hati, bahkan mengambil tindakan mencari tempat perlindungan, walaupun sudah kembali ke kediaman masing-masing, sejak pemerintah Yemen menandatangani perjanjian dengan pemberontak Houthi tiga hari lalu.


“Para pelajar alhamdulillah, pihak kedutaan menyediakan sebuah premis untuk berlindung dan mereka telah pun berpindah sejak semalam, dan dalam keadaan selamat,” kata beliau yang menghantar teks melalui aplikasi pesanan ringkas. [Gambar Kiri]

Sehubungan itu, khabar angin yang disebarkan semalam, tidak menjadi kenyataan apabila para jemaah yang menunaikan solat Jumaat hari ini 26 September, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan.

IMG-20140926-WA0106Semalam, riuh dikatakan, pihak Houthi akan meletupkan mana-mana masjid yang terus mendirikan solat Jumaat, menjadi kegusaran penduduk sekitar Sana’a.

“Walau bagaimanapun jemaah masjid tidak ramai seperti Jumaat yang lepas……Kebiasaannya masjid penuh hingga ke luar……..

“Saat masuk masjid kelihatan ‘gelonggong’ dengan tempat-tempat kosong tidak seperti Jumaat berjalan seperti biasa……khatib banyak menekankan bab kematian dan bab afdhal solat berjemaah di masjid,”lapor beliau yang kini terpaksa menangguhkan pengajian kerana pusat pengajian tinggi masih ditutup.

Syiah Houthi telah menawan Universiti Iman dan mengawal laluan keluar masuk dari orang ramai. [Gambar kanan bawah]

Manakala tentera Yaman tidak membuat sebarang tindak balas, menyebabkan majoriti orang ramai mencari perlindungan masing-masing, sehingga tempoh yang diketahui.

Jumaat, 26 September 2014

Syiah Houthi Tak Bagi Umat Islam Sana'a Yaman Buat Solat Jumaat

Jumaah Mubarakah. Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Pada hari itu diadakan solat jumaat apabila masuk waktu zohor. Solat Jumaat wajib ke atas lelaki muslim yang sudah baligh dan berakal. Sebelum itu khatib akan berkhutbah di atas mimbar kepada jemaah yang hadir.

Jadi, solat jumaat ini mesti dilakukan secara berjemaah. Maka ramailah para muslimin datang ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan tersebut.

Namun demikian, hal sebaliknya berlaku di Sana'a Yaman apabila Syiah Houthi meletak iklan di jalan-jalan melarang umat Islam di sana mengadakan solat jumaat di masjid. Mereka disuruh oleh Houthi solat Jumaat di rumah. Mereka diugut dengan ancaman yang boleh mengorbankan jiwa sekiranya mengadakan solat Jumaat di masjid.

Semangnya Syiah Rafidhah ini tidak buat solat Jumaat. Bagi mereka solat Jumaat tidak wajib. Jadi, mereka merasakan bahawa tidak bersalah dan berdosa jika menghalang golonggan sunni ini untuk mengadakan solat Jumaat di masjid.
  
Sehubungan dengan itu, umat Islam di Sana'a sangat berhati-hati ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh Houthi. Ada yang menyatakan bahawa ancaman tersebut adalah khabar angin. Apa-apa pun diharapkan agar umat Islam di sana dalam keadaan selamat.

Khamis, 25 September 2014

Puasa Hari Arafah Ikut Malaysia Atau Makkah? & Isu Larangan Puasa Hari Sabtu

Pemberontak Houthi Makin Biadab

        Pemberontak Houti termasuk seorang kanak-kanak lengkap bersenjata mengawal pintu  
        masuk ke Sana'a

SANA'A - YEMEN. Kumpulan pemberontak Houthi enggan berundur daripada kawasan yang dikuasai sungguhpun perjanjian damai sedang berkuat kuasa sejak minggu lalu.

Semalam, kumpulan itu menyerbu kediaman aktivis yang juga penerima Nobel Keamanan, Tawakkol Karman serta dua lagi kediaman yang dimiliki seorang penasihat kepada Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi, di sini.

Pemimpin Houthi, Ali Al-Emad mengesahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman Facebook.

"Kami juga memecah masuk ke Ibu Pejabat Satelit Suhail di Sanaa yang dimiliki ahli perniagaan Hameed al-Ahmar," menurut kenyataannya.

Pegawai Kementerian Kesihatan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 200 orang maut manakala 461 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gabenor Sanaa, Abdelkader Hilal, semalam meletak jawatan atas alasan beliau gagal mengawal keadaan di ibu negara selepas kumpulan Houthi merampas sebuah kereta di pusat pemeriksaan.

Jurucakap Houthi Mohamed Abdel-Salam sebelum ini mengumumkan, mereka akan terus meningkat serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.

Memetik laporan MiddleEastMonitor, beliau menganggap, serangan dilancarkan oleh kumpulannya dalam tempoh lima hari lalu adalah kemenangan buat rakyat Yaman dan mencapai revolusi mereka.

Macam Tak Percaya Kalau Kata Kelantan, Terengganu, Pahang Tiada Minyak


Inilah yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Oleh sebab hendak menafikan hak royalti... hak rakyat maka sanggup mengatakan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak.

Bayangkan setelah mengaut hasil kekayaan bumi ketiga-tiga negeri ini mereka yang berkenaan boleh mudah-mudah menyatakan tiada minyak di negeri-negeri tersebut.

Inilah dinamakan penipuan... pembohongan... pendustaan... dan penyelewangan. Putar belit... putar alam. Apalah salahnya kalau royalti yang sepatutnya menjadi hak mereka diberikan. 

Sepatutnya rezeki yang melimpah-ruah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. itu disyukuri. Ini merupakan nikmat-Nya. Sepatutnya ucaplah syukur... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah sebanyak-banyaknya.

Bukannya tamak haloba untuk kepentingan sendiri... untuk terus menjadi kaya-raya sampai bila-bila... dibolot untuk mengenyangkan perut sendiri sampai nak termuntah sehingga tidak mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain... sehingga mengabaikan rakyat yang misikin lagi faqir... sehingga menyatakan Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak.

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Ibrahim: 7)

Adakah logik yang selama ini kita tahu Kelantan, Terengganu dan Pahang ada minyak tetapi hari ini ada pihak yang menyatakan Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak? Kita orang yang tidak berpendidikan tinggi ini pun boleh fikir.

Syiah Houthi Merompak Universiti Al-Iman


Menurut laman Fb Dr Asma', anak kepada Syeikh Abdul Majid al-Zindani, golongan Syiah Houthi telah merompak apa yang ada dalam Universiti Al-Iman. Sekitar 50 buah bas telah dirompak mereka.

Mereka juga merompak pejabat-pejabat, dewan kuliah, asrama pelajar bujang, asrama pelajar yang sudah berkahwin, juga asrama para masyaikh di sana.

Mereka juga telah merompak rumah Syeikh Abdul Majid al-Zindani, rumah Dr Asma' beserta rumah saudara lelaki dan perempuannya. Mereka juga telah merompak cawangan Universiti Al-Iman di Huth dan juga Amran, dan tiada berita yang melaporkan tentang itu.

Yang menyedihkan ialah apa yang dirompak dari Universiti Al-Iman ialah harta golongan fakir miskin. Dr Asma' menyeru agar harta mereka dikembalikan. Tidak mengapa jika mereka tidak mahu mengembalikan rumah Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan rumah anak-anaknya, tetapi mereka mesti kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut.

Dr Asma' menambah lagi,

"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."

Cc :Usaid Subki


Sumber: https://www.facebook.com/KamiSayangUlama

Keadaan Selepas Universiti Al-Iman Sana'a Yaman Ditawan Syiah Houthi

Berita tentang Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi adalah berita yang sangat menyedihkan. Ketika puak Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman, pihak kerajaan Yaman sedikit pun tidak memberikan bantuan kepada pihak universiti tersebut.

Dilaporkan bahawa Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman kerana di situ adalah tempat tinggal orang-orang Parti Islah. Dilaporkan juga bahawa universiti tersebut adalah pusat operasi Parti Islah.

Parti Islah adalah Parti Islam yang terkuat dan terbesar di Yaman. Merekalah antara warga yang menghuni Universiti Al-Iman. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani juga tinggal di dalam Universiti Al-Iman. Di situ adalah rumah keduanya. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani terpaksa tinggal di Universiti Al-Iman kerana rumah beliau di Daris diserang oleh pihak pemberontak suatu ketika dahulu.

Timbul tanda tanya kenapa Syiah Houthi terus menyerang Universiti Al-Iman dan tidak terus menyerang kerajaan Yaman sedangkan mereka bercita-cita hendak memerintah Yaman?

Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dan pakatan bersama kerajaan Yaman untuk menjatuhkan Parti Islah supaya tidak menang dalam pilihan raya Yaman pada masa akan datang. Kerajaan Yaman mimbang mereka akan kalah dalam pilihan raya yang menyebabkan Yaman akan diperintah oleh Parti Islah dengan mendirikan negara Islam di Yaman.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Yaman sendiri adalah pengkhianat kepada Islam. Islam dilihat sebagai ancaman dan akan diperangi habis-habisan oleh musuh-musuh Islam pada sepanjang masa.

Selepas Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi, semua warga universiti tersebut diarahkan keluar dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya lagi. Segala barang dan harta benda penghuni univesiti tersebut dirompak oleh Syiah Houthi. Kebanyakan harta benda tersebut adalah kepunyaan golongan faqir dan miskin. Ini adalah perkara yang menyedihkan.

Menurut FB Dr Asma', anak kepada Syeikh Abdul Majid Az-Zindani menyeru agar harta mereka dikembalikan. Tidak mengapa jika mereka tidak mahu mengembalikan rumah Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan rumah anak-anaknya, tetapi mereka mesti kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut.

Dr Asma' menambah lagi,

"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."
 
 

Inilah yang berlaku ke atas Universiti Al-Iman selepas ditawan oleh Syiah Houthi. Semoga Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dapat mengambil semula Universiti Al-Iman dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t.. 

Selasa, 23 September 2014

Ucapan Perbahasan Muktamar Pemuda Kali Ke-55 Yang Disampaikan Wakil Terengganu Adalah Yang Terbaik!


Adab Berjemaah


Setiap Detik Bunyi Tembakan

Tahniah YB Azmin Hj Ali Menjadi MB Baru Selangor

Tahniah diucapkan kepada YB Azmin Hj Ali di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan takziah atas taklifan amanah yang berat ini yang mesti dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat. 

Ini adalah amanah yang sangat berat yang akan ditanya oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Jadi, pikullah amanah ini dengan sebaik mungkin.

Diharapkan semua pimpinan parti dan ADUN Negeri Selangor yang terlibat memberi restu dan kerjasama dengannya. Diharapkan dengan perlantikan beliau sebagai MB baru dapat menyelesaikan krisis yang cukup meletihkan ini.

Mudah-mudahan selepas ini negeri Selangor bertambah maju dan makmur memandangkan negeri Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia. Jadi, diharapkan pembangunan negeri semakin maju, kebajikan rakyat semakin terjaga, kekayaan hasil negeri diurus dengan jujur dan tiada penyelewangan, dan urus tadbir negeri semakin baik, cekap dan berkesan.

Sesunggungnya, orang yang jujur dan amanah sahaja yang dapat menguruskan harta kekayaan yang diberi dan dipinjamkan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Harta kekayaan itu juga akan diguna dan dibelanjakannya di jalan Allah s.w.t. serta yang diredhai-Nya.

Semoga YB Azmin Hj Ali sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. untuk menggalas amanah yang berat ini. Diharapkan YB Azmin HJ Ali dapat mentadbir, memimpin dan menguruskan negeri Selangor ini dengan baik.

Isnin, 22 September 2014

Universiti Al-Iman Sana'a Yaman Ditawan Syiah Houthi

Pagi tadi saya mendapat berita daripada seorang kawan saya yang masih berada di Yaman menyatakan bahawa semalam Universiti Al-Iman telah ditawan oleh puak Syiah Houthi. Pada mulanya saya tidak percaya tetapi diyakinkan olehnya kerana dia mendapat maklumat tersebut daripada askar Syeikh Abdul Majid Az-Zindani.

Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dilaporkan selamat... alhamdulillah. Walau bagaimanapun, ketua perang yang juga selaku pengawal Syeikh Abdul Majid Az-Zindani mati syahid ketika bertempur dan beberapa orang lain lagi juga turut sama mati syahid. Selain daripada itu, semuanya selamat dan diarahkan oleh Houthi supaya keluar dari Universiti Al-Iman. 

Universiti Al-Iman diasaskan oleh Syeikh Abdul Majid Az-Zindani. Beliau adalah seorang ulama yang berpengaruh dan juga ketua ulama di Yaman. Beliau sangat menekankan aspek pengajian Islam secara menyeluruh serta mengamalkannya di universiti yang diasaskannya. Di universiti itu juga mengajarkan pelajar dan penghuninya supaya berpegang kuat pada mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Di sini jugalah tempat umat Islam yang dipanggil golongan ahli Sunnah wal-Jamaah yang sangat kuat dan digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Oleh sebab itu, Universiti Al-Iman menjadi sasaran utama kepada musuh-musuh Islam. Mereka bimbang universiti ini terus bertapak di bumi yaman, bumi anbiya', bumi iman dan hikmah ini. Hal ini kerana universiti ini telah melahirkan ramai ulama yang berkualiti, cintakan akhirat, amanah dengan ilmunya, menyebarkan ilmu, dan berani menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan.

Setelah mendengar berita Universiti Al-Iman ditawan, saya berasa sangat sedih kerana universiti ini jugalah tempat saya menimba ilmu agama. Saya berharap agar mudah-mudahan universiti ini akan dapat bangkit semula daripada ditawan oleh musuh-musuh Islam. 

Musuh-musuh Islam memang tidak menyukai Islam dan mereka sentiasa memerangi Islam dengan pelbagai cara seperti terdapat dalam firman Allah dalam surah As-Saf ayat 8-9 yang bermaksud:

8. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). 9. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Islam diperangi oleh musuh-musuhnya di segenap penjuru. Namun, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t. pasti akan memenangkan Islam pada suatu hari nanti! Insya-Allah.

Respon Tentang Muktamar Tahunan PAS Ke-60

Saya rasa masih belum terlambat untuk bercakap tentang Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 yang diadakan pada hari Khamis hingga Sabtu, iaitu 18/9/2014 - 20/9/2014 yang lalu. Sebelum hari tersebut, telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

Tahun ini saya tidak berpeluang hendak ke muktamar tapi alhamdulillah saya dapat mengikuti perkembangannya melalui internet dan radio Hijau.Fm.

Alhamdulillah, saya rasa muktamar kali ini yang diadakan di Johor adalah yang terbaik. Memang panas dan hangat. Banyak isu yang panas dibincangkan di muktamar dan dapat diselesaikan dengan baik.

Sememangnya saya suka muktamar seperti ini... baru best... baru nampak serius... barulah nampak ada kesungguhan... barulah nampak siapa yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, mempertahankan jemaah PAS dan mereka yang terus beristiqamah.

Terus beristiqamah itu yang penting. "Terus Beristiqamah" menjadi tema muktamar tahun ini dan juga menjadi tajuk ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Mudah-mudahan kita semua tetap terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Ucapan Tahniah juga kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana dilantik menjadi Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bukan calang-calang orangnya. Beliau termasuk orang yang terhebat di dunia pada masa kini!

Sepatutnya kita berasa beryukur kepada Allah s.w.t., bertuah dan berbangga kerana dipimpin oleh beliau yang menjadi Presiden PAS. Sepatutnya kita memberi sokongan yang penuh kepadanya dan membantunya serta yakin dengan kepimpinannya.

Pada saya muktamar adalah tempat bermuhasabah dan menyelesaikan masalah. Sebab itu kalau ada perkara yang tidak kena diselesakain habis-habisan ketika bermuktamar. Segalanya dicurahkan ketika di muktamar bukannya setelah habis muktamar kembali kepada tabiat asal seperti menggunakan facebook, whatsapp, twiter dan sidang media apabila ada rasa tidak puas hati. 

Untuk itu, jadikanlah ucapan dasar dan ucapan pergulungan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai solusi bagi masalah yang telah timbul itu dan satu keputusan yang mesti dipatuhi. Akhir kata, saya menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama.

Ahad, 21 September 2014

Krisis Yaman; Pelajar Malaysia Harap Kedutaan Jadi ‘Orang Tua'

Oleh: Wartawan Bo
 
Keadaan Makin berlarutan sehingga berpulu-puluh kereta kebal memasuki bandar Sana'a sekitar jam 2 pagi semalam.

Askar pemberotak syiah Houthi makin rancak berbalas tembakan dengan tentera parti Islah.

Dentuman demi dentuman..Salakan demi salakan..Silih berganti.

Akses yang kurang membantukan usaha untuk mengemaskini maklumat..Maaf.. حسبنا الله ونعم الوكيل

Yaman kini dilanda bukan hanya dilanda krisis politik, tetapi peperangan diantara Syiah Houthi dengan Parti Islah ( Parti Islam di Yaman ).

Syiah Houthi telah menyerang Jalan 30 dan sebenarnya sasaran  mereka adalah Universiti al-Iman yang terletak di Jalan 30.

Kebanyakan penempatan Pelajar Malaysia adalah di kekitar Jalan 30 dan tekini tentera pemberontak Houthi telah memasuki kawasan perumahan pelajar Malaysia.

Alhamdulillah pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) telah berusaha memindahkan pelajar ke penempatan sementara yang lebih selamat.

Tetapi selepas azan maghrib waktu tempatan, Syiah Houthi telah mula bergerak ke kawasan penempatan sementara kami.

Para pelajar sangat kecewa dengan tindakan ‘sejuk’ pihak kedutaan Malaysia seumpama sejuknya musim diyaman sekarang.

400 Pelajar Malaysia yang terkandas cuba bergerak ke kedutaan Malaysia untuk berlindung dihadapan pintu kedutaan Malaysia tetapi malangnya pintu dikunci dan tidak dibuka.

Setelah hampir 2 jam dan setelah dibuat perundingan akhirnya mereka seakan terpaksa menumpangkan para pelajar.

“Kami berharap agar kedutaan Malaysia dan memainkan peranan sebagai ” Orang Tua ” disini,”ujar seorang pelajar.

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!