Alamak, apa dah jadi ni? Prsestasi menulis dah menurun. Tak banyak artikel yang disiarkan di blog. Kadar penurunan bermula bulan Oktober. Bulan November satu artikel je. Sekarang ni dah masuk bulan Desember. Dah penghujung tahun 2011. Sebulan je lagi. Lepas tu masuk tahun baru 2012.
Tak boleh jadi ni, saya kena buat sesuatu. Bimbang kalau perkara ni tak disedari dari awal mungkin tak banyak artikel yang akan tersiar pada bulan ni. Tak boleh jadi ni. Saya mesti cepat buat tindakan susulan. Saya mesti pastikan bahawa saya dapat menghasilkan beberapa artikel pada bulan ni. Kalau tidak jadi seperti bulan November.
Pada saya prestasi menulis pada bulan lepas sangat menurun. Alamak, rasa bimbang la pula kalau dibiarkan begini. Bimbang nanti minat menulis akan lenyap sedikit demi sedikit dan hilang begitu saja. Saya mesti tanamkan minat menulis ni dengan lebih mendalam lagi. Saya mesti mengasah kemahiran menulis ni dengan lebih kerap lagi supaya lebih tajam seperti pisau, parang, pedang dan sebagainya.
Kalau dikoreksi aktivi harian saya pada bulan November tak la sibuk sangat tapi kenapa tak banyak post artikel? Sebab apa ye? Bukan sebab takde idea. Idea banyak cuma tak tulis-tulis je lagi. Kalau dingat balik masa melayari internet saya asyik cari dan baca bahan maklumat.
Dalam hal ini saya tak mahu memberi apa-apa alasan yang menyebabkan saya kurang menulis dan menyiarkan artikel. Antara sebabnya adalah kalau saya suka beri alasan saya berasa seperti nak melepaskan diri daripada kesilapan dan kecuaian sendiri, tak mahu bertanggunjawab terhadap kerja, peranan dan tugasnya, dan akan menyalahkan orang lain, pihak lain dan benda lain.
Selain tanam minat mendalam dan asah kemahiran, saya rasa saya mesti mencontohi mereka yang rajin dan konsisten dalam menulis dan menyiarkan artikel. Macam-macam pandangan orang yang saya baca tentang kekerapan menyiarkan artikel antaranya seperti post artikel seminggu sekali, dua hari sekali, dan yang terbaik ialah post tiap-tiap hari. Bukan setakat itu saja malah ada blogger yang boleh post artikel sebanyak dua atau beberapa artikel dalam sehari. Bagi saya ini memang terbaik dan terhebat! Tahniah saya ucapkan!
Kalau saya memang tak mampu lagi la nak buat macam tu. Slow sikit la. Nak konsisten pun belum pasti lagi. Antara rajin dengan tak rajin je. kadang-kadang macam takde komitmen nak menulis. Tak boleh jadi ni, saya mesti ubah sikap ni. Berubah kepada yang terlebih baik dan hebat!
Baiklah, lepas ni saya mesti berusaha untuk menyiarkan beberapa artikel dari semasa ke semasa. Sebagai peringatan, jangan jadi hangat-hangat tahi ayam dan seperti melepaskan batu di tangga. Saya mesti berubah kepada yang terlebih baik dan hebat!
Ops, sebelum telupa saya mesti tingkatkan prestasi menulis dan post artikel pada bulan ini dan seterusnya. Sebab saya nak jadi yang terbaik dan terhebat! Jadi yang terbaik dan terhebat! Jadi yang terbaik dan terhebat! Insya-Allah.
Jadi yang terbaik dan terhebat!
Sekian, Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan