Halaman

Khamis, 25 Februari 2010

Manusia Dan Kesejahteraan

Kelelahan kita semakin parah penatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mau beralah.

Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.

Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia
yang kian bermuka dua.

Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.

Tambah mengimbau sorotan kita MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kita ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.

Salmi Manja
Utusan Zaman, 1 Januari 1961.

Sumber: Anak Laut: antologi kesusasteraan Melayu sekolah menengah.

Ahad, 21 Februari 2010

Sudah Sedekad…

Al-fatihah. Saya hadiahkan surah al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w., ahli keluarganya, para sahabatnya, muslimin dan muslimat, dan Allahyarhamah nenek saya (belah emak).

Sudah sedekad Allahyarmah nenek saya meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 1999. Pada masa itu saya form 2. Ingat lagi. Suasana yang penuh dengan hiba dan sendu. Kita sebagai manusia biasa memang mempunyai perasaan sedemikian. Namun, Islam mengajar kita jangan sampai maratap ketika menghadapi kematian ahli keluarga.

Pada hari ini saya sekeluarga pulang ke kampung kerana mak cik saya (adik bongsu emak) buat kenduri tahlil arwah untuk nenek. Majlis sebegini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kampung yang juga dibuat pada waktu malam.

Pada asalnya kenduri ini hendak diadakan pada minggu depan tetapi oleh sebab ada jiran kampung hendak buat kenduri pada hari tersebut.

Semoga roh Allahyarhmah nenek dan sekalian roh orang-orang Islam yang telah meinggal dunia dicucuri rahmat Allah. Kita yang masih hidup ini perbanyakkanlah amalan, menghisab diri dan zikrulmaut.

Sekian, wassalam.

Sabtu, 20 Februari 2010

Selagi Mentari Menyinar Kehangatan Terasa

 
Besar.. bukit ni dekat dengan rumah saya. Gambar ni diambil pada pukul 10.14 pagi.

Seperti yang dijanjikan hari ni nak makan kenduri. Sementara menunggu Omar sampai saya duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Janji pukul 11 pagi. Kalau tidak dia nak datang lagi awal tapi saya minta dia datang lewat sikit sebab saya nak pergi pasar dulu .

Kami pergi naik van Omar. Antara yang pergi ialah saya, Omar, Muhaimin dan Fikri. Selepas mereka sampai, omar menyatakan bahawa hendak mengambil Khair di rumahnya tetapi Khair pergi ke sana dengan menaiki motosikalnya.

Majlis walimatulurus itu di Dewan Serbaguna Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi) Presint 3, Putrajaya. Pengantinnya ialah Muhammad Najib Ismail dan Tengku Farzaana Tengku Ahmad. Majlis  kenduri ini bagi pihak pengantin perempuan, penganti lelaki di Ajil, Terengganu pada 27 hari bulan, minggu depan.

“Nak masuk situ kena pakai kad undangan sebab tu lebih baik kita pegi ramai-ramai, masuk sama-sama”, antara kata-lata Omar yang sedang mengingatkan kami semua.

Nak sampai di sana susah lah jugak sebab masing-masing tak tau kat mana. melilau-liau jugak... tanya orang baru jumpa cari jalan. Alhamdulillah tak sesat. Aduh... lagi memeritkan bila rasa panas sangat. ye la sekarang ni musim panas. 

“Kat akhirat macam mana la nanti... apa... matahari dekat dengan kepala...”, kata Fikri.

Omar mencelah, “Baguslah ada ingat tentang akhirat. Kau nak tahu tak, bila kita ingat akhirat sedetik je... mmm kita boleh dapat 1000 ke berapa pahala. Lebih kurang banyak macam tu la”. Omar tak pasti berapa banyak pahala yang akan dapat bila ingat akhirat walau sedetik. Dia tak ingat kot berapa.



Tahniah, Najib!... dari kiri: saya, Fikri, Omar, Najib (pengantin) dan Muhaimin. Kami doakan semoga enta dan zaujah berbahagia hingga anak, cucu dan akhir hayat... amin. Eh! Mana Khair? Owh, Khair tengah ambil kitorang hehe...

Selepas dah jumpa Najib, kami pun pergi solat Zohor. Besar juga Masjid Besi ni macam Masjid Putrajaya.


Rasa dekat je... nun jauh di sana Masjid Putrajaya.

Selepas itu, Kami pergi ke Puduraya sebab nak hantar Fikri. Dia nak balik Johor. Bas dia pukul 4 petang. Sebelum tu, dia belanja kami makan KFC. Fuh... masa-masa musim panas macam ni makan KFC pastu duduk dalam tempat yang berhawa dingin... memang sedap!

Terima kasih Fikri belanja kami makan KFC.

Perjalanan diteruskan lagi. Kitorang pegi Low Yatt pulak. Port yang banyak barang baik punye! Kat situ banyak barang komputer. Omar nak survey harga barang. Muhaimin pula beli keybord. Saya tak beli apa-apa. Saya nak simpan duit untuk beli buku je. Insya-Allah kalau esok tak ada apa-apa hal saya nak pegi KL beli buku.
 

Jem... tu dia jalan, nak gerak pun susah. Kalau bahasa Indon macet (mau cepat).

Dalam pada itu, Omar yang bijaksana tu memberi pandangan,

“Lepas ni kalau nak pegi KL mesti naik kereta yang ada aircond, gear auto bukan manual... baru tak panas, tak penat, baru selesa.”

“Ana ingat kita balik pukul 7 baru redup.”

“Kalau balik pukul 6... rasa melegak lagi kat tempat ana.”

Saya dengar je.

Alhamdulillah, sejuknya... rasa lega bila dah masuk dalam Low Yatt. Masing-masing berasa nikmat selepas merasakan azab daripada kehangatan matahari. 

Saya sabar je.
 

Redup... dah petang baru ok.

Selepas penat berjalan, Khair mengajak kami pegi minum. Biasalah musim panas macam ni memang rasa dahaga je. Saya, Khair dan Muhaimin minum sambil berbual-bual di gerai Plaza Imbi. Omar tak pegi sebab dia tak larat nak berjalan lagi. Dia rehat di Low Yatt.

Dalam pukul 6 lebih kurang, kami pun balik. Petang tu nampak nak hujan tapi tak jadi hujan. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik-baik sahaja.
 

Jumaat, 19 Februari 2010

Apakah kekuatan kita?

Kekuatan kita ialah akidah kepada Allah. Setahap manakah kita berpegang teguh dengan agama-Nya? Setahap manakah kita beriman dan beramal dengan kitab-Nya al-Quran? Setahap manakah kita mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam?

Ajaran Nabi yang dituruti itulah tuntutan sebenar yang padanya diketahui, difahami, dihayati dan dilaksanakan sedaya yang boleh. Apalah ertinya jika sekadar menyatakan, “saya ingat”, “saya sayang”, dan “saya cinta pada Nabi Muhammad”, tetapi ajarannya tidak dilaksanakan.

Hadis riwayat Al-Bukhari (2797) dan Muslim (1835) daripada Abu Hurairah katanya:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mentaati aku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakai aku maka sesungguhnya dia telah menderhakai Allah.

Apa-apa yang terdapat dalam Islam mesti diamalkan kesemuanya bukannya ambil sejuzuk, tolak sejuzuk. Jika tiada kepentingan pada diri maka Islam itu tidak diambil begitulah sebaliknya. Mengambil Islam hanya pada juzuk-juzuk yang ada manfaat pada dirinya sahaja. Jika begini bagaimana umat Islam hendak menjadi kuat?

Di sini, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua membina kekuatan seperti yang terdapat dalam firman Allah s.w.t. ini:

يَاأَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (١) قُمْ فَأَنذِرْ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (٤) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (٥) وَلاَ تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (٦) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (٧)

1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
5. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
6. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
[Al-Muddatstsir: 1-7]

Jadi, antara perkara-perkara yang perlu kita semua lakukan adalah berdakwah, membesarkan Allah, membersihkan hati, meninggalkan kejahatan, mengikhlaskan diri dan bersabar.

Dakwah
kerja-kerja dakwah terletak pada tanggungjawab kita semua bukannya pada ulama sahaja. Kita semua memainkan peranan dalam tanggungjawab ini mengikut kadar kemampuan masing-masing supaya usaha-usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran terus wujud di muka bumi ini.

Mengagungkan Allah
Sesungguh-Nya Allah adalah Tuhan yang selayaknya kita agungkan, kita besarkan. Akidah kita mesti pada Allah. Unsur-unsur syirik mesti dihapuskan di muka bumi ini. Tiada sekutu bagi Allah kerana tiada perkara yang boleh menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. Oleh itu, bersihkan diri kita perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.

Bersihkan Diri
Membersihkan diri bukan sahaja pada pakaian (luaran) tetapi termasuk juga hati (dalaman). Mensucikan hati daripada benda-benda haram, kejahatan, maksiat, dosa dan syirik.

Meninggalkan kejahatan
Segala kejahatan hendaklah dijauhkan. Ini bermakna setiap kejahatan adalah perkara yang dilarang oleh Allah.

Ikhlas
Kita berdakwah, berjuang dan berjihad akan mendapat balasan syurga di akhirat. Janganlah mengharapkan apa-apa imbuhan kerana bimbang hilang rasa keikhlasan ketika memperjuangkan Islam.

Bersabar
Kesusahan menghadapi ujian ketika memperjuangkan Islam memerlukan kesabaran yang tinggi. Sabar akan mentarbiyah diri untuk menjadi kuat ketika menghadapi mehnah dalam perjuangan. Sabarlah penyelamat. Apabila kita bersabar kita tidak akan bertelagah, menindas dan mengkhianat. Selain itu, bersabar agar tidak keluar daripada jemaah jika berlaku apa-apa masalah. Ketahuilah bahawa dalam perjuangan ada rintangan yang wujud sejak Nabi Adam lagi hingga hari kiamat.

Inilah sumber kekuatan yang mesti ada pada diri kita.

Kekuatan seterusnya yang terdapat dalam dalam ayat lain sebagaimana firman Allah:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا (١٠٣)

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.
[Ali-Imran: 103]

Maksud حبل menurut sahabat Nabi s.a.w.:
1) Saidina Ali k.w.h. ialah Islam

2) Ibnu Abbas ialah al-Quran

3) Ibnu Mas’ud ialah Jemaah

Kita akan menjadi kuat apabila kita bersama dengan Islam. Kekuatan Islam terletak pada Al-Quran yang merupakan panduan hidup kita. Kekuatan yang seterusnya ialah jemaah kerana jemaah merupakan tenaga-tenaga kerja yang akan mendaulatkan Islam dengan berpandukan al-Quran di atas muka bumi ini.

Kita sebagai orang yang tahu (alim) mesti mengimarahkan bumi ini dengan sebaik-baiknya, iaitu menurut cara Islam. Oleh itu, sampaikanlah Islam kepada manusia yang tidak tahu.

Ketahuilah bahawa zaman sekarang telah ramai orang yang jahil namun sedikit sekali orang yang alim. Sekalipun ada orang yang alim namun sedikit juga orang yang beramal dengan ilmunya. Sekalipun ada orang yang beramal dengan ilmunya namun sedikit juga orang yang ikhlas pada amalannya. Sekalipun ada orang yang ikhlas beramal namun sedikit pula orang yang istiqamah. Wallahu’alam.

Setakat ini sahaja yang mampu untuk saya sampaikan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, yang salah, lemah dan kurang itu daripada saya sendiri. Saya memohon ampun kepada Allah jika saya telah berbuat salah.

Sekian, Wallahu’alam.

3 Jenis Pahala


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ÷: إِذَا مَاتَ اِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَة جَرِيَة وَعِلْم يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَالَد صَالِح يَدْعُولَهُ.

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang berguna, dan anak soleh yang mendoakannya.

Khamis, 18 Februari 2010

Cuaca Panas


1) Mmm… sekarang ni musim panas. Dah seminggu di KL rasa cuaca di sini panas je. Alhamdulillah semalam hujan… sejuk sikit.

2) Di Terengganu tak rasa panas sebab dalam bilik di asrama muslimin KUDQI rasa sejuk je. Bukan sejuk sebab ada aircond tapi mungkin bilik tu terlindung daripada bahang kepanasan matahari. Alhamdulillah.

3) Kalau keluar rasa nak pengsan… nak demam pun ada. Sebab panas sangat. Bukan tak tahan panas tapi sebab kurang sihat.

4) Sekarang musim panas… cerita atau berita di dada-dada akhbar, di kaca televisyen pun panas-panas. Fasal lompat parti la… rayuan batal tuduhan liwat ditolak la… kes buang bayi… kes khalwat… tapi yang saya suka… berita tentang Tuan guru Hadi Awang menyelamatkan orang lemas. Bila baca berita ni rasa kagum pada Tuan Guru Presiden.

5) Fuh… panas… panas… panas…

6) Kepada yang kena demam panas… atau orang yang panas baran… cepat-cepatlah ambil wuduk… bagi sejuk semula. Biasakanlah diri dengan amalan ini.

7) Musim panas macam ni makan cendol ke… makan abc ke… makan aiskrim… ais blended memang sedap! Rasa nak makan cendol la petang ni.
 

Ahad, 14 Februari 2010

Karakter Seorang Penulis Yang Berjaya


-   Tidak menulis sebelum benar-benar menguasai masalah yang akan ditulisnya.

-   Mengumpulkan idea-idea yang berserakan, meringkas ungkapan-ungkapan yang panjang, menyusun ciri-ciri penting dengan rapi, cermat dan kemudian menjelaskannya dengan terang. Inilah tujuan menulis sebenarnya.

-   Menghayati apa yang ditulis, tidak terlalu singkat hingga membingungkan dan tidak terlalu berjela-jela hingga membosankan.

-   Menggunakan ungkapan yang baik, kata-kata yang mudah dicerna dan menjauhi kata-kata asing yang kurang dikenali pembaca.

-   Menilai apa yang telah ditulis, merujuk menilai kepada orang yang lebih tahu, membincangkannya dan menguji analisa-analisanya. Setelah itu, baru menulis lagi dari awal.

-   Mencari masalah-masalah yang belum banyak dibahas dan juga diperlukan orang ramai.

-   Hanya menulis masalah –masalah yang sesuai dengan bidang keilmuannya. Ertinya, jangan sampai menambah masalah-masalah yang tidak dikuasainya. Oleh sebab perkara itu akan sangat memalukan.

-   Membuang daripada tulisannya segala macam kebohongan, kesalahan, kata-kata kotor, cacian dan kata-kata yang menyakiti orang lain.

-   Tidak mudah terpesona dengan apa yang ditulisnya, atau ujub dengan hasil karyanya sendiri. Sebab, itu adalah cubaan.

-   Menyebutkan nama-nama orang yang dinukil atau dikutip pendapatnya. Tidak mencuri atau menghapus karya orang lain.

Allah swt berfirman:
...وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ...(۱٦۱)

…dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu…
[Ali-Imran: 161]

Sumber: Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni, Rahsia Tokoh Yang Berjaya.

Ps: Mudah-mudahan tulisan ini menjadi pendorong kepada saya untuk terus menulis. Insya-Allah. Selamat Beramal!

Kehidupan Mesti Ikut Agama


وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنْ الأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُوْلَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (۷)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
[Al-Hujurat: 7]
. . . . . . . . . .

Allah Maha Mengetahui tentang manusia kerana Dialah yang menciptakan kita. Oleh itu, Allah telah mengajar dan menetapkan cara hidup yang betul dan teratur dengan mendatangkan Islam kepada manusia yang disampaikan oleh duta-Nya, iaitu Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah ialah Islam.

Firman Allah :
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ ...(۱۹)

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
[Al-Imran: 19]

Hidup ini mesti ikut agama baru selamat di dunia dan di akhirat. Islam diikuti bukan Islam mengikut. Kita yang kena ikut Islam. Kita mesti letakkan Islam di hadapan. Islam mesti diletakkan di tempat yang teratas.

Adapun ayat tentang “Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah” ialah yang pertama membawa maksud Rasulullah pada ketika hidupnya dan yang kedua membawa maksud hadis peninggalannya.

Walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita sejak 1400 tahun yang lalu namun kita sepatutnya ikut ajarannya, iaitu Islam. Islam ialah agama yang sebenarnya. Oleh itu, Kita sepatutnya ikut agama bukan ikut adat kerana kebiasaannya adat banyak bercanggah dengan agama. Apabila Ikut agama maka selamatlah hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sekian, Wallahua’alam.

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!