Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

Belajar Dari Pengalaman Lalu

Dalam tajuk entri ini ada dua perkataan yang perlu diberi perhatian, iaitu belajar dan pengalaman.

Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, belajar ialah berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb.

Manakala pegalaman pula bermaksud apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll).

Setiap orang mempunyai pengalaman hidup masing-masing. Ada pengalaman manis, pahit, baik dan buruk.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Pengalaman-pengalaman yang lalu banyak mengajar tentang kehidupan.

Pengalaman menjadikan seseorang itu matang. Pengalaman boleh mematang fikiran, tingkah laku dan sikap.

Pengalaman mengajar diri untuk berubah dan melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman lalu ialah buat yang terbaik dan sikap berhati-hati.

Berkait dengan buat yang terbaik dan berhati-hati ialah kita peka terhadap perkara-perkara seperti perbuatan yang hendak dilakukan, membuat keputusan, menyampaikan idea, kata-kata ketika berbicara, tingkah laku, sikap, pendirian dan seumpamanya.

Kesimpulannya, buat yang terbaik dan berhati-hati pada setiap perkara adalah supaya pada masa hadapan kita tidak lagi tidak dikuasai oleh tekanan hidup, berdepan dengan kesilapan yang berulang dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!