Halaman

Ahad, 27 November 2011

1 Muharram 1433 Hijrah

Awal muharram merupakan bulan pertama bagi tahun Hijrah. Bulan yang terakhir ialah bulan Zulhijjah. Beginilah pertukaran masa dari bulan ke bulan sehingga genap setahun dan seterusnya dan hingga hari kiamat.

Bila fikirkan tentang tahun baru hijrah ni, apa perancangan saya pada tahun ni? Kebiasaannya bila dah masuk tahun baru, orang akan tanya apa azam baru awak tahun ni?

Azam tu apa? Mungkin ada yang tak tahu maksud azam. Baiklah, kita cari maknanya di internet. Azam ialah tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan.

Macam-macam azam yang boleh kita fikir dan rancangkan tetapi jangan lupa hendak melaksanakannya. Perkara yang terbaik adalah ada azam dan ada pelaksanaan. Bukan cakap saja mesti buat kerja baru nampak hasilnya.

Baiklah, sekarang saya nak beri contoh azam yang berkait dengan hijrah. Tahun ni saya nak mencari ilmu sebanyak-banyaknya, mengkaji, menghafal dan lain-lain. Tahun ni saya nak meningkatkan amal ibadah sebab tahun lepas rasa kurang buat amal ibadah seperti puasa sunat, sedekah, qiamullail, baca quran solat berjemaah dan lain-lain. Tahun ni nak memperkasakan lagi perjuangan Islam, nak baiki cara berdakwah dengan lebih berkesan, nak memperluaskan lagi kegiatan dakwah dan lain-lain.

Ni contoh je. kalau jadi alhamdulillah. Kena usahakan. Insya-Allah.

Mungkin tahun lepas banyak buat silap tapi kurang buat benda baik. Mungkin tahun lepas banyak benda yang dirancang tapi tak buat lagi. Mungkin itu dan mungkin ini. Ni sebagai muhasabah je. Nama pun hijrah, jadi kena berubah. Berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada terlebih baik dan begitulah seterusnya. Oleh hal yang demikian, tahun ni jadikan tahun yang terbaik daripada tahun lepas. Insya-Allah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha menjadi yang terbaik dan berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan oleh-Nya untuk berubah kepada kebaikan dan terus berkekalan dalam kebaikan di dunia dan di akhirat.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (٢٠١)

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka".
(Al-Baqarah: 201)

Amin.
Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!