Halaman

Sabtu, 5 September 2015

Gaji Oh Gaji

Gaji oh gaji kenapa engkau tak naik? Macam mana aku nak naik, majikan tak nak naikkan. Beginilah keluhan mereka yang berpendapatan rendah sedangkan kos sara hidup kian meningkat saban hari.

Gaji tidak naik-naik tetapi harga barang yang naik. Pening kepala memikirkan cara untuk memenuhi keperluan hidup sedangkan wang memang tidak mencukupi. Bagi yang berkeluarga lagilah parah.

Kalau gaji hendak dinaikkan pun majikan berkira-kira sama ada wajar atau kenaikan gaji itu mestilah sepadan dengan tugas yang dilaksanakan. Semakin naik gaji itu maka semakin banyak kerja yang mesti dilakukan. Inilah maksudnya berkira-kira.

Namum, ada juga sesetengah tempat kerja yang pekerjanya ditambahkan kerja daripada sepatutnya tiada pula kenaikan gaji kepada pekerja tersebut. Silap-silap ada yang kena potong gaji kerana majikan tidak mampu hendak bayar gaji pekerja.

Bagi pekerja, sekiranya mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik maka tunggu apalagi, berhenti dan bekerja di tempat baru. Mudah-mudahan pekerjaan di tempat baru lebih menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Sebagai penutup bicara, semoga kita semua mendapat kenaikan gaji, pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang besar, rezeki yang banyak, lagi halal dan berkat, serta rasa senang hati dan tidak stress berkerja di tempat tersebut. Amin.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!