اللهُ
أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
لَا
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ
أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Takbir
di atas boleh diulang-ulang sebanyak tiga kali atau lima kali atau tujuh kali
atau lebih.
اللهُ
أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ
نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ
جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Bila
mendengar takbir raya pasti terasa sayu. Takbir di Malaysia memang begini. Dari
kecil sampai besar, beginilah alunan takbir rayanya. Sehinggakan pernah di
benak saya berkata, “takbir raya memang alunannya sedih ke?”
Beza
masa saya belajar di yaman, alunan takbir raya mereka lain daripada kita. Boleh
dikatakan semua tempat di negara-negara orang Arab, alunan takbir raya mereka
sama. Ramai orang yang mengaji di Timur Tengah kata alunan takbir raya orang
Arab ini bersemangat dan bertenaga. Hal ini kerana hendak menunjukkan bahawa
mereka sedang bergembira.
Hal
ini memang benar. kalau kita gembira contohnya, nada suara kita akan menjadi
lebih kuat, cergas, aktif, bersemangat dan penuh keyakinan. Adapun apabila kita
bersedih, nada suara kita pun sebaliknya.
Manakan
tidak, orang Arab memang dikenali dengan perwatakan yang kasar, lasak, gagah
dan berani. Mereka tinggal di gurun padang pasir yang panas, kurang air dan
pokok, banyak batu-batuan, berbukit-bukau dan bergunung-ganang.
Manakala
kita orang Melayu yang tinggal di Malaysia ini dikatakan oleh orang Arab bahawa
tempat kita ini adalah syurga dunia. Di samping itu, kita dikenali sebagai
bangsa yang lemah-lembut, bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Bagi
saya tidak kisahlah bagaimana bunyi alunan takbir raya itu, yang penting kita
banyakkan bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil kepada Allah s.w.t.
Bukan sahaja pada hari raya sahaja bahkan pada hari-hari biasa pun kita mesti
perbanyakkan berzikir kepada-Nya.
Khutbah
Sebenarnya
saya merindui hendak mendengar khutbah sama ada khutbah Jumaat atau Hari raya yang
disampaikan oleh khatib dengan penuh bersemangat dan lantang. Barulah tidak
mengantuk dan banyak menguap.
Apabila
dengar terus rasa bersemangat. Rasa bermotivasi. Rasa hendak tingkatkan amalan
soleh. Rasa insaf apabila mendengar tentang perkara-perkara yang berkait dengan
dosa, pahala, syurga dan neraka.
Inilah
kerinduan yang saya alami. Kalau masa belajar di terengganu dulu bolehlah pergi
ke Masjid Rusila dengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul
Hadi Awang. Tuan Guru apabila berkhutbah atau berucap memang nampak bersemangat.
Sememangnya
saya suka kepada perkara-perkara yang boleh menaikkan semangat. Bagi saya,
sesuatu yang bersemangat adalah suatu kesungguhan yang lahir daripada diri
seseorang. Macam ada aura gitu. Baiklah, sebagai mengakhiri kata-kata, janganlah
sedih-sedih, ceria-cerialah selalu.