Firman Allah s.w.t:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى
اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا
أَنَاْ مِنْ الْمُشْرِكِينَ (١٠٨)
Katakanlah: "Inilah jalan (agama)
ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan
hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang
musyrik."
(Yusuf:
108)
Untuk memahami Islam dengan lebih
mendalam maka kita mestilah mempunyai kecintaan, kesedaran, keinginan dan perasaan
yang kuat untuk mempelajari ilmu agama. Kita boleh mempelajari ilmu agama
dengan dengan pelbagai cara seperti menghadiri ke majlis-majlis ilmu, belajar
agama secara formal atau tidak formal, mendengar kuliah agama, mendengar
khutbah jumaat, bertanya kepada yang pakar, membaca buku-buku dan
majalah-majalah agama, dan sebagainya.
Oleh itu, Janganlah mensia-siakan masa
ketika muda, sihat, lapang, kaya dan hidup dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah tetapi pelajarilah ilmu agama secara lebih mendalam lagi. Inilah masa
keemasannya. Jangan lepaskan peluang ini pergi dan meninggalkan kita begitu
sahaja dengan mengabaikannya, leka dan lalai terhadap keseronokan dunia.
Kehidupan dunia ini bukanlah untuk
berseronok-seronok dan mencari kekayaan semata-mata sehingga terlupa dan
terleka hendak mencari ilmu agama sebanyak-banyaknya. Ketika orang lain sedang
terleka marilah kita memperlengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai penunjuk
ke jalan yang lurus.
Ilmu agama adalah sangat penting bagi
kehidupan kita. Ilmu agama dapat meyakinkan pendirian kita untuk berpegang
dengan teguh pada agama Allah s.w.t. Dengan keyakinan itu pasti tiada seorang
pun yang dapat mengganggu gugat iman kita.
Kesimpulannya, selagi hayat dikandung
badan hiasilah kehidupan ini dengan mendalami ilmu agama supaya mendapat
keredhaan-Nya serta selamat di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan