Halaman

Khamis, 17 September 2009

Keutamaan Dan Keistimewaan Takwa


Takwa ialah wasiat Allah bagi orang yang terdahulu dan orang yang kemudian, firman Allah:
 
...وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ... (١٣١)
…dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah…
(An-Nisa’ : 131)

Dalam al-Kitab dan as-Sunnah banyak terdapat nas yang menerangkan keutamaan takwa, antaranya ialah:

SATU  Syurga diwariskan untuk orang-orang yang bertakwa.

تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا  (٦٣)
Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertakwa dari hamba-hamba kami.
(Maryam : 63)

DUA  Ketakwaan menyebabkan seorang hamba dicintai oleh Allah.

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ  (٧٦)
Bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.
(Ali Imran : 76)

TIGA  Datangnya berkah dari langit dan dari bumi dibukakan untuk orang-orang yang bertakwa.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنْ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ... (٩٦)
Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…
(Al-A’raf : 96)

EMPAT  Allah sentiasa bersama orang-orang yang bertakwa.

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ  (١٢٨)
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(An-Nahl : 128)

LIMA  Dimudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

...وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا  (٤)
…sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
(At-Talak : 4)

ENAM  Takwa merupakan sebaik-baik bekal bagi hamba-Nya di dunia dan di akhirat.

...وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِي يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ  (١٩٧) 
…berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.
(Al-Baqarah : 197)

TUJUH  Akhir yang baik di dunia dan di akhirat.

...وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ  (١٢٨)
..dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Al-A’raf : 128)

LAPAN  Allah menyediakan pahala yang besar bagi orang-orang yang bertakwa.

...لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ  (۱۷۲)
…untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertakwa, ada balasan yang amat besar.
(Ali ‘Imran : 172)

SEMBILAN  Allah akan memberikan jalan keluar bagi orang-orang yang bertakwa.

...وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا  (۲)
…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(At-Talak : 2)

SEPULUH  Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahan dan melipatgandakan pahalanya.

...وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا  (۵)
…sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
(At-Talak : 5)

Sekian, Wallahua’lam.

Tujuh Jenis Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Matinya

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Jumaat, 4 September 2009

Kesibukan Manusia


“Ni yang malas nak keluar ni, asal keluar je jam…”

Petang itu, saya dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di Kedai Formula berhampiran Pasar Borong Selayang. Sudah menjadi kebiasaan, di mana-mana laluan tentunya sibuk. Lagi-lagi orang balik dari tempat kerja. Waktu itu memang sibuk. Apabila berada dalam situasi begini rasa letih hendak menempuhnya. Bagaimanapun, mahu tidak mahu mesti ditempuhi juga. Sesungguhnya, kesabaran sangatlah teruji pada masa itu.

Kenderaan berhimpit-himpit meneruskan perjalanan. Mat-mat moto tentunya menyelit-nyelit supaya boleh lepas daripada kesesakan tersebut. Jalan yang dua lorong menjadi 3 lorong. 4 lorong menjadi 5 lorong. Begitulah seterusnya sehingga jalan menjadi semakin sempit dengan kenderaan kerana masing-masing mahu melepaskan diri daripada kesesakan tersebut. Selagi ada ruang selagi itu mahu mencelah. Yang penting lepas. Yang penting cepat sampai. Mungkin ini pada tanggapan segelintir mereka yang kurang prihatin. Namun, perkara yang biasa terjadi adalah semakin sesak.

Di Kuala Lumpur, kesesakan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan. Beginilah kehidupan di Bandar. Setiap hari warga kota menempuhinya. Cuma tidak diketahui dalam situasi itu masih ada orang yang bersabar atau naik darah. Kesesakan yang berlaku biasanya pada waktu pagi (lepas subuh lagi), tengah hari, petang dan malam (masa waktu maghrib).

Pernah suatu ketika dahulu, pada waktu itu saya di alam pekerjaan, setiap hari saya bergelut dengan kesesakan tersebut. Pagi-pagi lagi kena keluar awal. Lepas solat subuh terus keluar pergi kerja. Walaupun sudah keluar awal pada sangkaan saya rupa-rupanya mereka lebih dahulu berada di jalan raya. Di lebuh raya Jalan Kuching kelihatan kenderaan seakan-akan berbaris atau beratur untuk menuju ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah, saya ke tempat kerja dengan menunggang motosikal kerana itulah satu-satunya kenderaan yang saya ada. Pergi kerja dan balik kerja saya hadapi perkara yang sama. Suatu perjalanan yang melelahkan.

Apabila difikirkan kembali manusia ini sibuk bekerja. Bekerja kerana mencari rezeki. Maka dengan itu wujudlah berbagai-bagai persoalan dalam fikiran saya, “Hai, takkan cari rezeki je? Takkan sibuk dengan benda ni je? Kalau tengok keadaan yang berlaku tu macam masing-masing kejar harta. Nampak macam kita ni sibuk dengan hal dunia la. Bila nak sibuk dengan hal akhirat?”

Lama juga saya berfikir. Sesekali memikirkan hal amalan yang masih kurang dilakulan termasuklah juga kualiti amalan yang masih kurang sempuna. Sekali lagi timbul persoalan dalam minda, “Bila lagi nak buat? Tak boleh tangguh-tagguh ni, kan ke patut kita segerakan buat amalan baik.”

Dalam hati berkata, “Aku mesti berubah.” Firman Allah: 

...إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ...   (١١)

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra’du : 11)

Kesimpulannya:
  • Mulai sekarang saya mesti berubah!
  • Mula sekarang saya mesti istiqamah!
  • Mulai sekarang saya mesti perbaiki amalan!
  • Mulai sekarang saya mesti perbanyakkan amalan!
  • Mulai sekarang saya mesti menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya!
  • Mulai sekarang saya mesti ingat bahawa keihklasan kepada Allah dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang utama!

Sekian, wallahua’lam.

Khamis, 3 September 2009

Kisah Nafsu Degil Pada Perintah Allah


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu. Jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Rabu, 2 September 2009

قول علماء عن التقوى


التقوى
-        أبو يزيد البِسْطامي: المتقي من إذا قال قال الله، ومن إذا عمل عمل الله.
-        أبو سليمان الدَّاراني: المتقون الذين نزع الله عن قلوبهم حب الشهوات. المتقي الذي اتقى الشرك وبرىء من النفاق.
-        سأل عمر بن الخطاب رضى الله عنه أُبياً عن التقوي: فقال: هل أخذت طريقاً ذا شوك؟ قال: نعم:/ قال:  فما عملت فيه؟ قال: تشمَّرت وحذرت؛ قال: فذاك التقوى.
-        ابن أبى حاتم عن معاذ بن جبل أنه قيل له: من المنقون؟ فقال: قوم اتقوا لشرك وعبادة الأوثان وأخلصوا الله العبادة.
-        أحمد في الزهد عن أبي الدرداء تمام التقوى أن يتقي الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة جين يترك بعض ما يرى أنه حلال خشية أن يكون حَراماً يكون حجاباً بينه وبين الحرام.
-        قال شيخ السلام ابن تيمية: التقوى تجمع. فعل ما أمر الله به وترك ما نهى عنه.
-        قال صاحب المفردات: التقوى فى تعارف الشرع حفظ النفس عما يؤثم وذلك بترك المحظور.
-        يقول الأصفهاني: التقوى جعل النفس في وقاية مما يخاف هذا تحقيقه، ثم يسمى الخوف تارة تقوى، والتقوى خوفا حسب تسمية مقتضى الشيء بمقتضيه والمقتضي بمقتضاه، وصار التقوى في تعارف الشرع حفظ النفس عما يؤثم، وذلك بترك المحظور. (من:مفردات ألفاظ القرآن،للأصفهاني).
-        قال ابن عباس رضي الله عنهما: "المتقون: الذين يحذرون من الله وعقوبته" .
-        وقال طلق بن حبيب: التقوى: أن تعمل بطاعة الله على نور من الله، ترجو ثواب الله. وأن تترك معصية الله على نور من الله، تخاف عقاب الله.
-        وسئل علي رضي الله عن التقوى فقال: الخوف من الجليل والعمل بالتنزيل والرضا بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل والتقوى: هي أن تجعل بينك وبين محارم الله حاجزا، وذلك بامتثال الأوامر واجتناب النواهي وكلمة التقوى مشتقة من الوقاية، فالتقوى: هي إطاعة الله خشية عذابه، وهي عمل بطاعة الله على نور من الله مخافة عقاب الله.
-        وقال طلق بن حبيب: التقوى: أن تعمل بطاعة الله على نور من الله، ترجو ثواب الله. وأن تترك معصية الله على نور من الله، تخاف عقاب الله.
-        وقال ابن مسعود في قوله تعالى: (اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ) [ آل عمران: ١٠٢ ] قال: أن يُطاع فلا يُعصى، ويذكر فلا ينسى، وأن يشكر فلا يكفر.
-        وكتب عمر بن عبد العزيز إلى رجل: أوصيك بتقوى الله عز وجل التي لا يقبل غيرها، ولا يرحم إلا أهلها، ولا يثيب إلا عليها، فإن الواعظين بها كثير، والعاملين بها قليل، ولما ولي خطب فحمد الله وأثنى عليه وقال: أوصيكم بتقوى الله عز وجل، فإن تقوى الله خلف من كل سعي، وليس من تقوى الله خلف، وقال رجل لرجل أوصني، قال: أوصيك بتقوى الله، والإحسان، فإن الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون، وكتب رجل إلى أخيه أوصيك بتقوى الله، فإنها من أكرم ما أسررت ،وأزين ما أظهرت، وأفضل ما ادخرت.

Kemuliaan Orang Berpuasa Terletak Pada Takwa


Berpuasa Bulan Ramadan

Tiap-tiap orang Islam wajib berpuasa. Berpuasa menurut bererti mencegah nafsu lahir dan batin daripada segala yang dilarang serta mengawasi gerak-geri badan daripada melakukan sesuatu yang ditegah oleh hukum.

Puasa wajiblah ditunaikan menurut ketentuan syariat puasa dengan firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ  (١٨٣)  أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ  فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ... (١٨٤)

Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

(Puasa Yang diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain…
(Al-Baqarah : 183-184)

Ayat tersebut menerangkan perintah puasa dan hukum yang bertalian dengannya serta menjelaskan pula faedah atau hukmatnya secara ringkas tetapi tegas dalam rangkaian perkataan yang sedikit lagi kemas, iaitu firmannya: (لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) …supaya kamu bertakwa… Jadi berpuasa untuk mencapai darjat takwa ialah hikmat atau faedah yang terkandung dalam puasa.

Takwa yang dijadikan maksud utama daripada puasa ialah satu perkataan yang mudah disebut dan diingati, disebabkan amat sedikit hurufnya tetapi sangat banyak dan luas pengertiannya, terbukti daripada berbagai-bagai pengertian dan tafsiran para ulama mengikut beberapa jurusan ilmu. Antaranya menegaskan bahawa puasa adalah untuk mencegah diri dan jiwa daripada penyakit dan kerosakan akhlak akibat daripada nafsu yang tidak pernah dikawal dan dipelihara. Penegasan ini berdasarkan kepada keadaan takwa itu kerana tiap-tiap perkataan atau perbuatan yang dimaksudkan untuk mencegah kejahatan serta memelihara daripada terjerumus kepada kancah maksiat yang merosakkan ialah bererti takwa.

Dalam al-Quran banyak disebut perkataan takwa yang diikuti dengan pengertiannya serta banyak pula didapati ayat yang menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa dan anjuran untuk menjadi orang yang betakwa sebagaimana pada ayat perintah puasa.

Takwa sepertimana yang telah diterangkan pengertiannya mengandungi makna pemelihara dan pencegahan. Menurut keterangan al-Quran, takwa adalah untuk memelihara daripada api neraka. Takwa ialah sebaik-sebaik bekalan yang berguna bagi manusia di dunia dan di akhirat. Takwa ialah pembuka jalan ke arah kemudahan sesuatu urusan. Takwa ialah punca penghapusan dosa dan kesalahan. Oleh sebab itu, amatlah tepat pemakaian perkataan itu untuk menunjukkan hikmat puasa.

Takwa hasil daripada daripada puasa dan amal-amal yang lain adalah suatu darjat dan makam yang paling mulia dan tinggi dalam pandangan Islam. Menurut pengajaran al-Quran, ukuran atau kemuliaan peribadi seseorang tidak disebabkan keturunannya atau kebangsaannya, kepandaiannya, kekayaannya, kedudukannya, gelarannya, dan sebagainya. Namun, ukuran itu terletak pada takwa.

Demikianlah, maka dengan ini fahamlah kita bahawa alangkah mulianya orang yang berpuasa kerana hikmatnya untuk takwa, setinggi-tinggi makam di sisi Allah. Namun, untuk mencapainya tidaklah mudah. Jika berpuasa semata-mata kerana menahan lapar saja belumlah tercapai makam itu. Kalau demikian, maka murahlah nilai takwa.

Puasa bukanlah semata-mata lapar sedang nafsu masih tidak puas dan budi pekerti masih lagi buas. Namun, puasa dengan berlapar adalah untuk mendidik peribadi menjadi orang yang patuh lagi berbudi serta bertimbang rasa berusaha melipat gandakan usaha mengingati kebesaran Allah dengan melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan sama ada dengan hati, perkataan, atau perbuatan. Jika tidak demikan, maka puasa adalah semata-mata lapar dan dahaga. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa salam:
   
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ. رواية  بخاري

Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan melakukannya maka tidaklah ada hajat bagi Allah pada makanannya dan minumnya yang ia tinggalkannya.

Bibliografi :
Susunan Imam Nawawi. Terjemah dan Syarah oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman. Hadith 40. Cetakan 2005. Muka surat : 86 -88.

P/s : Sambungan daripada tajuk puasa dan takwa.

Sekian, Wallahua’lam.

Selasa, 1 September 2009

Balik KL


Untuk kali ni saya kurang gunakan bahasa baku.

Alhamdulillah, sampai juga pulang ke kampung halaman dengan selamat dan sejahteranya. Bertolak dari Terengganu jam 10.00 pagi tadi. Alhamdulillah, sampai rumah pukul 5.30 petang. Lama juga menghitung hari nak balik KL. Tapi apakan daya tiket bas yang hendak dibeli pada hari khamis minggu lepas dapat hari Selasa (hari ini). Itulah tiket yang paling awal.

Biasanya, bila nak balik KL atau ke Terengganu saya bertolak pada sebelah malam. Untuk kali ni sengaja saya rancang beli tiket yang bertolak siang sebab supaya boleh terawih malam nanti. Sepanjang perjalanan tu macam-macam rasa yang saya alami. Rasa risau, sedih,seronok, gembira, rindu, letih, mengantuk, lapar dan lain-lain lagi. Kalau difikirkan balik semua tu sementara saja.

Sedih
Macam dalam hidup kita adakalanya senang, adakalanya susah, kemudian senang semula. Ada masa hari cerah dan ada masa hari hujan macam masa perjalanan tadi di sepanjang jalan negeri Pahang. Kejap-kejap hujan, kejap-kejap berhenti.

Bila baca surat khabar dan tengok berita di tv rupa-rupanya ada lagi orang yang hidupnya susah, melarat dan menderita. Contohnya, Seorang pemuda, Azli Hassan, 23, yang menderita penyakit barah gusi sejak tiga tahun lalu meninggal dunia. Contoh lain pula, banjir di Yan Kedah dan dijangkakan akan surut bila cuaca cerah selama 12 jam.

Kedua-dua contoh ini boleh memberi pengajaran kepada kita sekiranya kita melihat dan berfikir. Sebagai orang Islam, bila ditimpa kesusahan, musibah, bencana, malapetaka dan sebagainya kita hendaklah berdoa seperti yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran, “innalillahi wa inna ilaihi raji’un”.

Peringatan
Satu perkara yang saya suka ketika musafir ialah dapat mempraktikkan solat jamak. Ketika bermusafir kita mendapat rukhsoh yang diberikan oleh Allah. Bila nak solat, boleh dijamakkan. Sesiapa yang berpuasa boleh berbuka. Inilah pentingnya ilmu yang sentiasa bersama-sama kita.  

Bak kata peribahasa Melayu mengenai perantau, “jauh perjalanan luas pemandangan”. Bila merantau ke negeri orang ni, macam-macam perkara boleh lihat. Kita boleh tahu budaya, bahasa, adat, makanan dan sebagainya di sesuatu tempat. Dapat belajar macam-macam dan timba pengalaman dari orang lain.

Semasa melalui perjalanan yang jauh itu saya juga dapat menyaksikan kebesaran Allah yang tiada tandingannya seperti bukit-bukau yang pegun, tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan laut yang membiru terbentang luas hingga menampakkan kaki langit. Dari situ timbul kesedaran untuk mengingati Allah supaya tidak lalai dan leka tentang kekuasaan Allah.

Teringat saya pada peribahasa Arab yang menyebut, “hidup umpama perjalanan”. Ringkas dan padat. Punya maksud yang tersirat dan mendalam. Peribahasa tersebut bermaksud bahawa kehidupan ini adalah sementara. Kita sang manusia ini sebenarnya sedang bermusafir. Dunia ini sebagai jambatan menuju ke akhirat. Destinasi terakhirnya ada dua sama ada syurga atau neraka. Bekalan yang dibawa untuk ke sana ialah amalan dan takwa. Bagaimanakah dengan amalan kita sekarang? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Ibarat bagi syurga ialah suatu tempat yang indah tapi perjalanan nak ke sana berliku-liku dan banyak kesukaran. Neraka pula tempatnya sengsara tapi jalan menujunya dipenuhi kesenangan, keseronokan dan keindahan. Malangnya, ramai manusia suka masuk ke jalan yang mudah ini sebab terdorong dengan hawa nafsu mereka. Nak masuk syurga memanglah susah. Setiap perbuatan lahir dan batin mestilah ikhlas kerana Allah. Allah menilai hamba-Nya berdasarkan ikhlas. Ikhlas adalah perkara utama di sisi Allah untuk masuk ke syurga-Nya.

Dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kita bertadarus dan bertadabbur ayat-ayat ini. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  (٥) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  (٦)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(An-Nasyrah : 5-6)


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ  (٣٠) نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ  (٣١) نُزُلاً مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ  (٣٢) وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً  مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ  (٣٣)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat : 30-33)

Sekian, Wallahua’lam.
Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!