Perjalanan jauh
tak ku rasa
Kerna hati ku
melonjak sama
Ingin berjumpa
sanak saudara
Yang selalu
bermain di mata
Nun menghijau
gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi
bertambah birunya
Deru angin turut
sama berlagu
Semuanya bagaikan
turut gembira
Balik kampung oh
oh...balik kampung oh oh...balik kampung oh oh...
hati girang
Tapi saya
bukannya hendak balik kampung. Saya hendak balik ke rumah. Balik dari tempat
kerja. Sebenarnya Lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman bin Haji
Arshad adalah lagu yang kadang-kadang saya nyanyikan semasa perjalanan pulang
ke rumah.
Maklumlah jarak perjalanan antara rumah dan tempat
kerja yang jauh maka kadang-kadang terasa tidak seronok di hati. Hendak pergi
ke tempat kerja jauh, hendak pulang ke rumah pun jauh. Itu yang tidak seronok. Namun,
untuk menyeronokkan hati maka kadang-kadang lagu Balik Kampung ini saya
dendangkan ketika menunggang motosikal.
Perjalanan jauh saya ini memang terasa. Rasa penat
sangat dan meletihkan. Dalam fikiran selalu terfikir, “bilalah nak sampai ke rumah?
Jauh lagi ke?”.
Apa-apa pun sabar itu menjadi penguat untuk
menenmpuh perjalanan ini. Barangkali ada orang yang lebih jauh perjalanannya
daripada saya. Kita saja yang tidak tahu.
Apabila menyebut tentang perjalanan yang jauh, saya
jadi teringat tentang perjalanan hidup saya yang masih panjang dan jauh. Banyak
perkara yang harus saya tempuh. Banyak ilmu yang ilmu yang harus saya pelajari
serta banyak pengalaman yang harus saya timba.
Ini baru di dunia, di akhirat entah bagaimana. Perjalanannya
lebih jauh dan panjang, dan memakan masa yang sangat lama. Hanya iman dan amalan
soleh yang banyak akan memudahkan urusan kita di sana.
Akhirat adalah kampung abadi kita. Syurga adalah
tempat kediaman terbaik untuk kita. Oleh itu, ketika di dunia ini jadilah orang
yang beriman dan beramal soleh.
Sekadar ini sahaja pesanan ini buat memperingati diri
saya dan kepada anda semua. Kadang-kadang beginilah fikiran saya apabila
menempuh jalan yang jauh pasti saya akan teringat perjalanan yang jauh di
akhirat sana.
Akhir kata, semoga perjalanan yang jauh menjadi
dekat, perjalanan yang memakan masa yang lama menjadi sekejap, perjalanan yang
lambat menjadi cepat, perjalanan yang membosankan menjadi menyeronokkan, perjalanan
yang menyedihkan menjadi menggembirakan dan Allah s.w.t sentiasa menunjukkan
jalan yang lurus kepada kita supaya selamat di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan