Halaman

Selasa, 8 September 2015

Perjalanan Yang Jauh

Kini, hampir setahun saya bekerja di SRI Al-Quran Akademi Al-Marjan USJ 12. Bekerja sebagai seorang ustaz di sana. Begitu cepat masa berlalu. Saya masuk mengajar pada bulan sepuluh tahun lepas ekoran tiddak dapat meneruskan pengajian di Yaman kerana perang.

Disebabkan perang teruk di Yaman saya mengambil keputusan untuk tangguh sambung belajar. Jadi, saya membuat keputusan untuk bekerja dulu. Alang-alang sudah tinggal di Malaysia, saya buat plan lain pula. Plan saya ialah bekerja, kumpul duit dan membina kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ibarat rezeki datang bergolek saya mudah mendapat kerja pada masa itu. Ada kekosongan di SRI Al-Quran Akademi Al-Marjan. Jadi, setelah istikharah tanpa berlengah saya pun bersetuju untuk berkerja di sana.

Kalau ikutkan kerja di sekolah itu relaks dan santai sahaja. Bekerja dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. 4 jam sahaja. Sekejap. Nampak mudah bukan? Gaji pun Alhamdulillah boleh tahan juga. Tidak sedikit sangat dan tidak banyak sangat. Gaji tersebut memadai dengan waktu kerja dan tugasan. Cuma tiada KWSP. Juga terdapat kekurangan yang tidak mahu saya sebutkan di sini.

Biasalah, kerja di mana-mana pun ada kelebihan dan ada kekurangannya. Tidak semua yang perfect.

Bagaimanapun, perkara yang meletihkan saya ialah perjalanan yang jauh pergi balik antara rumah dengan sekolah. Jauh sangat. Ramai kawan saya kata saya bekerja si tempat yang jauh. Ada yang mencadangkan saya cari kerja dekat dengan rumah. Ini lebih berbaloi dan menguntungkan.

Jarak perjalanan saya dari rumah pergi ke sekolah lebih kurang 47 kilometer. Begitu juga jarak dari sekolah balik ke rumah. Lebih kurang sama. Jadi, setiap hari saya akan menunggang motosikal sejauh kira-kira 94 kilometer. Lagi sedikit hendak hampir 100. Senang cerita lebih kurang 100 kilometer.

Kata orang-orang tua atau kata pepatah, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Namun, saya lain pula. Jauh perjalanan banyak meletihkan. Memang letih. Menunggang motosikal dengan perjalanan yang jauh sangat meletihkan. Berbeza dengan memandu kereta. Lebih relaks, rehat dan santai tetapi kalau jalan sesak kena banyak bersabar. Kalau motosikal boleh dan mudah mencelah tetapi kena berhati-hati juga supaya selamat sepanjang perjalanan.

Apabila difikir-fikir dan dikira-dikira perjalanan yang jauh tidaklah menguntungkan sangat kerana apabila ditolak dengan masa, minyak, dan tenaga. Boleh dikatakan saya mengambil lebih kurang sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan pulang. Jadi, apabila dikira dengan waktu bekerja maka masa saya berada di luar rumah ialah 6 jam.

Kalau orang lain mungkin ibarat masa 2 jam perjalanan saya itu boleh buat macam-macam perkara. Boleh siapkan macam-macam kerja. Namun, masa saya itu dihabiskan di atas jalan dan motosikal.

Sebab itulah apabila waktu malam saya letih sangat. Mengantuk sangat. Hendak buat kerja lain pun susah. Tidak boleh focus. Jadi, akhirnya saya membuat keputusan lebih baik tidur sahaja. Sedar-sedar subuh. Akibat letih, masa tidur pun jadi panjang. Itu pun kira dating sifat malas. Letih campur malas sama dengan kerja tidak siap atau menjadi.

Rasa letih dan malas ini memang kena lawan. Memang kena perang juga. Namun, apakan daya tubuh badan ini letih sangat.

Sehari boleh dikatakan RM 5 saya isi minyak. Kalau sebulan sudah berapa? RM 5 x 30 = RM 150. Boleh dikatakan saya bekerja tiap-tipa hari. Sabtu Ahap pun berkerja. Sabtu Ahad ajar mengaji al-Quran untuk kelas Kafa hujung minggu. Kelas itu di sekolah itu juga. Kiranya kerja Sabtu Ahad ini untuk tambah income sayalah.

Jadi, apabila difikir-difikirkan saya kena cari pekerjaan yang dekat dengan rumah. Ini lebih menguntungkan dan berbaloi. Jimat duit minyak, masa dan tenaga. Tenaga pun penting. Apabila kita bertenaga kita akan dapat buat banyak dan pelbagai kerja. Harap-harapnya plan saya ini menjadi.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!