Halaman

Jumaat, 18 September 2015

Yang Benar Itu Benar, Yang Salah Itu Salah

Ini suatu pemerhatian sahaja. Tidak pasti betul atau tidak. Sekiranya salah boleh diperbertulkan.

Mula-mula, jatuhkan orang-orang kuat presiden. Tujuannya supaya tiada orang yang boleh backup presiden sekiranya berdepan dengan masalah, maka mudahlah hendak menghentamnya. Ini juga cara untuk menjatuhkan presiden selepas itu.

Setelah presiden tidak di kelilingi oleh orang-orang kuatnya (sangkaan orang yang kerjanya menjatuhkan orang) pasti presiden pun akan jatuh sama. Presiden mudah dihentam, dilawan, dikalah dan diperkotak-katikkan.

Sebenarnya presiden ini bukan calang-calang orangnya. Beliau seorang yang dekat dengan Allah s.w.t. Walaupun zahirnya nampak bersendirian namun Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.

Pada mulanya, ahli-ahli bawahan merasakan bahawa orang-orang kuat presiden adalah dalang bagi kerja-kerja mengkhianati presiden dan jemaah. Inilah salah faham yang berlaku pada masa itu. Sebenarnya itu adalah fitnah. Mereka tidak tahu gerangan sebenarnya yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah.

Sebaliknya, orang-orang kuat presiden adalah orang yang membantu presiden dan jemaah serta bersama-sama memperjuangkan Islam.

Pada masa itu, ahli-ahli bawahan tidak kenal watak sebenar kumpulan yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah. Perkara ini disedari setelah mereka dinaikkan menjadi pimpinan.

Sepanjang tempoh tersebut, presiden bersabar sahaja dengan karenah mereka. Manakan tidak, mereka asyik bercanggah pendapat dan tindakan dengan presiden. Ada yang membelakangkan presiden. Ada juga yang bersikap lebih menyayangi presiden orang lain daripada presiden sendiri.

Takdir Allah s.w.t sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Akhirnya, ahli-ahli sedar tentang perkara ini dan bersatu memilih orang-orang yang sewajarnya menjadi pimpinan bagi Jemaah mereka. Setelah itu, kumpulan yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan Jemaah pun jatuh beramai-ramai.

Mereka tidak Berjaya. Mereka sedih dan berasa hati terhadap perkara yang berlaku ke atas mereka.

Akibat rasa terkilan, mereka keluar daripada jemaah dan menubuhkan jemaah baru. Katanya jemaah itu lebih memperjuangkan Islam dan mempedulikan rakyat serta berkebajikan. Entah ya entah tidak. Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Hari ini, kita sudah diperlihatkan yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Untuk berada di jalan yang benar kita mesti beristiqamah. Dalam istiqamah pula mesti ada keikhlasan. Oleh itu, marilah beristiqamah hingga kemenangan.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!