Halaman

Ahad, 7 Mac 2010

Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing

"Esok pakai baju t-shirt seluar track" 

"Gi Bulatan Ladang."

"Wajib", kata Ustaz Kamaruzzaman.

Seperti yang dijanjikan pada hari Khamis, 7 Mac 2010, 9.00 pagi.

lokasi: Ladang, dekat-dekat dengan surau Ustaz Azhar mengajar.

Tak tau rumah siapa yang kena roboh. Kami pelajar lelaki KUDQI buat kerja-kerja tersebut kerana mendapat arahan daripada Ustaz Kamaruzzaman, HEP KUDQI.

Orang-orang kuat: Khair, Rosli, Omar, Khairul, Safwan, Zaid, Muhaimin, Azmi, Faris, Fikri, Hami Muzakkir, Hassan Basri, Syafaiz, Mazani, Syed, Amir dan lain-lain (pak cik-pak cik dan abang-abang).

Ni masa mula-mula nak buat kerja.
Masa ni Muhaimin nampak semangat sekali.

 Bang, robohkan atap dulu!

                      Hami Muzakkir : Merenung
                  Khair : Berfikir... tengah cari sesuatu agaknya.

 

  
Semangat! Semangat! Semangat!
Kalau belajar semangat macam ni kan... bagus!

  
Berbincang.

Pak cik yang berserban ni walaupun dah berumur tapi masih kuat lagi angkat barang-barang berat. Bagus pak cik ni!

 

 


 


Hassan Basri la setakat ni orang kuat KUDQI.

 Relaks, santai... dah penat keje rehat la pulak.

 

 
 Nun jauh di sana siapa ye?

 
Oh, Ustaz Kamaruzzaman.

Berselerak... siapa yang buat?

 


Ni baru sebelah paginya, sebenarnya kerja-kerja ni berlangsung sehingga petang. Kerja-kerja merobohkan rumah ni siap sampai petang. Saya antara orang yang balik awal. Lepas makan balik terus ke asrama KUDQI.

"Yang berat sama dipikul
                Yang ringan sama dijinjing"

Di sini saya nak menyatakan nak bina sesebuah bangunan memakan masa berhari-hari tapi bila nak dirobohkan tak sampai sehari. Macam-macam cara boleh kita buat seperti pakai lori jentolak... cepat jugak robohnya...ada orang kata bakar je rumah tu... nak lagi ekstrim pakai bom je habis cerita.

Begitu juga dengan pertubuhan sesebuah oraganisasi, masa membinanya sehingga benar-benar kuat, kukuh dan mantap memakan masa yang lama tetapi apabila menghadapi masa kehancurannya sangatlah pantas.

Kita umat Islam mesti beringat bahawa kita mesti berusaha mengekal dan mempertahankan penyatuan ummah. Itulah antara kekuatan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!