Halaman

Ahad, 14 Mac 2010

Perasmian Bersama


Program ni baru je berlangsung pada tengah hari tadi di musolla. Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya walaupun terpadat sedikit kekurangan. Walaupun begitu, kesulitan yang dialami tidak melemahkan semangat mereka yang berusaha melaksanakan program ini.

Pada tahun ini Lajnah Kebajikan dan Lajnah Informasi telah bersepakat dan bekerjasama untuk mengadakan perasmian program pembukaan bersama-sama. Lajnah Kebajikan menganjurkan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan yang pengarahnya ialah Abu Bakar. Manakala Lajnah Informasi pula menganjurkan Sayembara Kreatif. Pengarah program bagi Sayembara Kreatif pada tahun ini ialah saya sendiri.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program perasmian bersama ini. Terima kasih juga kepada Ustaz Hamdi yang sudi menjadi perasmi program.

Saya berharap agar semua mahasiswa dan mahasiswi KUDQI bersemangat untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan oleh  kedua-dua lajnah ini. Berilah support atau sokongan kepada kami. Sokongan anda sangat diperlukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!