Halaman

Rabu, 9 September 2015

Marilah Mendalami Ilmu Agama

Firman Allah s.w.t:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَاْ مِنْ الْمُشْرِكِينَ (١٠٨)

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."
(Yusuf: 108)

Untuk memahami Islam dengan lebih mendalam maka kita mestilah mempunyai kecintaan, kesedaran, keinginan dan perasaan yang kuat untuk mempelajari ilmu agama. Kita boleh mempelajari ilmu agama dengan dengan pelbagai cara seperti menghadiri ke majlis-majlis ilmu, belajar agama secara formal atau tidak formal, mendengar kuliah agama, mendengar khutbah jumaat, bertanya kepada yang pakar, membaca buku-buku dan majalah-majalah agama, dan sebagainya.

Oleh itu, Janganlah mensia-siakan masa ketika muda, sihat, lapang, kaya dan hidup dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah tetapi pelajarilah ilmu agama secara lebih mendalam lagi. Inilah masa keemasannya. Jangan lepaskan peluang ini pergi dan meninggalkan kita begitu sahaja dengan mengabaikannya, leka dan lalai terhadap keseronokan dunia.

Kehidupan dunia ini bukanlah untuk berseronok-seronok dan mencari kekayaan semata-mata sehingga terlupa dan terleka hendak mencari ilmu agama sebanyak-banyaknya. Ketika orang lain sedang terleka marilah kita memperlengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai penunjuk ke jalan yang lurus.

Ilmu agama adalah sangat penting bagi kehidupan kita. Ilmu agama dapat meyakinkan pendirian kita untuk berpegang dengan teguh pada agama Allah s.w.t. Dengan keyakinan itu pasti tiada seorang pun yang dapat mengganggu gugat iman kita.

Kesimpulannya, selagi hayat dikandung badan hiasilah kehidupan ini dengan mendalami ilmu agama supaya mendapat keredhaan-Nya serta selamat di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!