Halaman

Selasa, 9 Mac 2010

Netbook DELL

Sekarang ni segelintir dalam kalangan masyarakat timbul minat untuk menggunakan netbook. Kalau kita pergi ke kedai-kedai komputer pun dah banyak jual benda ni. Maknanya, netbook ni antara sebahagian barang komputer yang laris dijual di Malaysia kini.

Netbook ni nak sama fungsinya macam laptop (notebook) cuma netbook ni bersaiz kecil. Ada la beberapa kekuranagn pada netbook seperti takde dvd rwt. kalau nak guna jugak kena beli external dvd rwt. Selain tu, tak boleh buat kerja-kerja berat macam nak buat video, adobe photoshop dan lain-lain. Bagaimanapun, netbook ni mudah dibawa ke mana-mana sebab kecil, ringan dan kemas.

Kalau nak yang cantik setakat ni bagi saya netbook keluaran Dell. Mmm... nampak cantik, smart dan best.

Masa cuti yang lepas ada la juga pergi ke Low Yatt. Pergi ke sana tu pun sebab Ustaz Soffiean suruh saya survey harga netbook. Kebetulan masa tu saya datang ke Sekolah Seri Nurul Hidayah. Tempat kerja saya dulu. Masa jumpa Ustaz Soffiean, ustaz tanya tentang harga netbook dan kemudian minta saya survey harganya. Jadi, pada hari Rabu bersamaan 24 Februari 2010 saya pun pergi la ke Low Yatt. 

Semasa survey dari kedai ke kedai, akhirnya sampai la saya ke Kedai Sri Komputer. Yang bagusnya ialah apabila seorang staff kedai tu yang jaga tempat netbook ni beri penerangan dengan detail sekali. Jadi, saya pun faham la serba sedikit tentang netbook. 

Bawah ni serba sedikit maklumat tentang netbook tu:

pakej a

dell inspiron mini

intel atom (n450)
1.66 ghz
1gb
250 gb hdd
wifi, ebcam
card reader
bluetooth
external dvd rwt
i year warranty
windows 7 starter
7 item free give + slim porch bag
hg: RM 1499

pakej b
macam atas
tp takde external dvd rwt
hg RM 1399

pakej c
macam atas
tp takde external dvd rwt dan 7 item free give + slim porch bag
hg RM 1299 












Amacam... cantik kan? Ada tujuh colour.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!