Halaman

Ahad, 7 Mac 2010

Hari Keluarga Kampus

Baru je berlangsung semalam.

Ni iklan program tu.

Ni backdrop masa slot "Bicara Siswa".

Program ini dianggarkan kira-kira seramai 200 orang yang hadir. Namun, seperti biasa  muslimat sentiasa menjuarai bagi bilangan yang menghadiri program.

Program ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama pada sebelah pagi, iaitu Bicara Siswa. Kedua pada sebelah petang, iaitu Sukaneka. Bahagian yang ketiga pula ialah Malam Kesenian Islam.

Oleh itu MPM, HESIS dan Mahasiswa/wi KUDQI bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan bagi menjayakan program ini. Sebagai penganjur, maka  sudah menjadi perkara penting meraikan kehadiran tetamu yang diundang.

Bicara Siswa
 
Berbagai-bagai pandangan diajukan oleh panelis-panelis. Di samping tak kurang hebat juga moderator, saudara Amir Omar yang mengendalikan program. Masing-masing berbakat, termasuklah bakat kepimpinan.

Aktiviti Sukaneka
Rosli jadi pengacara majlis.

 Ada dua kumpulan... belah kanan namanya 'Besar Punyer' yang belah kiri pula 'Kecik Punyer' hehehe...





Ni acara cari gula-gula dalam tepung.



Diorang kata permainan sukaneka ni macam permainan masa zaman budak kecik-kecik dulu. Heh! Heh! Heh!


 

 
Penat doh... "main ni lagi penat dari futsal," kata Iqbal.

Rehat jap... nanti sambung mula.

Ringkas cite, pemenangnya 'Besar Punyer'.

Malam Kesenian Islam
Ni backdrop untuk "Malam Kesenian Islam". Tapi sayang tak dipancarkan masa program tu berlangsung sebab saya lewat sampai ke dewan huhuhu... ada masalah teknikal. Maaf deh.

Bak kata Raihan, "Berhibur tiada salahnya... kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."

Antara persembahan yang diadakan seperti dikir barat, nasyid, sajak, sketsa dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan slot ni paling dapat sambutan. Ramai. Rupa-rupanya orang muda geng kita ni memang minat pada hiburan. Apa-apa pun segala yang dibuat mestilah berlandaskan syarak. Itu yang penting.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!