Halaman

Ahad, 14 Mac 2010

Alhamdulillah... 7, 8, 6 syukur... Tetap Allahu Akbar!


Alhamdulillah, maka berakhirlah program KPO yang diperkatakan itu semalam. Owh... nama program tu sebenarnya Kursus Latihan Kepimpinan Dan Pengurusan (KLKP).

Banyak modul baru dan menarik yang terdapat dalam pegisian prorgam tersebut pada kali ini. Antara penekanan pada aspek kepimpinan adalah seperti ilmu, rohani, jiwa penda'e, pengurusan masa, menjaga amanah dan lain-lain.

Tidak kurang hebat juga adhoc unit disiplin yang begitu tegas menekankan aspek menjaga amanah. Ketegasan beliau telah membuatkan saya lebih sedar dan mendapat pengajaran serta idea baru dalam kepimpinan, iaitu bersikap garang atau tegas dan sedih. Kedua-dua perasaan ini saya masih belum menjiwainya lagi. Pada saya perkara ini penting dalam bidang kepimpinan supaya peka dan dapat menyesuaikan sesuatu perkara mengikut keadaan semasa.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua tenaga kerja yang telah menjayakan program ini. Pada saya program ini telah membuka mata dan minda saya untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berkredibiliti. Moga-moga segala usaha dan kerja buat kalian mendapat ganjaran daripada Allah.

P/s: Ustaz Kamaruzzaman pesan kepada semua MPM dan HESIS mahirkan bidang pengucapan.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!