Gaji oh gaji kenapa engkau tak naik? Macam mana aku nak naik, majikan
tak nak naikkan. Beginilah keluhan mereka yang berpendapatan rendah sedangkan
kos sara hidup kian meningkat saban hari.
Gaji tidak naik-naik tetapi harga barang yang naik. Pening kepala
memikirkan cara untuk memenuhi keperluan hidup sedangkan wang memang tidak
mencukupi. Bagi yang berkeluarga lagilah parah.
Kalau gaji hendak dinaikkan pun majikan berkira-kira sama ada wajar
atau kenaikan gaji itu mestilah sepadan dengan tugas yang dilaksanakan. Semakin
naik gaji itu maka semakin banyak kerja yang mesti dilakukan. Inilah maksudnya
berkira-kira.
Namum, ada juga sesetengah tempat kerja yang pekerjanya ditambahkan
kerja daripada sepatutnya tiada pula kenaikan gaji kepada pekerja tersebut.
Silap-silap ada yang kena potong gaji kerana majikan tidak mampu hendak bayar
gaji pekerja.
Bagi pekerja, sekiranya mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik
maka tunggu apalagi, berhenti dan bekerja di tempat baru. Mudah-mudahan
pekerjaan di tempat baru lebih menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Sebagai penutup bicara, semoga kita semua mendapat kenaikan gaji,
pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang besar, rezeki yang banyak, lagi halal
dan berkat, serta rasa senang hati dan tidak stress berkerja di tempat
tersebut. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan