Halaman

Khamis, 25 September 2014

Pemberontak Houthi Makin Biadab

        Pemberontak Houti termasuk seorang kanak-kanak lengkap bersenjata mengawal pintu  
        masuk ke Sana'a

SANA'A - YEMEN. Kumpulan pemberontak Houthi enggan berundur daripada kawasan yang dikuasai sungguhpun perjanjian damai sedang berkuat kuasa sejak minggu lalu.

Semalam, kumpulan itu menyerbu kediaman aktivis yang juga penerima Nobel Keamanan, Tawakkol Karman serta dua lagi kediaman yang dimiliki seorang penasihat kepada Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi, di sini.

Pemimpin Houthi, Ali Al-Emad mengesahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman Facebook.

"Kami juga memecah masuk ke Ibu Pejabat Satelit Suhail di Sanaa yang dimiliki ahli perniagaan Hameed al-Ahmar," menurut kenyataannya.

Pegawai Kementerian Kesihatan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 200 orang maut manakala 461 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gabenor Sanaa, Abdelkader Hilal, semalam meletak jawatan atas alasan beliau gagal mengawal keadaan di ibu negara selepas kumpulan Houthi merampas sebuah kereta di pusat pemeriksaan.

Jurucakap Houthi Mohamed Abdel-Salam sebelum ini mengumumkan, mereka akan terus meningkat serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.

Memetik laporan MiddleEastMonitor, beliau menganggap, serangan dilancarkan oleh kumpulannya dalam tempoh lima hari lalu adalah kemenangan buat rakyat Yaman dan mencapai revolusi mereka.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!