Halaman

Jumaat, 26 September 2014

Syiah Houthi Tak Bagi Umat Islam Sana'a Yaman Buat Solat Jumaat

Jumaah Mubarakah. Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Pada hari itu diadakan solat jumaat apabila masuk waktu zohor. Solat Jumaat wajib ke atas lelaki muslim yang sudah baligh dan berakal. Sebelum itu khatib akan berkhutbah di atas mimbar kepada jemaah yang hadir.

Jadi, solat jumaat ini mesti dilakukan secara berjemaah. Maka ramailah para muslimin datang ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan tersebut.

Namun demikian, hal sebaliknya berlaku di Sana'a Yaman apabila Syiah Houthi meletak iklan di jalan-jalan melarang umat Islam di sana mengadakan solat jumaat di masjid. Mereka disuruh oleh Houthi solat Jumaat di rumah. Mereka diugut dengan ancaman yang boleh mengorbankan jiwa sekiranya mengadakan solat Jumaat di masjid.

Semangnya Syiah Rafidhah ini tidak buat solat Jumaat. Bagi mereka solat Jumaat tidak wajib. Jadi, mereka merasakan bahawa tidak bersalah dan berdosa jika menghalang golonggan sunni ini untuk mengadakan solat Jumaat di masjid.
  
Sehubungan dengan itu, umat Islam di Sana'a sangat berhati-hati ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh Houthi. Ada yang menyatakan bahawa ancaman tersebut adalah khabar angin. Apa-apa pun diharapkan agar umat Islam di sana dalam keadaan selamat.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!