Tahniah diucapkan kepada YB Azmin Hj Ali
di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan takziah atas taklifan amanah yang berat ini yang mesti dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat.
Ini adalah amanah yang sangat berat yang akan ditanya oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Jadi, pikullah amanah ini dengan sebaik mungkin.
Diharapkan semua pimpinan parti dan ADUN Negeri Selangor yang terlibat memberi restu dan kerjasama dengannya. Diharapkan dengan perlantikan beliau sebagai MB baru dapat menyelesaikan krisis yang cukup meletihkan ini.
Mudah-mudahan selepas ini negeri Selangor bertambah maju dan makmur memandangkan negeri Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia. Jadi, diharapkan pembangunan negeri semakin maju, kebajikan rakyat semakin terjaga, kekayaan hasil negeri diurus dengan jujur dan tiada penyelewangan, dan urus tadbir negeri semakin baik, cekap dan berkesan.
Sesunggungnya, orang yang jujur dan amanah sahaja yang dapat menguruskan harta kekayaan yang diberi dan dipinjamkan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Harta kekayaan itu juga akan diguna dan dibelanjakannya di jalan Allah s.w.t. serta yang diredhai-Nya.
Semoga YB Azmin Hj Ali sentiasa mendapat
pertolongan daripada Allah s.w.t. untuk menggalas amanah yang berat ini. Diharapkan YB Azmin HJ Ali dapat mentadbir, memimpin dan menguruskan negeri Selangor ini dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan