Halaman

Isnin, 22 September 2014

Respon Tentang Muktamar Tahunan PAS Ke-60

Saya rasa masih belum terlambat untuk bercakap tentang Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 yang diadakan pada hari Khamis hingga Sabtu, iaitu 18/9/2014 - 20/9/2014 yang lalu. Sebelum hari tersebut, telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

Tahun ini saya tidak berpeluang hendak ke muktamar tapi alhamdulillah saya dapat mengikuti perkembangannya melalui internet dan radio Hijau.Fm.

Alhamdulillah, saya rasa muktamar kali ini yang diadakan di Johor adalah yang terbaik. Memang panas dan hangat. Banyak isu yang panas dibincangkan di muktamar dan dapat diselesaikan dengan baik.

Sememangnya saya suka muktamar seperti ini... baru best... baru nampak serius... barulah nampak ada kesungguhan... barulah nampak siapa yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, mempertahankan jemaah PAS dan mereka yang terus beristiqamah.

Terus beristiqamah itu yang penting. "Terus Beristiqamah" menjadi tema muktamar tahun ini dan juga menjadi tajuk ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Mudah-mudahan kita semua tetap terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Ucapan Tahniah juga kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana dilantik menjadi Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bukan calang-calang orangnya. Beliau termasuk orang yang terhebat di dunia pada masa kini!

Sepatutnya kita berasa beryukur kepada Allah s.w.t., bertuah dan berbangga kerana dipimpin oleh beliau yang menjadi Presiden PAS. Sepatutnya kita memberi sokongan yang penuh kepadanya dan membantunya serta yakin dengan kepimpinannya.

Pada saya muktamar adalah tempat bermuhasabah dan menyelesaikan masalah. Sebab itu kalau ada perkara yang tidak kena diselesakain habis-habisan ketika bermuktamar. Segalanya dicurahkan ketika di muktamar bukannya setelah habis muktamar kembali kepada tabiat asal seperti menggunakan facebook, whatsapp, twiter dan sidang media apabila ada rasa tidak puas hati. 

Untuk itu, jadikanlah ucapan dasar dan ucapan pergulungan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai solusi bagi masalah yang telah timbul itu dan satu keputusan yang mesti dipatuhi. Akhir kata, saya menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!