www.buletinonline.net
Oleh: Wartawan BO
Selepas menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak syiah
houthi, Presiden Yaman masih menyatakan kebimbangan tentang perang
saudara yang mungkin akan tercetus.
Abd
Rabbuh Mansour Hadi berkata, beliau khuatir pertelagahan antara sunni
dan syiah di Negara itu akan membawa bencana yang lebih besar, kerana
syiah masih menduduki beberapa premis utama di ibu Negara Yemen, Sana’a.
Namun begitu, maklumat yang baru diterima lebih ditakuti akan
berlaku, apabila al-Qaeda diberitakan akan membuat pengeboman, bagi
bertindak balas ke atas syiah.
“Di mana-mana sahaja tempat yang orang ramai ada…………di sebalik
al-Qaeda adelah ISIS, Houthi tawan Sana’a sebab kerajaan sekarang tidak
mengambil tindakan langsung (menghalang kemaraan Houthi),” ujar wakil
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Syed Solahuddin al-Idrus.
Seolah-olah ada satu pakatan antara Iran yang mendokong Houthi dan
Amerika serta Saudi, antara kuasa-kuasa luar yang dilihat sebagai pemain
di belakang tabir.
Dan
‘tangan-tangan ghaib’ itu, kata beliau sedang bersatu, bahkan mungkin
yang akan menjadi mangsa adalah Parti Islah, kerana kecenderungan mereka
menyokong Ikhwan al-Muslimin yang kini sedang menghadapi pengharaman
dan sekatan di seluruh dunia Arab.
Situasi yang tidak menentu itu telah memaksa, para pelajar Malaysia
serta para pekerja asing berhati-hati, bahkan mengambil tindakan mencari
tempat perlindungan, walaupun sudah kembali ke kediaman masing-masing,
sejak pemerintah Yemen menandatangani perjanjian dengan pemberontak
Houthi tiga hari lalu.
“Para pelajar alhamdulillah, pihak kedutaan menyediakan sebuah
premis untuk berlindung dan mereka telah pun berpindah sejak semalam,
dan dalam keadaan selamat,” kata beliau yang menghantar teks melalui
aplikasi pesanan ringkas. [Gambar Kiri]
Sehubungan itu, khabar angin yang disebarkan semalam, tidak menjadi
kenyataan apabila para jemaah yang menunaikan solat Jumaat hari ini 26
September, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan.
Semalam,
riuh dikatakan, pihak Houthi akan meletupkan mana-mana masjid yang
terus mendirikan solat Jumaat, menjadi kegusaran penduduk sekitar
Sana’a.
“Walau bagaimanapun jemaah masjid tidak ramai seperti Jumaat yang lepas……Kebiasaannya masjid penuh hingga ke luar……..
“Saat masuk masjid kelihatan ‘gelonggong’ dengan tempat-tempat kosong
tidak seperti Jumaat berjalan seperti biasa……khatib banyak menekankan
bab kematian dan bab afdhal solat berjemaah di masjid,”lapor beliau yang
kini terpaksa menangguhkan pengajian kerana pusat pengajian tinggi
masih ditutup.
Syiah Houthi telah menawan Universiti Iman dan mengawal laluan keluar masuk dari orang ramai. [Gambar kanan bawah]
Manakala tentera Yaman tidak membuat sebarang tindak balas,
menyebabkan majoriti orang ramai mencari perlindungan masing-masing,
sehingga tempoh yang diketahui.
Sumber: http://www.buletinonline.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan