Halaman

Khamis, 25 September 2014

Keadaan Selepas Universiti Al-Iman Sana'a Yaman Ditawan Syiah Houthi

Berita tentang Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi adalah berita yang sangat menyedihkan. Ketika puak Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman, pihak kerajaan Yaman sedikit pun tidak memberikan bantuan kepada pihak universiti tersebut.

Dilaporkan bahawa Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman kerana di situ adalah tempat tinggal orang-orang Parti Islah. Dilaporkan juga bahawa universiti tersebut adalah pusat operasi Parti Islah.

Parti Islah adalah Parti Islam yang terkuat dan terbesar di Yaman. Merekalah antara warga yang menghuni Universiti Al-Iman. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani juga tinggal di dalam Universiti Al-Iman. Di situ adalah rumah keduanya. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani terpaksa tinggal di Universiti Al-Iman kerana rumah beliau di Daris diserang oleh pihak pemberontak suatu ketika dahulu.

Timbul tanda tanya kenapa Syiah Houthi terus menyerang Universiti Al-Iman dan tidak terus menyerang kerajaan Yaman sedangkan mereka bercita-cita hendak memerintah Yaman?

Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dan pakatan bersama kerajaan Yaman untuk menjatuhkan Parti Islah supaya tidak menang dalam pilihan raya Yaman pada masa akan datang. Kerajaan Yaman mimbang mereka akan kalah dalam pilihan raya yang menyebabkan Yaman akan diperintah oleh Parti Islah dengan mendirikan negara Islam di Yaman.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Yaman sendiri adalah pengkhianat kepada Islam. Islam dilihat sebagai ancaman dan akan diperangi habis-habisan oleh musuh-musuh Islam pada sepanjang masa.

Selepas Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi, semua warga universiti tersebut diarahkan keluar dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya lagi. Segala barang dan harta benda penghuni univesiti tersebut dirompak oleh Syiah Houthi. Kebanyakan harta benda tersebut adalah kepunyaan golongan faqir dan miskin. Ini adalah perkara yang menyedihkan.

Menurut FB Dr Asma', anak kepada Syeikh Abdul Majid Az-Zindani menyeru agar harta mereka dikembalikan. Tidak mengapa jika mereka tidak mahu mengembalikan rumah Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan rumah anak-anaknya, tetapi mereka mesti kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut.

Dr Asma' menambah lagi,

"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."
 
 

Inilah yang berlaku ke atas Universiti Al-Iman selepas ditawan oleh Syiah Houthi. Semoga Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dapat mengambil semula Universiti Al-Iman dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t.. 

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!