Halaman

Selasa, 18 Ogos 2009

Sifat-sifat Penuntut Ilmu Yang Berjaya

  1. Selalu bersemangat dan bermotivasi terhadap ilmu.
  2. Mengetahui betapa besarnya manfaat ilmu.
  3. Menuntut ilmu secara bertahap, perkataan demi perkataan, hadis demi hadis dan bab demi bab.
  4. Mengutamakan perkara-perkara yang penting dan mendahului masalah-masalah yang asas.
  5. Memperbanyakkan hafalan sewaktu muda.
  6. Menyedari bakat diri dan mendalami bidang yang sesuai dengan bakatnya.
  7. Memanfaatkan berbagai cara dan saranan belajar yang tersedia. Contohnya, mendengar dari seorang guru, membaca buku, mendengar ceramah-ceramah, melakukan penelitian dan juga berbincang.
  8. Mengulang kaji pelajaran yang diterima, menelusuri ketepatannya, mencermati permasalahannya dan mendalami bidang keilmuannya.
  9. Berusaha untuk mencipta inovasi baru dan membuang jauh-jauh semangat taklid dan sikap latah.
  10. Memerhatikan bidang-bidang lain untuk sekadar mengambil inti gagasannya dan mengikut perkembangan zaman.
  11. Berusaha menulis, mengajar dan menilai ilmu pengetahuan dan diperolehinya.
  12. Mengamalkan ilmunya untuk perkara-perkara yang berguna dan disyariatkan.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!