"Air dicincang takkan putus"
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujurat : 13)
Sudah menjadi sunnatullah bahawa kita tidak boleh hidup bersendirian atau tanpa kawan. Kita memerlukan ramai kenalan supaya hidup kita tidak sunyi. Di samping kita ada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu, ayat di atas membawa maksud kita hendaklah menjaga adab-adab sesama manusia. Dalam hidup bermasyarakat kita hendaklah menjaga pergaulan, tingkah laku dan sebagainya supaya tidak menyinggung hati dan perasaan, merosakkan akhlak, jiwa, akal, dan fizikal mana-mana pihak. Oleh itu, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri tetapi mendahulukan hajat mereka dahulu dengan menjaga keperluan dan kebajikan mereka. Selain itu, sentiasa bekerjasama, bertoleransi, bantu-membantu, saling faham-memahami dan lain-lain.
Seharusnya juga kita sentiasa mengajak kepada perkara-perkara yang makruf dan mencegah yang mungkar.
…وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢)
…dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
(Al-Maidah : 2)
Adalah lebih baik kita saling mengajak untuk melakukan perkara-perkara yang boleh meningkat dan mengukuhkan iman dan ukhuwah antara kita. Kita menjadi individu yang suka melakukan kebajikan lalu mengajak yang lain melakukaknnya begitu juga membenci perkara mungkar lalu mengajak yang lain mencegahnya.
Oleh itu, marilah sama-sama kita berlumba-lumba mengejar pahala dan menghindari dosa. Sama-sama baik, berjaya, maju, bahagia, sejahtera dan sebagainya. Tiada dalam hati sekelumit pun perasaan dengki, dendam dan membiarkan saudaranya terus mundur atau ketinggalan.
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكمْ حَتَّى یُحِبَّ لأخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ.
رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Sekiam.Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan