Halaman

Sabtu, 2 Jun 2012

Merayau-Rayau

Teringat masa kecil-kecil dulu, aktiviti yang selalu dilakukan bila musim cuti sekolah ialah merayau-rayau atau dipanggil merayap. Merayau-rayau ni macam tak reti duduk di rumah atau tak lekat di rumah. Suka main kat luar dari pagi sampai ke petang. Tak ingat nak balik. Bila balik kena marah dengan mak dan ayah. Fasalnya merayau-rayau.

Itu cerita masa budak-budak dulu…

Kalau sekarang ni sesuai ke guna istilah merayau-rayau untuk orang yang suka pergi ke satu website kemudian ke website yang lain atau dari satu blog ke satu blog yang lain dan sebagainya? Ke guna istilah melawati atau menziarahi atau melayari?

Rasanya istilah tu mungkin ikut kesesuaian masing-masing... tapi saya rasa nak guna istilah menziarah la... sedap sikit bunyinya daripada merayau-rayau. 

Baiklah, ringkas cerita sebenarnya tadi masa saya menziarah website-website dan blog-blog orang lain sehinggalah saya ke satu blog ni… blog Ustaz Love Menulis. Dalam blog tu ada menyiarkan suatu perkongsian video Maulana Asri Yusuf tentang Kelebihan Puasa Bulan Rejab?

Jadi, saya fikir saya pun nak kongsikan video Maulana Asri Yusuf dengan anda semua. Memandangkan sekarang ni pun kita masih lagi berada dalam bulan Rejab. Kalau tengok kalendar hari ni 12 Rejab 1433.

Jadi, persoalannya sekarang ialah benarkah ada kelebihan puasa bulan Rejab? Sama-samalah kita saksikan video ini.




Daripada perkongsian video ini diharapkan agar anda faham tentang penjelasan yang diberikan oleh Maulana Asri Yusuf.

Sebenarnya amalan soleh itu ialah apabila dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata dan amalan itu pula mestilah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.. Ini bermakna dengan kedua-dua syarat itu barulah amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. Bila amalan kita diterima oleh Allah maka kita akan mendapat keredhaan-Nya dan ganjaran pahala daripada-Nya.

Harap anda faham tentang perkara ini.

Jadi, bila nak lakukan sesuatu amalan atau ibadah pastikan kita berpandukan kepada dalil, iaitu al-Quran dan Hadis. Semoga amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah dan mendapat pahala.

Lepas saya download kemudian tengok video ni, saya pun belek la buku Fiqh Manhaji Imam Syafie. Saya pun cari tajuk puasa sunat, dalam buku tu pun takde sebut tentang ada puasa sunat bulan rejab, bulan sya'ban pun takde juga.

Yang ada puasa sunat ialah:
1. hari Arafah,
2. hari 'Asyura dan Tasua'a,
3. hari Isnin dan Khamis, 
4. tiga hari setiap bulan iaitu 13, 14, 15 bulan Qamariyah (tahun hijrah) tetapi dikecualikan 13 Zulhijjah kerana hari tersebut hari yang diharamkan puasa iaitu termasuk dalam hari tasyriq,
5. enam hari dalam bulan syawal.

Yang tu je ada sebut dalam buku Fiqh Manhaji tetang puasa sunat berserta dalil. Tak tau la kalau buku lain. Saya rujuk buku ni sebab kita kan ikut mazhab Imam Syafie.

Sebenarnya kaedah yang paling mudah ialah setiap amalan atau ibadah itu mestilah berpandukan kepada dalil al-Quran dan Hadis dan dalil hadis itu pula mestilah hadis yang sahih.

Saya rasa cukuplah sekadar ini dulu. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!