Halaman

Selasa, 25 Ogos 2009

Takwa

Tajuk artikel kali ini merupakan kesinambungan daripada artikel lepas. Kita akan rungkai satu-persatu tentang takwa. Jadi, sebagai permulaan marilah kita sama-sama mengetahui, memahami dan menghayati pengertian takwa.


Pengertian Takwa

Taqwa mempunyai banyak makna. Kalimah ini mempunyai maksud yang sangat luas. Berikut adalah antara pengertiannya :

  • Dialog antara Umar al-Khattab dengan Ubai bin Ka’ab. Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Kaab, “Apakah hakikat taqwa?” Ubai bertanya pula, “Pernahkah Amirul Mukminin berjalan di jalan yang banyak onak dan duri.” Umar menjawab, “Ya.” Ubai bertanya Kembali, “Bagaimana?” Umar Menjawab, “Aku berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri.” Ubai menegaskan, “Itulah hakikat takwa.”
  • Ali bin Abi Talib menegaskas, “Takwa itu ialah apabila meninggalkann daripada melakukan maksiat dan tidak tergoda dengan rasa sudah baik mengerjakan ketaatan.”
  • Ibnu Abbas menyatakan, “Orang yang bertaqwa itu ialah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu kepadanya, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya kepada apa-apa yang datang daripadanya.”
  • Al-Hasan menegaskan, “Takwa itu ialah menjaga diri daripada yang diharamkan dan menunaikan yang diwajibkan.”
  • Al-Kalbi dan al-Aa’masy menyatakan, “Takwa ialah menjauhkan diri daripada dosa besar.”
  • Al-Tobari menegaskan bahawa takwa ialah takutkan Allah. Sekiranya melakukan tegahannya lalu meninggalkannya, dan takutkan Allah pada perintahnya dalam perkara yang diwajibkan lalu menunaikannya.
  • Ibnu Kathir menegaskan bahawa perkataan takwa berasal daripada kalimah (Tawaqqi) iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini.
  • Muhammad bin Allan menegaskan, “Takwa bermaksud mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-larangannya dengan mengerjakan setiap yang diperintah dan meninggalkan setiap yang diperintah dan meninggalkan setiap yang dilarang, mengikut kemampuan.”
  • Abdul Muzaffar Mansur al-Sam’ani menegaskan bahawa takwa bermakna penghalang daripada yang dibenci, antaranya mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangannya yang menjadi penghalang daripada azab neraka.
  • Abdul Rahman al-Sa’di menegaskan bahawa hakikat takwa adalah dengan mengambil cara memelihara diri daripada kemarahan Allah dan azabnya dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan serta mengambil petunjuk itu. Takwa itu dilakukan dengan akidah, amalan zahir dan batin.

Teks di atas saya ambil daripada sebuah buku yang berjudul Takwa : takut tapi rindu karangan Tuan Guru Hadi Awang.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!