Halaman

Rabu, 14 November 2012

Kehidupan Di Yaman

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menulis artikel di blog ini.Rasanya sudah begitu lama tidak menyampaikan sesuatu di blog ini.

Alhamdulillah, sudah sebulan lebih saya berada di Sana’a Yaman. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja sepanjang saya berada di sini.Pelbagai kisah yang ditimba. Beginilah pengalaman hidup di tempat orang, di perantauan dan jauh daripada keluarga.

Rasa rindu kepada keluarga tetap ada dalam sanubari walaupun baru sebulan lebih meninggalkan Malaysia.Namun, rasa rindu ini tidak menjejaskan saya untuk tinggal lebih lama di sini. Ini kerana saya datang ke sini adalah kerana hendak menuntut ilmu.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak dan abah saya, Lia, Paman Ros, Wak Mun, Kak Lela, Bibik Ina, Paman Hakim, Ustaz Nik, Ustaz Soud, Ustaz Soffiean, Ustaz Ibrahim, Ustaz Faizul, Ustaz Azzuri, Abang Jamek, Murshid, Kamarul, guru-guru Sekolah Rendah Islam (SERI) Nurul Hidayah dans ahabat-sahabat. Mereka inilah yang banyak membantu saya selama ini. Jazakumulullahukhairan.

Alhamdulillah, saya telah daftar di Jameah Iman. Sudah masuk kelas. Saya masuk kelas qismu lughah. Minggu depan peperiksaan bermula bagi pelajar-pelajar lama. Pelajar baru macam saya tidak diwajibkan menduduki peperiksaan tersebut tapi boleh saja kalau nak ambil pereksa. Orang kata ambil pengalaman Tidak menjadi masalah.

Kepada emak dan abah jangan risau tentang keadaan saya. Saya baik-baik saja, Alhamdulillah. Tiada masalah.Meskipun cabaran dan kesusahan duduk di negara orang tetap ada tapi itu adalah sebahagian daripada ujian kehidupan yang mesti ditempuhi dengan sabar, tabah dantenang.

Sabar, tabah dan tenang senantiasa bermain-main di bibir, minda dan hati sanubari saban hari.Segala yang bakal berlaku pasti akan ditempuhi. Jadi, saya mesti bersedia untuk menempuhi ujian-ujian kehidupan dengan sabar, tabah dantenang.

Oleh hal yang demikian, insan yang serba kekurangan dan banyak kelemahan ini haruslah sentiasa meminta pertolongan kepada Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa. Dialah pentadbir langit dan bumi. Dialah sahaya yang mengabulkan permintaan dan doa hamba-hamba-Nya. Perkara ini mesti diingati. Di mana-mana sahaja berada, setiap ketika, setiap masa mesti ingat Allah s.w.t.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!