Halaman

Rabu, 6 Jun 2012

Syurga Untuk Orang-Orang Yang Bertaqwa

Siapakah orang yang bertaqwa? Apakah yang telah mereka lakukan?

Oleh itu, marilah kita mengetahui tentang sifat-sifat dan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang bertaqwa sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah sw.t.:

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنْ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (١٣٥)

Maksudnya:
134. (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
(Ali-Imran: 134-135)

Demikian adalah sebahagian sifat-sifat orang yang bertqwa. Syarat lain untuk dapat masuk ke syurga ialah mesti mempunyai aqidah yang sahih dan tauhid yang benar. Ini sememangnya dimiliki oleh orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t.:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (٣) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)

Maksudnya:
3. (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
(Al-Baqarah: 3-4)

Beginilah halnya orang bertaqwa yang dapat memasuki syurga Allah s.w.t. di akhirat kelak. Sejak di dunia lagi mereka sentiasa melakukan amalan-amalan yang soleh dan taat kepada perintah Allah s.w.t, iaitu melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Semoga kita boleh melakukan amalan yang telah mereka lakukan dan kita juga dapat bersama dengan mereka. Wallahua’alam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!