Halaman

Khamis, 22 November 2012

Soalan Mudah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua sihat wal-afiat hendaknya.

Hari ini saya ingin bercerita tentang soalan pereksa.

Dulu, semasa saya belajar di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) saya banyak kali terfikir tentang soalan pereksa yang dibuat oleh Ustaz Nik. Soalannya mudah. Kalau ikut pelajaran yang diajarnya boleh dikatakan semua tajuk diajar oleh beliau. Namun, saya terfikir kenapa soalannya mudah.

Pada saya beliau seorang yang alim, banyak ilmu dan masa belajar dulu beliau merupakan best student tapi soalan pereksa yang dibuatnya mudah. Ramai pelajar lama menyatakan bahawa beliau mahu membantu pelajar. Ustaz Nik Memang seorang yang baik hati. Suka membantu orang lain.

Pada saya kalau seseorang itu best student semasa zaman belajarnya mungkin ketika dia menjadi seorang guru akan memberi atau membuat soalan yang susah dan mencabar untuk pelajarnya. Namun, hal ini tidak berlaku kepada Ustaz Nik. Pada saya, beliau seorang guru yang hebat. Alim tapi buat soalan yang senang.

Kini, setelah belajar di Jameah Iman, setelah seminggu ambil pereksa baru saya mengerti kenapa Ustaz Nik buat soalan senang. Rupa-rupanya soalan di Jameah Iman pun mudah. Lebih mudah daripada KUDQI. Pada saya mungkin Ustaz Nik mengambil kaedah atau format soalan pereksa yang ada di Jameah Iman. Mungkin. Ini sangkaan saya saja.

Sememang soalan pereksa di Jamaeah adalah mudah. Namun, dengan syarat mesti baca buku, belajar, ulang kaji, kuat menghafal dan rajin datang kelas. Kalau tak baca buku susah juga nak jawab soalan. Tak boleh jawab nanti tembak saja. Tak boleh amalkan sikap begini.

Kalau nak mumtaz, mesti rajin dan bersungguh-sungguh. Jadi, setelah seminggu ambil pereksa ni saya rasa saya perlu lebih rajin, bersungguh-sungguh ulang kaji dan kena kuat menghafal. Insya-Allah. Saya juga kena ubah cara belajar. Saya kena ingat semula bagaimana bentuk soalan pereksa bagi setiap madah yang telah diambil sepanjang seminggu ini. Ini untuk persediaan akan datang.

Akhir kalam, kalau nak berjaya mesti berusaha! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!