Jika ingin berjaya dalam hidup ini kita mesti berusaha dan berikhtiar.
Usaha mesti dilakukan. Siapa yang lakukan? Orang yang nak berjaya mesti
berusaha. Terpulang kepada individu itu sama ada ingin berusaha atau tidak. Itu
semua atas dirinya. Dia yang pilih. Kalau rajin maka buat. Kalau malas maka
tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan.
Manakala ikhtiar itu pula ialah pilihan. Semasa berusaha kita akan
berdepan dengan membuat pilihan. Sukar membuat pilihan akan menjadi masalah. Masalah
itu dinamakan masalah membuat pilihan. Memang benar, kadang-kadang kita sukar
hendak membuat pilihan.
Kadang-kadang kita fikir kalau pilih antara salah satu perkara yang
mesti dipilih itu akan mendatangkan keburukan. Contohnya, terfikir-terfikir sama
ada nak pilih A atau B. Dalam minda rasa takut kalau pilih A nanti gagal. Kalau
B pun akan gagal juga. Tidak tahu yang manakah pilihan yang mempunyai banyak
kebaikan dan kurang keburukan. Jadi serba salah. Pening dibuatnya. Rasa tension
pun datang.
Berkali-kali mengingatkan diri supaya tenang. Tenang, tenang, dan
terus tenang. Hati tenang. Fikiran jernih. Mudahan-mudahan dapat berfikir
dengan lebih rasional.
Sesungguhnya diri ini sangat lemah untuk mengetahui perkara yang akan
berlaku. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Allah sahaja yang mengetahui
perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku. Sebab itu kita mesti sentiasa
meminta pertolongan dan bergantung harap pada-Nya sahaja. Tidak kira semasa
senang atau susah. Jangan pula masa senang lupa Allah tapi bila masa susah baru
nak ingat Allah.
Sedarlah diri ini lemah dan serba kekurangan. Kepada Allah jualah yang
akan melapangkan dada dan fikiran, dan permudahkan segala urusan. Allah adalah
sebaik-baik pembantu dan pemberi pertolongan. Allah jugalah yang akan memberi
kejayaan kepada orang-orang yang berusaha, beriktiar dan berdoa serta
bertawakkal kepada Allah.
Semoga kata-kata ini menjadi pengingat kepada diri yang lemah dan
serba kekurangan ini. Juga menjadi semangat kepada untuk meneruskan kehidupan
ini ke arah yang lebih baik dan dalam keredhaan-Nya.
Selalukanlah dalam hati berdoa kepada Allah. Contohnya sepeti ini, “Ya
Allah! Tolonglah aku, bantulah aku, dan kasihanilah aku. Ya Allah! Lapangkanlah
dadaku, permudahkanlah segala urusanku, luaskan dan tambahkanlah ilmu kepada
ku”.
Amin. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan