Halaman

Sabtu, 24 November 2012

Menghafal Nota Cara Man

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya. Bertemu kembali kita pada kali. Semoga ceria, gembira dan bahagia selalu.

Pada hari Khamis lepas, saya dan Man (nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Bin Omar) pergi ke Dairi membeli buku dan barang-barang makanan. Semasa berjalan-jalan tu kami bersembang-sembang. Dalam perbualan tersebut saya ada bertanya kepadanya tentang cara dia mendapat mumtaz bagi madah Usul Fiqh.

Pada saya Usul fiqh adalah antara madah yang tersusah tapi dia berjaya dapat mumtaz. Bagi saya dia seorang yang hebat serta membuatkan saya kagum terhadapnya. Hal ini menunjukkan kesungguhannya dalam pelajaran. Selain itu, dia juga seorang yang tidak kedekut ilmu. Oleh itu, dia pun mengongsikan ilmu dan pengalamannya itu dengan memberitahu kepada saya bahawa cara dia mendapat mumtaz bagi madah Usul Fiqh adalah dengan menghafal nota Usul Fiqh.

Dia menghafal nota yang diberikan oleh pensyarahnya. Sehari dia hafal lima muka surat. Dia menghafal dalam 5 atau 6 jam. Selepas menghafal dia mengulang semula. Manakala nota-nota yang terdapat dalam kitab adalah untuk rujukan dan perlu dibuat ringkasan untuk lebih memahami pelajaran. Dalam masa yang sama juga mesti memahami makna kalimah dan ayat. Kalau tak tahu makna kalima harab, rujuk kamus dan cari maknanya.

Menurutnya lagi, dia mengulang kaji pelajaran Usul Fiqh itu selama sebulan sebelum peperiksaan berlangsung. Maknanya dia membuat persediaan dan ulang kaji awal serta memperuntukkan masa yang lama, iaitu selama sebulan. Apabila tiba hari menjawab kertas soalan dia dapat menjawab dengan mudah, baik, betul dan tepat. Hasilnya, apabila keluar keputusan peperiksaan dia dapat mumtaz. Alhamdulillah.

Secara ringkasnya kaedah menghafal ini adalah seperti membuat persediaan awal, ulang kaji awal, ambil nota daripada pensyarah, buat nota mengikut kefahaman sendiri, fahami nota, fahami makna kalimah dan ayat, hafal nota, hafal nota sehari lima muka surat, mengulang atau mengingat semula hafalan, dan memperuntukkan masa yang lama. Apa-apa pun yang paling penting bagi proses seperti di atas adalah fokus dan terhindar daripada gangguan.

Inilah cara ulang kaji dan cara menghafal nota yang dilakukan oleh Man. Oleh hal yang demikian, saya ingat hendak mengambil kaedah menghafal ini untuk mendapatkan mumtaz bagi keputusan pereksaan. Insya-Allah.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi. 

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!