Rasanya dah lama tak pos artikel baru.
Susah sangat ke nak menulis?
Boleh jadi.
Teringat masa sekolah menengah dulu, cikgu yang mengajar bahasa Melayu selalu tekankan pelajarnya rajin menulis kalau nak pandai dan mahir tulis karangan. Masa belajar dulu ramai pelajar rasa susah dan lemah nak tulis karangan. Itu yang ada fikir subjek bm ni susah juga. Jadi, macam biasa la cikgu bm selalu beritahu kepada pelajar-pelajarnya kena rajin membaca. Cikgu bm selalu cakap macam ni,
“Kamu kena banyak membaca.”
“Apa bahan bacaan kamu di rumah. Novel? Cerita dongeng? Sains fiksyen? Agama? Motivasi?...”
“Kat rumah kena rajin baca surat khabar.”
“Surat khabar ada baca tak. Surat khabar apa kamu baca? Utusan… berita harian… kosmo… metro… harakah…”
Banyak lagi saranan daripada cikgu bm kepada anak-anak muridnya. Masa tu dengar je… buat belum tentu. Entah, rasa susah nak praktik. Nak tulis karangan sebelum tu kena buat rangka karangan dulu. Dalam rangka karangan tu mesti ada pendahuluan, isi-isi dan penutup. Tiga perkara ni mesti ada… simple je kan?
Cikgu kata, masa nak jawab exam baca arahan atau tajuk dulu dan fahamkan kehendak soalan tersebut. Kalau soalan tu minta kena buat karangan surat rasmi, maka kena buat karangan jenis tu la. Begitulah yang lainnya. Selain itu, isi-isi karangan juga mesti menepati arahan soalan.
Kalau saya, saya suka karangan jenis pendapat, fakta dan rencana. Rasanya karangan jenis ni la yang paling mudah. Takde format… cumanya mesti ada tujuh perenggan. Satu perenggan untuk pendahuluan, lima perenggan untuk isi-isi dan satu perenggan lagi untuk penutup. Bila fikir balik masa belajar dulu, nak buat karangan ni mesti ada sekurang-kurangnya lima isi je.
Tapi yang jadi susahnya dalam perenggan isi mesti ada huraian dan contoh. Huraian dan contoh pula tak boleh reka sesuka hati kalau buat karangan pendapat, fakta, rencana, syarahan dan ucapan. Jadi, kita mesti mempunyai maklumat yang tepat. Caranya adalah banyak membaca.
Okey la, secara ringkasnya perkara yang perlu dibuat untuk menulis seperti berikut:
1 mesti ada minat membaca dan menulis.
2 banyakkan membaca. Maknanya memperluaskan bahan bacaan.
3 idea yang bernas
4 cari tajuk untuk menulis.
5 buat rangka penulisan. Pendahuluan, isi dan penutup.
6 ada orang beri cadangan buat kertas kerja sebelum menulis.
7 cari isi-isi yang berkaitan dengan tajuk.
8 merancang bagi persediaan menulis
Ulama-ulama silam telah banyak menulis kitab. Penulisan kitab di kalangan mereka pada masa itu ada yang sampai puluhan, ratusan dan ribuan kitab. Betapa bagusnya jika kita pula mengambil peranan itu dengan memanfaatkan penggunaan teknologi ini walaupun usaha itu kecil dan tak seberapa.
Pada pandangan saya penulisan boleh menjadi cara untuk kita berdakwah. Kita sebarkan perkara yang baik dan dalam masa yang sama beritahu perkara yang dilarang oleh Allah. Kita manfaatkan teknologi ini untuk membanyakkan lagi unsur-unsur yang baik. Kita bersaing dengan orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini pada penggunaan internet.
Mudah-mudahan tulisan ini menjadi pendorong kepada saya untuk terus menulis. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan