Halaman

Ahad, 14 Februari 2010

Kehidupan Mesti Ikut Agama


وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنْ الأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُوْلَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (۷)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
[Al-Hujurat: 7]
. . . . . . . . . .

Allah Maha Mengetahui tentang manusia kerana Dialah yang menciptakan kita. Oleh itu, Allah telah mengajar dan menetapkan cara hidup yang betul dan teratur dengan mendatangkan Islam kepada manusia yang disampaikan oleh duta-Nya, iaitu Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah ialah Islam.

Firman Allah :
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ ...(۱۹)

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
[Al-Imran: 19]

Hidup ini mesti ikut agama baru selamat di dunia dan di akhirat. Islam diikuti bukan Islam mengikut. Kita yang kena ikut Islam. Kita mesti letakkan Islam di hadapan. Islam mesti diletakkan di tempat yang teratas.

Adapun ayat tentang “Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah” ialah yang pertama membawa maksud Rasulullah pada ketika hidupnya dan yang kedua membawa maksud hadis peninggalannya.

Walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita sejak 1400 tahun yang lalu namun kita sepatutnya ikut ajarannya, iaitu Islam. Islam ialah agama yang sebenarnya. Oleh itu, Kita sepatutnya ikut agama bukan ikut adat kerana kebiasaannya adat banyak bercanggah dengan agama. Apabila Ikut agama maka selamatlah hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sekian, Wallahua’alam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!