Halaman

Jumaat, 12 Februari 2010

Buat Apa Yang Allah Suruh


Al-Quran ialah panduan dan petunjuk.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa membaca al-quran akan mendapat pahala. Sebenarnya bukan itu matlamat utama semasa membaca al-Quran. Sebenarnya perkara yang perlu kita harapkan semasa membaca al-Quran ialah hidayah yang diberikan oleh Allah kepada kita.

Oleh hal yang demikian, semasa membaca mesti berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan menghayati isi kandungannya. Apakah perkara, maklumat, mesej yang terdapat dalam wahyu Allah itu?

Jika diperhatikan terdapat dua perintah Allah bermula daripada surah al-Fatihah hingga surah An-Nas. Perintah ini terdapat pada 114 surah dalam al-Quran. Antaranya:

1) Perintah buat. Maknanya Allah menyuruh kita melakukan perintah-Nya.

2) Perintah jangan buat. Maknanya Allah menyuruh kita meninggalkan larangannya-Nya.

Adakah kita telah melaksanakan kewajipan tersebut sebagai hamba-Nya?

Tepuk dada tanya iman kita.

Ingat, dalam hidup ini ada halal dan haram yang kena dijaga. Ada dosa dan pahala daripada kerja buat. Ada syurga dan neraka sebagai balasan di akhirat. Pilihan di tangan kita.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!