Halaman

Ahad, 16 Disember 2012

Kalau Benar-benar Hendak Belajar Ilmu Agama

Allah Ta'ala berfirman:

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا (۱۱٤)

Maksudnya: Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku. (Thaha: 114)

Allah Ta'ala juga berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ (٩)

Maksudnya: Katakanlah: Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui, yakni berilmu dan orang-orang yang tidak mengetahui, yakni tidak berilmu. (Az-Zumar: 9)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ (١١)

Maksudnya: Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat. (Al-Mujadalah: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ (٢٨)

Maksudnya: Hanyasanya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya itu ialah para alim ulama. (Fatir: 28)

Daripada hadis Rasulullah s.a.w.:

عن معاوية رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. (متفق عليه)

Maksudnya: Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan. (Muttafaq 'alaih)

Pilihan Yang Tepat
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berilmu, berakal, berfikir, alim, diberikan ilmu oleh Allah, ditambahi ilmu oleh-Nya, mendapat ilmu yang berkat, sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal dengannya,  dan takut kepada-Nya.

Alhamdulillah, saya berasa pilihan saya adalah tepat. Pilihan saya ialah belajar ilmu agama dan melanjutkan pengajian ini ke peringkat yang seterusnya dan lebih tinggi lagi. insya-Allah. Yang menjadikan saya lebih yakin dengan pilihan saya ialah saya telah memilih Jamiah Iman sebagai tempat untuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pilihan utama saya apabila belajar di Yaman.

Sesungguhnya saya ada mendengar bahawa orang-orang Yaman kalau mereka benar-benar hendak belajar ilmu agama, mereka akan belajar di Jamiah Iman. Mereka tidak memilih jameah lain Meskipun ada banyak lagi jamiah lain di Sana’a, Yaman namun Jamiah Iman menjadi pilihan utama. Adapun jamiah lain adalah untuk belajar di bidang selain agama. Jadi, saya rasa saya wajar memilih Jamiah Iman kerana benar-benar hendak belajar ilmu agama.

Mungkin ada rahsia dan keistimewaannya. Daripada maklumat yang saya ketahui, jamiah ini mengutamakan al-Quran dan Hadis, belajar dari kulit ke kulit, mempelajari banyak madah, belajar dalam waktu yang lama iaitu selama 7 tahun baru dapat master, dan target jamiah ini ialah mahu pelajarnya yang telah menamatkan pengajian di peringkat master menjadi ulama. Ini adalah serba sedikit maklumat yang saya tahu. Mungkin banyak lagi.

Al-Quran Dan Hadis
Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah ada halaqah al-Quran. Halaqah al-Quran diadakan selepas solat subuh pada hari Sabtu hingga Khamis. Hari Jumaat cuti. Begitu juga dengan pengajian di kelas, iaitu hari Sabtu hingga Khamis. Dalam halaqah al-Quran semua pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran serta tasmi’. Ini adalah antara madah utama atau wajib di Jamiah Iman. Targetnya ialah setelah sampai tahun tujuh mereka sudah habis menghafaz 30 juzuk al-Quran. Inilah juga antara sebab saya memilih Jamiah Iman.

Selain itu, di sini ada belajar ilmu hadis. Ilmu hadis juga antara madah penting yang dipelajari di sini. Kalau hendak belajar ilmu hadis boleh belajar di Jamiah Iman. Bagi Orang yang berminat dengan ilmu Hadis mungkin akan memilih Jamiah Iman sebagai tempat dia menimba ilmu. Berkait dengan menghafaz hadis, itu adalah mengikut sukatan pelajaran. Kalau hendak hafaz banyak itu terpulang kepada masing-masing. Itu lagi bagus dan terbaik. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu daya. Tepuk dada tanya ilmu dan iman.

Ulama Besar Dan Tersohor
Sebab lain yang membuatkan saya memilih Jamiah Iman adalah kerana pengasasnya ialah Syeikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az-Zindani. Beliau merupakan ulama besar dan tersohor di seluruh Yaman. Beliau terkenal alim dengan ilmu I’jazul Ilmi. Melalui ilmu ini beliau berjaya mengislamkan ramai pakar saintis dan ilmuan barat. Ini membuatkan saya kagum kepadanya. Saya berharap agar dapat berjumpa dengan beliau pada suatu hari nanti.

Sebenarnya setelah pertama kali mendengar penerangan tentang I’jazul daripada sahabat saya yang juga pernah belajar di Yaman suatu masa dahulu, iaitu Ustaz Azuri telah membuatkan saya minat dengan ilmu ini. Ketika itu pada tahun 2006. Lagi pun saya memang minat ilmu sains. Jadi, apabila penemuan sains dikaji dengan berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis maka saya menjadi kagum dan teruja dengan ilmu ini. Apabila teringat tentang Jamiah Iman maka pasti saya akan teringat tentang Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan I’jazul Ilmi.

I’jazul Ilmi
I’jazul Ilmi ialah ilmu yang mempelajari mukjizat al-Quran secara saintifik. Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. telah terlebih dahulu menyebut perkara-perkara yang berkait dengan kejadian alam semesta, langit, bumi, manusia, makhluk selain manusia, gunung-ganang, laut dan banyak lagi. Kesemua itu telah disebut dalam al-Quran sebelum penemuan dan kajian sains lagi.

Padahal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., manusia tiada alat untuk mengkaji hal-hal yang berkait dengan sains tetapi baginda telah menceritakannnya kepada manusia yang menunjukkan bahawa al-Quran bukanlah rekaannya tetapi sebenarnya daripada Allah s.w.t.. Inilah yang menunjukkan kebenaran al-Quran. Inilah juga yang dinamakan sebagai mukjizat al-Quran, iaitu mukjizat maknawi yang kekal sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, saya menjadi minat terhadap ilmu ini dan dalam masa yang sama bercita-cita hendak belajar di Jamiah Iman sejak tahun 2006 dan sebelum masuk KUDQI lagi. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya menjadi pelajar Jamiah Iman. Peluang ini tidak akan saya lepaskan begitu sahaja.

Sistem Pengajian
Menurut sistem pengajian di sini, pelajar akan belajar di peringkat ijazah selama empat tahun dan seterusnya disambung tiga tahun lagi untuk mendapatkan master. Selain itu, terdapat beberapa bidang yang ditawarkan kepada pelajar yang berjaya naik ke tahun empat seperti I’jazul Ilmi, Ulum Quran, Hadis, Usul Fiqh, Dakwah, Siasah Syariah dan sebagainya. Mereka dikehendaki memilih salah satu daripada bidang yang ditawarkan tersebut. Setelah itu mereka akan mempelajari bidang yang dipilih sehingga ke tahun tujuh.

Ketika di tahun tujuh mereka dikehendaki membuat tesis. Setelah berjaya menamatkan master mereka dikehendaki membuat kerja khidmat masyarakat selama setahun. Ini bergantung kepada urusan yang dibuat oleh pihak universiti. Contoh kerja khidmat masyarakat itu adalah seperti pelajar dihantar sama ada ke sebuah kampung, ke suatu daerah, ke sebuah negeri, ke sebuah negara untuk mengajar ilmu agama kepada masyarakat setempat. Ada yang dihantar mengajar sama ada di masjid, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di kolej dan di universiti. Ini adalah seperti latihan praktikal.

Lubuk Ilmu
Boleh dikatakan Jamiah Iman adalah antara lubuk ilmu, medan ilmu dan tempat belajar untuk orang yang benar-benar fokus kepada ilmu lebih-lebih lagi terhadap ilmu agama. Di Jamiah Iman sendiri banyak pengajian secara bertalaqi. Selain pelajarnya belajar dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi di dalam kelas mereka juga boleh bertalaqi di Jamiah Iman pada waktu lain. Mungkin waktu petang. Ini bermakna pelajarnya bukan sahaja mempelajari ilmu di dalam kelas semata-mata bahkan digalakkan belajar secara bertalaqi dengan mana-mana ulama yang terdapat di Jameah Iman.

Walau bagaimanapun, pelajarnya boleh sahaja kalau hendak bertalaqi di luar dari Jamiah Iman. Ini tiada sekatan dan halangan. Sesiapa yang rajin, tekun, gigih, dan bersungguh-sungguh pasti akan berbuat demikian. Kalau bertalaqi di luar mungkin pada waktu malam. Jadi, perkara yang penting dalam hal ini adalah mesti bijak mengurus masa. Namun demikian, setiap orang itu ada tahap kemampuan, kebijaksanaan, kecerdasan masing-masing.

Oleh hal yang demikian, dalam usaha mencari ilmu mesti ada perancangan dan juga ukur baju di badan sendiri supaya tidak berlaku yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran. Sekiranya tidak berbuat demikian bimbang kelak akan penat, letih, berputus asa, tidak istiqamah, seperti hangat-hangat tahi ayam dan melepaskan batuk di tepi tangga.

Perancangan
Kalau saya, pada tahun pertama ini mungkin perlu fokus kepada dan mantapkan al-Quran dan  bahasa Arab dulu. Sebagai pelajar Qismu Lughah saya perlu menghafaz al-Quran sebanyak sekurang-kurangnya lima juzuk. Ini kerana tahun satu peringkat ijazah kena menghafaz al-Quran sebanyak lapan juzuk. Jadi, sebelum masuk ke tahun satu hafazan al-Quran itu mesti benar-benar mantap.

Adapun bahasa Arab, saya perlu belajar sehingga boleh bercakap dalam bahasa Arab, faham percakapan orang Arab, baca kitab Arab dan menulis ayat dalam bahasa Arab. Insya-Allah. Bercakap, mendengar, membaca dan menulis dalam bahasa Arab adalah penting kerana bahasa perantaraan di sini adalah 100% bahasa Arab. Jadi, bagaimana hendak belajar kalau tidak pandai bahasa Arab.

Sekiranya tidak pandai bahasa Arab kesannya adalah sukar memahami pelajaran yang diajar oleh guru sama ada ketika belajar di dalam kelas atau secara bertalaqi. Hal demikian seperti duduk dan mendengar semata-mata tetapi tidak faham. Oleh itu, saya kena mantapkan bahasa Arab dulu pada tahun pertama ini. Insya-Allah. Orang kata kalau tinggal di asrama lagi cepat dapat bahasa Arab kerana bercampur dan bergaul dengan orang-orang Arab, Somalia, Senegal, Nigeria, Filipina dan bangsa asing yang lain.

Demikianlah beberapa perkara yang ingin saya sampaikan dalam entri ini. Semoga yang baik itu dimanfaatkan dan yang tidak baik itu dijauhkan. Sebagai penutup, selagi mampu dan masih muda, teruskan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya serta menjadi orang yang benar-benar hendak belajar ilmu agama supaya tidak menyesal pada kemudian hari, apabila sudah bekerja dan tua nanti. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berilmu, berakal, berfikir, alim, diberikan ilmu oleh Allah, ditambahi ilmu oleh-Nya, mendapat ilmu yang berkat, sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan takut kepada-Nya. Amin.

Sekian, Wallahu’alam.

26 ulasan:

Unknown berkata...

adakah boleh pelajar yg tidak mmpunyai asas arab memasuki tempat saudara mengaji?saya berminat hendak pelajari ilmu agama

Tanpa Nama berkata...

Saya siti dan berminat hendak belajar al quraan talaki bersanad apakah kelulusan yang di perlukan back ground maahad tahfiz zahrah belajar basic saja

lan berkata...

saya 30thn..berkelulusan degree sc comp dari university tempatan..berminat nk belajar quran dan hadis..tiada background arabic language..boleh ke...janji boleh dalami quran & hadis...malas dh nk pikir psl2 dunia ni..
boleh contact di email sy
fadzlan83@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Boleh bagi maklumat lanjut :fadhlee.zulkifli@gmail.com

ira berkata...

klu sy yg xdk basic pasal agama n bljar pn xtnggi ttp cm bminat nk bljar agama..cm mne ye. kt mne harus sy tuju.. tlg plzz.. heera_zainal@rocketmail.com

Tanpa Nama berkata...

mcm mne ye klu sy bminat nk bljr agama tp sy lgsung xau ttg agama ey..

Tanpa Nama berkata...

ira dk kt mne?

Tanpa Nama berkata...

salam

Tanpa Nama berkata...

saye teringin nk belajar ilmu agama tp saye x tahu..alhamdulillah..saye cuma ade basic sahaje tp nk mendalami ilmu agama lebih lagi...saye berusia 18 thn, masih blaja di smka s. mhmmad, mlka...saye bukan ape saye dtg dri latar belakang keluaga yg kurang didikan agama cuma saye sorng jew yg boleh bantu keluarga saye kearah yg lebih baik..insyallah

Tanpa Nama berkata...

saya benar2 nak tahu apa kelayakan untuk belajar agama d yaman.saya ada 2 anak 1 lelaki dan 1 perempuan,kedua2nya sekolah tahfiz .sekarang mereka di tingkatan 4 dan 5

Tanpa Nama berkata...

As salam.. bole x sesiapa bantu sy. Sy nak belajar ilmu agama islam.. sy ingin memasuk sperti asrama ke skola pondok ke..xksah la.. yg pnting bole blaja.. sy nk belajar dr mmbca..tlg ye shabat..

Tanpa Nama berkata...

Lupa beritahu.. sy ingin tahu dmna tmpat ygvbole sy blaja.. area johor je.. trima ksih..

Tanpa Nama berkata...

AsSalam...anak sy telah shahadah 30 juzuk quran dan kini sedang mencari2 madrasah yg sesuai untuk menyambong pengajian agama di Yaman.agak berminat membaca penerangan tn mengenai madrasah Jamiah Iman.namun kemampuan sy utk membiayai pengajiannya amat terbatas.mohon jasa baik tn utk memberi detail lebih lanjut mengenai syarat2,yuran pembayaran,asrama.makan-minum dan sbgnya.tn bolih hubungi sy di email dfarouqee6@yahoo.com(Muhammad Umar).anak sy bernama Thoriq Zeyad berumur 18 tahun.tlg segerakan sblmnya jazbahnya menjadi lemah.jazakallahu khairan.

Tanpa Nama berkata...

AsSalam...anak sy telah shahadah 30 juzuk quran dan kini sedang mencari2 madrasah yg sesuai untuk menyambong pengajian agama di Yaman.agak berminat membaca penerangan tn mengenai madrasah Jamiah Iman.namun kemampuan sy utk membiayai pengajiannya amat terbatas.mohon jasa baik tn utk memberi detail lebih lanjut mengenai syarat2,yuran pembayaran,asrama.makan-minum dan sbgnya.tn bolih hubungi sy di email dfarouqee6@yahoo.com(Muhammad Umar).anak sy bernama Thoriq Zeyad berumur 18 tahun.tlg segerakan sblmnya jazbahnya menjadi lemah.jazakallahu khairan.

Unknown berkata...

Waalaikumussalam. terima kasih kerana bertanya. minta maaf juga kerana lambat memberi maklumat. jadi, saya rasa untuk permulaan anda boleh baca maklumat ini dahulu: http://permayaman.blogspot.com/2013/11/info-pusat-pengajian-di-yaman.html

apize berkata...

Salam...sy da bekerja sbg anggota keselamatan...to berminat nk belajar agama secara part time...pd hari cuti...atau waktu mlm...mana tmpt yg sesuai

Unknown berkata...

waalaikumussalam. Tuan hafizry hafiz tinggal di area mana?

Unknown berkata...

cuba ke url berikut:

https://www.facebook.com/hebahan.masjid/

https://www.google.com/search?biw=1366&bih=631&tbm=isch&sa=1&q=jadual+kuliah+disember+2015&oq=jadual+kuliah+disember+2015&gs_l=img.3...10095.19070.0.19367.22.17.5.0.0.0.149.1955.2j15.17.0....0...1c.1.64.img..19.3.349.u5ziDCwdEBI#imgrc=_

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..nama sya syarul asl dri sg petani kedah.umur sya 21 thn..sbnrnya sya ni sowg yg jahil...sya ingin berhijrah ke jalan allah...tp sya memerlukan bimbingan....sya memang kosong tentang ilmu islam... sya berazam utk bljar ilmu agama..blhkah tuan tlg sya utk kesana..ni 6ber fon sya..0134747379 sya harap petolong tuan.sya ingin berubah sebelum sya di jemput allah.

SeriPendita berkata...

Ingin dekat kan diri dgn Allah. Tpi kejap ade kejap xde. Sy nk belajar supaya boleh istiqamah sentiasa dekat.
60142208814

Tanpa Nama berkata...

Asslamualaikum...umur sya 22thn asal sabah...saya nak belajar membaca al-quran dan memahami, bolehlah saya berdakwa kejalan allah dan membimbing alhi keluarga saya...terutamanya kedua ibubapa saya supaya kedua ibubapa saya masuk syurga..amin������

Unknown berkata...

Nombor telefon saya 0189802782

Unknown berkata...

Assalammualaikum . Sy azar dri dungun.. Ingt untk bljr ilmu agama.. Byk lgi sy kena bljr.. Klu bole tlg tunjuk ajar.. Masa bljr macamana.. Tlg info

Unknown berkata...

Saya nak sambung blaja di yaman tapi mcm mana😢

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...dulu masa sekolah menengah saya tak belajar di sekolah agama...tapi saya berminat sgt2 nak mendalami ilmu agama islam..byk lgi yg sy kena blajar..kalau boleh tunjuk ajar ya..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..hidup saya kosong Dan sunyi. Saya mcari bimbingan Dan ilmu agama agar saya tidak terus jadi ahli neraka. Saya ingin memperbaiki ilmu agama say.

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!