Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

Belajar Tidak Boleh Berhenti

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat wal-afiat hendaknya. Semoga sentiasa ceria, gembira, bahagia dan sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah pada pagi Isnin yang mulia ini. Kepada mereka yang bergelar pelajar dan sedang belajar teruskan belajar.

Belajar tidak boleh berhenti. Mesti diteruskan. Kalau tidak nanti lupa. Sebab itu. ilmu itu mesti diamalkan. Di samping itu, ilmu juga mesti diulang kaji. Mengulang kaji ilmu sangat digalakkan supaya tidak dihinggapi penyakit lupa. Jadi, ilmu yang diperolehi itu tidak boleh ditinggalkan.

Cuba contohi pelajar tahfiz. Mereka sentiasa mengulang hafazan yang telah lalu. Jika tidak berbuat demikian pasti akan lupa. Sebab itu untuk sentiasa mengingati ayat atau surah yang dihafaz mereka mengulang hafazan.

Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w. tentang penjagaan al-Quran supaya sentiasa ingat dalam memori atau ingatan:

عن أبي موسى رضي الله عنه ، عن النبي (ص) قال: تعاهدوا هٰذَا القُرْآنَ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتاً مَنَ الإِبِلِ فِي عُقُلِهَا. (متفق عليه)

Maksudnya: Dari Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: Berta'ahudlah kepada al-Quran yakni peliharalah untuk selalu membaca al-Quran itu secara tetap waktunya, sebab demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah al-Quran itu lebih sangat mudah terlepasnya daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya. (Muttafaqun 'alaih)

عن ابن عمر رضي الله عنهما، أن رسول الله (ص) قال: إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ الإِبِلِ المُعَقَّلَةِ، إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا، وَإِنْ أَطْلَقَهَا، ذَهَبَتْ. (متفق عليه)

Maksudnya: Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Hanyasanya perumpamaan orang yang menghafal al-Quran di luar kepala adalah sebagaimana perumpamaan seekor unta yang diikat. Jikalau ia terus langsung mengikatnya, dapatlah ia menahannya  tidak sampai lepas dan lari dan jikalau ia melepaskannya, maka itupun pergilah. (Muttafaqun 'alaih)

Mudahan-mudahan coretan ini menjadikan kita lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh ketika menimba ilmu. Sekian, Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!