Halaman

Jumaat, 14 Disember 2012

Berjuang Politik Demi Memartabatkan Islam

Sesungguhnya Al-Quran ini untuk menjadikan ingatan kepada kamu dan juga menjadikan ingatan kepada kaum kamu dan kamu suatu hari nanti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. 
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” (Surah An-Nahl ayat 89)

Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: “mana-mana orang yang ingatan kepada aku dalam satu kumpulan aku akan ingat dia di dalam kumpulan dia yang terbaik.” 

Ini kelebihan kita memperjuangkan Islam tidak memperjuangkan Melayu, ada sahaja yang berlaku ke atas Islam seluruh dunia sama ada di negeri Arab atau Eropah sama ada di Timur dan Barat sekalipun mengikut Islam, kita terlibat sama. 

Kita bukan memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa Melayu, perlu apa orang Arab datang, perlu apa orang Cina sokong. Kita kena ingat hakikatnya kejadian manusia itu bukanlah dibangkitkan atas pengenalan bangsa. Firman Allah SWT. 
Maksudnya: “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.” (Sura Al-’Alaq 96:2)

Oleh sebab itu, Islam datang daripada Allah diturunkan kepada manusia . Diletakkan pada manusia, tidak meletakkan pada malaikat. Malaikat pun tidak bertanggungjawab mengenai Islam, bahkan malaikat menjadi alat untuk menyokong Islam di kalangan manusia.

Bersandarkan maksud sabda Nabi Muhammad SAW, antara lainnya, “mana-mana orang yang sebut nama aku dalam kumpulan ramai, maka aku akan sebut dia dan ingat dia di dalam kumpulan yang berbaik, aku sebut depan malaikat.”

Atas asas ini, setiap kita yang bercakap mengenai Islam, mengenai masalah yang menimpa orang Islam sama ada di Palestin, di Malaysia sekalipun, maka seumpama kita bercakap mengenai Islam atas manusia dalam kumpulan ramai seperti mana maksud sabda Nabi SAW.

Inilah kelebihan apabila kita memperjuangkan Islam. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Namun, tempat kita ini, ada had-had pula dan bukan semua pihak yang boleh menggunakan ruang dan tempat yang ada. Hanya kumpulan tertentu sahaja dibolehkan. Misalnya di dalam radio (kita kumpulan Islam) tidak bebas untuk menerangkan Islam kerana ia milik orang lain punya.  macam kita bukan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan stesen tv. Tv yang ada juga milik orang lain. Begitu juga surat khabar, ia surat khabar orang lain punya.

Oleh yang demikian, kita baca surat khabar, kita bercakap mengenai fikiran orang yang tertentu sahaja. Mungkin yang kita baca itu bukan sefahaman dengan kita dan mungkin juga mereka yang menentang perjuangan Islam. Ini kelemahan bagi pejuang Islam. Kelemahan berpunca daripada kezaliman pihak yang cuba menyekat perjuangan Islam daripada berkembang di tanah air kita.

Realitinya perjuangan Islam sedang berhadapan dengan suasana tidak adanya kebebasan (maklumat). Macam kita bukan rakyat Malaysia yang berhak bercakap. Maka mereka (yang berkuasa, tidak bersama dengan perjuangan Islam) sudah tentu tidak akan meluluskan lesen radio dan tv hatta permit surat khabar pun turut disekat. Ini sekatan (menyebabkan kita kekurangan) sedang menimpa diri kita. Oleh sebab itu, janganlah kita lalai dan lupa untuk terus menyebut persoalan politik sebagai salah satu cabang dalam perjuangan Islam. Harapnya, atas keizinan Allah, kesedaran akan berlaku kalangan umat Islam boleh bersama berjuang Islam demi mendapat kuasa politik sebagai cara merungkai apa jua cabaran dan memartabatkan perjuangan Islam.

Catatan ucapan meraikan tokoh ulama terkenal dari Syria, As-Syeikh Ali-As-Sobuni, di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 27 Muharam 1434/11 Disember 2012.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!