Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat-sihat belaka. Semoga sentiasa ceria, gembira dan bahagia. Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk beramal dan berbakti.
Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kepada Allah pada pagi Jumaat yang mulia ini. Mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur kepada-Nya serta bertaqwa kepada-Nya. Sebagaimana setiap kali khatib berkhutbah berpesan kepada para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah dan sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa.
Hari ini saya ini bercerita tentang cyber cafe yang ada di Jaulah Mazbah. Kita orang Malaysia biasa sebut cyber cafe itu ialah cc. Jadi, untuk memudahkan bahasa kita sebut cc.
Boleh dikatakan cc di Mazbah ini ada dalam 4, 5 tempat. Ramai orang kata kalau hendak guna internet pergi ke cc Mazbah kerana ada 1, 2 buah cc di Mazbah line internetnya laju. Jadi, sebab itulah mazbah terkenal dengan cc laju.
Ini tidak dinafikan sebab orang tinggal di kawasan iman pun sanggup datang ke Mazbah kerana semata-mata hendak online. Kata mereka line internet di iman tidak laju. Mungkin Mazbah ini sudah dekat dengan bandar, bandar sana'a.
Sana'a adalah bandar bagi negara Yaman. Namun begitu, Eden lebih bersih dan maju daripada Sana'a walaupun sana'a adalh bandar bagi negara Yaman. Ini yang saya tahu dan dengar daripada orang Malaysia yang sudah lama duduk di sini. Setakat ini sahaja yang tahu tentang Yaman buat masa ini. Insya-Allah kalau saya tahu cerita lain saya akan ceritakan kepada anda nanti. Insya-Allah.
Saya rasa setakat ini dahulu kalam bicara saya pada pagi Jumaat ini. Cukuplah sekadar ini kerana hendak siap-siap untuk solat Jumaat. Saya tidak mahu lewat pergi solat Jumaat. Insya-Allah berjumpa lagi. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan