Halaman

Ahad, 21 September 2014

Syiah Hutsi Merangsek ke Ibukota Yaman, Serang Sekolah Islam

Shoutussalam – Kondisi Yaman, terutama di ibukotanya Sana’a, masih terus bergolak. Semua ini karena eskalasi pergerakan demonstrasi, protes dan juga manuver militer yang didalangi kelompok Syiah Hutsi (Houthi).

Kabar terakhir pada Kamis (18/09/2014) menyebutkan bahwa milisi bersenjata Hutsi telah merangsek masuk ke ibukota Sana’a. Demikian aparat keamanan menyebutkan di Reuters.

Pejabat dan masyarakat menyebutkan bahwa pasukan Syiah Hutsi telah merangsek ke jalanan Tsalatsiin, yang merupakan rute utama menuju ke ibukota, demikian dilaporkan Al-Jazeera.

Pejabat Yaman juga mengabarkan kepada Associated Press bahwa pasukan Hutsi telah mengelilingi sebuah universitas ternama di Sana’a yang berbasis Ahlus Sunnah. Nama universitas tersebut adalah Iman University.

Sumber lain menyebutkan bahwa pasukan Hutsi menyempatkan pula untuk menyerbu sebuah sekolah yang disebut sebagai lembaga pendidikan islam bernama Sekolah Islam Islah.

Meskipun nampak gahar dan berbahaya, namun bukan mungkin jika kedatangan Hutsi hanya menjadi bumbu bagi pergolakan yang lebih besar di ibukota Yaman.

Dalam perang segitiga antara rezim, Hutsi dan AQAP, kekacauan di Sana’a yang disebabkan oleh pergerakan Hutsi, akan mengakibatkan cabang Al-Qaidah paling berbahaya ini mudah menyelinap dan mengalirkan sel-selnya ke basis pemerintahan rezim Mansur Hadi.

Ahad, 13 Julai 2014

Cara Menghayati Ramadhan

Ibadah puasa adalah antara perkara yang terdapat rukun Islam, difardhukan ke atas oarang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan perpuasa sebagaiman diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: 183)

Untuk mendapatkan ketaqwaan, maka ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh penghayatan. Antara cara hendak menghayatinya adalah seperti berikut:

Menginfaqkan harta pada Jalan Allah atau banyakkan bersedekah.

Banyakkan membaca al-Quran atau bertadarus Al-Quran.

Melakukan solat sunat tarawih. Solat sunat ini hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja, tiada pada bulan-bulan lain.

Melakukan Iktikaf di masjid.

Melakukan Qiamullail.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan cara ini kita beroleh ketaqwaan.

Khamis, 10 Julai 2014

Ramadhan: Inginkan Yang Terbaik?

Tahukah anda tentang pahala bagi orang yang berpuasa? 

Pahala puasa ini terlalu istimewa tidak seperti pahala bagi ibadah-ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Pahala puasa ini ada diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ. (رواه البخاري ومسلم)

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh hal yang demikian, janganlah kita melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa yang berkait dengan percakapan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan seperti:

1. Puasa sekadar menahan perut dan kemaluan dari keinginannya, iaitu hanya menahan lapar, dahaga dan jimak sahaja.

2. Bercakap bohong atau berdusta .

3. Bercakap tentang keburukan orang lain atau mengumpat.

4. Membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

5. Memberi kesaksian palsu ketika berpuasa iaitu apabila kita diminta untuk menjadi saksi.

6. Bercakap hal-hal yang kotor atau keji atau lucah yang menaikkan syahwat.

7. Berbicara kasar atau mencarut.

8. Bertengkar atau berdebat.

9. Melihat dan mendengar perkara yang haram.

10. Melihat wanita yang dapat menimbulkan syahwat.

11. Mencium seseorang yang bukan mahramnya.

12. Hasut atau dengki kepada orang lain.

13. Pergi ke tempat-tempat yang haram.

14. Membazir dalam berbelanja.

15. Melakukan maksiat.

Sebagai muhasabah kepada diri saya dan anda semua, sekiranya pernah melakukan maksiat atau perkara-perkara yang membawa kepada dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil maka seharusnya cepat-cepatlah insaf dan bertaubat serta perbanyakkan istighfar.

Sekiranya tidak menghindari diri daripada perbuatan tersebut dikhuatiri puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya. (Riwayat Bukhari)

Dan dalam riwayat Imam An-Nasai juga daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda: Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.

Jadi, untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa maka lakukanlah perkara-perkara yang boleh menambahkan keimanan dan pahala seperti membaca al-Quran, bersedekah, solat berjemaah di masjid, beriktikaf, solat terawih, melakukan solat-solat sunat, menghadiri majlis-majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya. Lakukanlah hal yang demikian sepanjang bulan Ramadhan mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik daripada tahun-tahun sebelum ini.

Sebagai penutup kalam marilah kita sama-sama menghayati hadis ini.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:  Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Di Dalam Bulan Ramadhan Ini

Assalamua’laikum. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Saya di sini sihat sahaja.  

Alhamdulillah, barulah kali ini saya mempunyai kesempatan untuk menulis dan post artikel setelah hampir setahun menyepi.

Alhamdulillah, sekarang kita berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, rahmat, keampunan dan kesempatan bagi seorang mukmin untuk terbebas dari api neraka. Dalam bulan inilah peluang untuk meningkatkan keimanan dan menggandakan pahala supaya diampukan dosa-dosa yang lalu seperti dalam hadis ini:

“Orang yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Banyak kelebihan di bulan Ramadhan yang mulia ini seperti doa yang dimakbul, turunnya al-Quran, ada lailatul qadar, ada solat terawih dan lain-lain.

Alhamdulillah, tahun ini saya berpeluang untuk berpuasa di tanah air. Balik bercuti. Sesungguhnya, berpuasa di perantauan dan di negara sendiri ada perbezaannya. Yang ni saya akan ceritakan pada waktu yang lain, insya-Allah.

Ketika balik bercuti inilah masanya dapat bersama dengan keluarga. Juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah. Kalau di perantauan hanya bersama dengan kawan-kawan sepengajian dan seperjuangan. Tidak sama suasana dan keadaannya. 

Apa-apa pun sepanjang di bulan Ramadhan ini marilah kita perbanyakkan amal ibadah dan buat yang terbaik untuk mendapatkan mardhatillah, keampunyan-Nya, pahala yang berlipat ganda dan syurga-Nya. Amin.

Selasa, 25 Disember 2012

Yakinlah, Rahmat Allah S.W.T. Itu sangat Luas

Rahmat Allah s.w.t. kepada hamba-Nya sangatlah luas. Tiada had. Tidak terbatas. Rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. Inilah kasih sayang-Nya terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t.:

قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُلْ لِلَّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ (١٢)

Maksudnya: Katakanlah: Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi. Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. (Al-An’aam: 12)

Oleh hal yang demikian, tidak perlulah kita berasa hendak berputus asa, tidak yakin, lemah semangat, bersedih dan sebagainya. Kadang-kadang kita memang akan mengalami hal seperti yang demikian. Namum begitu, orang yang beriman itu mesti menerima segala yang berlaku. Mesti ada sifat redha, sabar, tabah, tawakkal dan ikhlas kepada Allah s.w.t..

Sekiranya ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran, kecurian, kematian, hilang barang, banjir, gempa bumi, sakit dan sebagainya maka beginilah keadaan orang mukmin menerimanya seperti dalam firman Allah s.w.t.:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوۤاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ (١٥٧)

Maksudnya: 156. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali). 157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 156-157)

Inilah sikap orang beriman. Bersabar dan mengucapkan inna lillaahi wa inna ilaihi raahi’uun. Begitu juga seperti yang terdapat dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ini:

عن أبي يحيى صهيبِ بنِ سنانٍ رضِي الله عنه قال: قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: عَجَباً لأمْرِ الْمُؤْمنِ إِنَّ أمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذلكَ لأَحَدٍ إلاَّ للْمُؤْمِن، إنْ أصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإنْ أصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ. (رواه مسلم)

Maksudnya: Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran, yakni yang merupakan bencana iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya. (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui. Mungkin dia akan memproleh kebaikan daripada Allah s.w.t. yang ia sendiri tidak sangkakan sebagaimana yang terdapat dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِه خَيْراً يُصِبْ مِنْهُ. (رواه البخاري)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah akan memberikan mushibah padanya (baik yang mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnya). (Riwayat Bukhari)

Dalam al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang rahmat Allah. Oleh itu, marilah kita menghayati, menjiwai dan mengambil iktibar dan pengajaran daripada ayat-ayat al-Quranul Karim dan Hadis Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita mempunyai jiwa yang kental dan tabah.

Disebut rahmat Allah s.w.t. itu sangat luas dan mendahului kemurkaan-Nya adalah benar dan tidak boleh didustakan sebagaimana yang dinyatakan al-Quran dan Hadis:

فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ رَبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُهُ عَنْ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ (١٤٧)

Maksudnya: Maka jika mereka mendustakan kamu, katakanlah: Tuhanmu mempunyai rahmat yang luas; dan seksa-Nya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa. (Al-An’aam: 147)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لَمَّا خَلَقَ الله الْخَلْقَ كَتَبَ في كِتَابٍ، فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ: إنَّ رَحْمَتِي تَغْلِبُ غَضَبِي. وفي رواية: غَلَبَتْ غَضَبِي. وفي رواية: سَبَقَتْ غَضَبِي. (متفق عليه)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketika Allah menciptakan semua makhluk, maka ditulislah oleh-Nya dalam suatu kitab, maka kitab itu ada di sisi-Nya di atas 'arasy, yang isinya: Bahawasanya kerahmatan-Ku itu dapat mengalahkan kemurkaan-Ku. Dalam riwayat lain disebutkan: Telah mengalahkan kemurkaanKu. Dan dalam riwayat lainnya lagi disebutkan: Telah mendahului kemurkaan-Ku (maksudnya bahawa kerahmatan itu jauh lebih besar daripada kemurkaan-Nya). (Muttafaq 'alaih)

Rahmat Allah s.w.t. juga meliputi segala sesuatu. Firman Allah s.w.t.:

وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ (١٥٦)

Maksudnya: Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. (Al-A’raaf: 156)

Oleh hal yang demikian, buanglah jauh-jauh perasaan sedih, kecewa dan berputus asa. Orang yang yakin dengan rahmat Allah s.w.t. dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya adalah orang yang kuat, sabar, tabah, cekal dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memudharat dan membinasakan dirinya. Firman Allah Ta’ala:

قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُواْ مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٥٣)

Maksudnya: Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar: 53)

وَلاَ تَايْئَسُواْ مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لاَ يَايْئَسُ مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الكَافِرُونَ (٨٧)

Maksudnya: Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf: 87)

Demikianlah sifat orang beriman yang percaya dan yakin dengan rahmat Allah serta mereka sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Oleh itu, bersangka baiklah kepada Allah s.w.t. kerana Dia menurut sangkaan hamba-Nya sebagaimana yang terdapat dalam Hadis Qudsi ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، أنَّهُ قال: قال الله عَزَّ وَجَلَّ: أنَا عِنْدَ ظَّنِّ عَبْدِي بِي وَأنا معه حَيْثُ يَذْكُرُنِي. وَاللهِ للهُ أفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بالفَلاَةِ. وَمَنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ شِبْراً، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعاً، وَمَنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ ذِرَاعاً، تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ بَاعاً، وَإذَا أقْبَلَ إلَيَّ يَمْشِي أقْبَلْتُ إلَيْهِ أُهَرْوِلُ. (متفق عليه).

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: Allah Azzawajalla berfirman dalam Hadis Qudsi: Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat pada-Ku. Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hamba-Nya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat pada-Ku dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hamba-Ku itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. (Muttafaq 'alaih)

Sehubungan dengan itu, janganlah kita menjadi orang yang berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.. dan janganlah juga berputus asa kerana dicabut rahmat dan ditimpa musibah seperti dalam firman Allah Ta’ala:

وَإِذَاۤ أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُواْ بِهَا وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ (٣٦)

Maksudnya: Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. (Ar-Ruum: 36)

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ (٩)

Maksudnya: Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. (Huud: 9)

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَلِقَاۤئِهِ أُوْلَئِكَ يَئِسُواْ مِنْ رَّحْمَتِي وَأُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢٣)

Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih. (Al-Ankabut: 23)

إِنَّهُ لاَ يَايْئَسُ مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الكَافِرُونَ (٨٧)

Maksudnya: Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf: 87)

قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّاۤلُّونَ (٥٦)

Maksudnya: Ibrahim berkata: Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat. (Al-Hijr: 56)

Seterusnya marilah kita merenung dan memerhatikan ayat-ayat al-Quran berikut tentang golongan orang-orang yang mendapat rahmat Allah s.w.t.. Firman Allah Ta’ala:

فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُواْ بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا (١٧٥)

Maksudnya: Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (syurga) dan limpahan kurnia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya. (An-Nisa’: 175)

فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ (٣٠)

Maksudnya: Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya (syurga). Itulah keberuntungan yang nyata. (Al-Jaatsiyah: 30)

وَنُنَزِّلُ مِنْ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَارًا (٨٢)

Maksudnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’: 82)

وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ (٧٧)

Maksudnya: Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An-Naml: 77)

وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (٥٦)

Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. (An-Nur: 56)

فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ (١٥٦)

Maksudnya: Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Al-A’raaf: 156)

وَأَدْخَلْنَاهُمْ فِي رَحْمَتِنَاۤ إِنَّهُمْ مِّنْ الصَّالِحِينَ (٨٦)

Maksudnya: Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh. (Al-Anbiyaa’:86)

وَلاَ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْمُحْسِنِينَ (٥٦)

Maksudnya: Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-A’raaf: 56)

Sehubungan dengan itu, orang yang berpegang teguh dengan agama Allah, taat kepada-Nya, taat kepada rasul-Nya, melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, beriman dan beramal soleh, beriman kepada kitab, bertaqwa, menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk hidup, mengamalkan isi kandungan al-Quran, tidak melakukan kerosakan di muka bumi, berdoa kepada-Nya, melakukan kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, dan seumpamanya akan mendapat rahmat Allah s.w.t..

Jadi, yakinlah dengan rahmat Allah s.w.t. kerana Dia berfirman bahawa:

مَا يَفْتَحْ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلاَ مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلاَ مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢)

Maksudnya: Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Faathir: 2)

Semoga ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullas s.a.w. mengenai rahmat Allah s.w.t. yang kita baca ini dapat memotivasikan kita supaya sentiasa mempunyai semangat yang kuat, berkeyakinan tinggi, berfikiran optimis, bersabar, tabah, cekal dan terus mara kehadapan sehingga berjaya di dunia dan di akhirat. Walaupun berasa menderita hidup di dunia tetapi itu adalah sementara. Jadi, ingatlah bahawa syurga adalah tempat kesenangan dan kebahagiaan yang abadi dan berharaplah agar dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah s.w.t..

Dalam kesempatan ini marilah kita berdoa seperti doa yang tercatat dalam al-Quran. Mudah-mudahan dengan doa tersebut kita mendapat petunjuk Allah s.w.t. dan rahmat-Nya.

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ إِنْ نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَاۤ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)

Maksudnya: Ya Tuhan, janganlah Engka siksa kami karena lupa atau bersalah. Ya Tuhan, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kamj, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami dalam mengalahkan orang-orang kafir. (Al-Baqarah: 286).

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (٨)

Maksdunya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). (Ali-Imran: 8)

رَبَّنَا ظَلَمْنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ (٢٣)

Maksudnya: Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (Al-A’raaf: 23)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا (١٠)

Maksudnya: Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. (Al-Kahfi: 10).

رَبَّنَاۤ ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (١٠٩)

Maksudnya: Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik. (Al-Mukminun: 109)

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (١١٨)

Maksudnya: Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik. (Al-Mukminun: 118)

رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (٧) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَّهُم وَمَنْ صَلَحَ مِنْ ءَابَاۤئِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٨) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (٩)

Maksudnya: 7. Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala. 8. Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dari orang-orang shalih di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 9. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Sebab orang-orang yang Engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu, sungguh telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya, dan itulah kemenangan yang besar. (Al-Mukmin: 7-9)

Dan boleh juga kita berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasululllah sa.w. seperti berikut:

عن أبي أمامةَ رضي الله عنه قال: دعا رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم، بدُعاءٍ كَثيرٍ، لَمْ نَحْفَظْ مِنْهُ شَيْئاً، قُلْنَا يا رَسولَ الله دَعَوْتَ بِدُعاءٍ كَثِيرٍ لَمْ نَحْفَظْ مِنْهُ شَيْئاً، فقال: ألا أدُلُّكُم عَلَى ما يَجْمَعُ ذَلِكَ كُلَّهُ؟ تقول: "اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ مِنْ خَيْر ما سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ محمَّدٌ صلى الله عليه وسلم، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم، وأنْتَ الْمُسْتَعانُ، وَعَلَيْكَ البَلاَغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ." (رواه الترمذي وقال: حديث حسن)

Maksudnya: Dari Abu Umamah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang banyak sekali, kita tidak dapat hafal sedikitpun dari doanya itu. Kita lalu berkata: Ya Rasulullah, Tuan telah berdoa dengan sesuatu doa yang banyak sekali, sehingga kita tidak dapat hafal sedikitpun daripadanya. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Tidakkah engkau semua suka kalau saya tunjukkan kepadamu semua sesuatu doa yang menghimpun keseluruhannya itu? iaitu supaya engkau mengucapkan yang maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya saya mohon kepada-Mu dari kebaikan sesuatu yang dimohonkan oleh Nabi-Mu iaitu Muhammad s.a.w. Saya juga mohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatannya sesuatu yang dimohoni perlindungannya oleh Nabi-Mu iaitu Muhammad s.a.w. Engkau adalah yang dimohoni pertolongan dan atas pertolongan-Mulah adanya kecukupan, sampai memperoleh apa yang diinginkan dari kebaikan dunia dan akhirat”. Dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.)

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: كان من دعاءِ رسُولِ الله صلى الله عليه وسلم: "اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، والسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، والغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، والفَوْزَ بالْجَنَّةِ، والنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ." (رواه الحاكم أبو عبد الله وقال: حديث صحيح على شرط مسلمٍ)  

Maksudnya: Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Setengah dari doa Rasulullah s.a.w. ialah yang maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kita mohon kepad-aMu apa-apa yang menyebabkan datangnya kerahmatan-Mu dan apa-apa yang menyebabkan pengampunan-Mu, juga selamat dari dosa dan memperoleh dari semua kebaikan, demikian pula berbahagia dengan syurga dan selamat dari siksa api neraka.”

(Diriwayatkan oleh Imam Hakim yaitu Abu Abdillah dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis shahih menurut syarat Imam Muslim.)

Amin.

Akhir kata, semoga doa tadi diamalkan. Yakinlah, rahmat Allah s.w.t. itu sangat luas. Wallahu’alam.
Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!