Halaman

Rabu, 14 November 2012

Dalam Membuat Pilihan

Jika ingin berjaya dalam hidup ini kita mesti berusaha dan berikhtiar. Usaha mesti dilakukan. Siapa yang lakukan? Orang yang nak berjaya mesti berusaha. Terpulang kepada individu itu sama ada ingin berusaha atau tidak. Itu semua atas dirinya. Dia yang pilih. Kalau rajin maka buat. Kalau malas maka tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan.

Manakala ikhtiar itu pula ialah pilihan. Semasa berusaha kita akan berdepan dengan membuat pilihan. Sukar membuat pilihan akan menjadi masalah. Masalah itu dinamakan masalah membuat pilihan. Memang benar, kadang-kadang kita sukar hendak membuat pilihan.

Kadang-kadang kita fikir kalau pilih antara salah satu perkara yang mesti dipilih itu akan mendatangkan keburukan. Contohnya, terfikir-terfikir sama ada nak pilih A atau B. Dalam minda rasa takut kalau pilih A nanti gagal. Kalau B pun akan gagal juga. Tidak tahu yang manakah pilihan yang mempunyai banyak kebaikan dan kurang keburukan. Jadi serba salah. Pening dibuatnya. Rasa tension pun datang.

Berkali-kali mengingatkan diri supaya tenang. Tenang, tenang, dan terus tenang. Hati tenang. Fikiran jernih. Mudahan-mudahan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Sesungguhnya diri ini sangat lemah untuk mengetahui perkara yang akan berlaku. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Allah sahaja yang mengetahui perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku. Sebab itu kita mesti sentiasa meminta pertolongan dan bergantung harap pada-Nya sahaja. Tidak kira semasa senang atau susah. Jangan pula masa senang lupa Allah tapi bila masa susah baru nak ingat Allah.

Sedarlah diri ini lemah dan serba kekurangan. Kepada Allah jualah yang akan melapangkan dada dan fikiran, dan permudahkan segala urusan. Allah adalah sebaik-baik pembantu dan pemberi pertolongan. Allah jugalah yang akan memberi kejayaan kepada orang-orang yang berusaha, beriktiar dan berdoa serta bertawakkal kepada Allah.

Semoga kata-kata ini menjadi pengingat kepada diri yang lemah dan serba kekurangan ini. Juga menjadi semangat kepada untuk meneruskan kehidupan ini ke arah yang lebih baik dan dalam keredhaan-Nya.

Selalukanlah dalam hati berdoa kepada Allah. Contohnya sepeti ini, “Ya Allah! Tolonglah aku, bantulah aku, dan kasihanilah aku. Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, permudahkanlah segala urusanku, luaskan dan tambahkanlah ilmu kepada ku”.

Amin. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!