Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat
hendaknya. Bertemu kembali kita pada kali. Semoga ceria, gembira dan bahagia
selalu.
Rasanya dah beberapa hari tak post artikel yang baru. Hari ini saya ingin
bercerita tentang fokus. Fokus dari sudut belajar. Oleh sebab saya ni
kadang-kadang tak berapa atau kurang fokus maka entri ini sebagai peringatan
kepada diri saya terlebih dahulu.
Saya juga sengaja letak tajuk seperti di atas sebab nak bagi selalu ingat
dalam minda bahawa kalau nak berjaya dan cemerlang mesti fokus. Bila fokus baru
cemerlang. Fokus pemangkin kecemerlangan. Bila buat tajuk ni baru nampak yang
kita ni serius nak jadi lebih fokus. Kalau boleh biar sampai bila nak buat
sesuatu secara automatik kita akan fokus. Insya-Allah.
Terlebih dahulu saya ingin memetik kata-kata dari Ustaz Nik. Ustaz Nik
kata orang yang fokus ni hanya boleh buat satu kerja dalam satu masa tetapi
kerjanya berkualiti, kemas dan terbaik. Manakala orang yang tak fokus ni boleh
buat banyak kerja dalam satu masa tetapi kerjanya kurang kualiti, kemas dan
baik.
Jadi, fikir-fikirkan yang mana satu terbaik. Nak jadi yang fokus atau
tidak fokus. Terpulang kepada masing-masing. Tepuk dada tanya ilmu dan iman.
Sememangnya ketika belajar mesti ada fokus. Fokus itu yang utama.
Jangan tidak fokus. Jangan main-main masa belajar. Masa belajar adalah masa
yang perlukan fokus. Kalau boleh masa belajar mesti terhindar daripada segala
gangguan. Gangguan yang sering dialami itu adalah daripada sudut akal, fizikal,
mental emosi dan rohani.
Gangguan ni ada banyak seperti bunyi bising, bersembang lama dengan
kawan, melepak, kuat tidur, kuat makan, kuat berhibur, selalu makan angin,
selalu berseronok, terlalu bersantai dan rileks, gangguan kesihatan, sakit
perut, sakit kepala jadi susah nak baca buku, risau duit tinggal sikit atau dah
habis, lapar sangat dan sebagainya.
Sekiranya tidak fokus maka ini akan menyukarkan kita untuk belajar.
Sebabnya fokus itu adalah memberi sepenuh perhatian. Samalah macam solat. Mesti
khusyuk. Baru boleh sedar tentang bacaan, pergerakan dan fikiran ketika solat. Fikiran
yang tertumpu dan berpusat kepada Allah dan tak fikir benda lain. Itu khusyuk
semasa solat.
Jadi, fokus masa belajar pula ialah fikiran tertumpu dan berpusat
kepada ilmu yang dipelajari atau yang sedang diajar oleh guru di dalam kelas.
Fikiran kita tidak melayang-layang seperti layang-layang terputus tali, tidak
berangan-angan dan berkhayal. Dengan demikian, maka kita akan memperolehi
kefahaman yang jelas dan ingatan yang kuat terhadap ilmu yang dipelajari.
Inilah yang sebenarnya kita perlukan dan mahukan, iaitu ilmu yang diperolehi
itu difahami dengan jelas dan diingati dengan kuat. Kalau begini barulah boleh
berjaya dan cemerlang.
Oleh hal demikian, semasa belajar mesti mengelak dan menjauhkan diri
daripada gangguan kerana gangguan akan menjadi penghalang bagi perancangan dan
usaha kita untuk berjaya dalam pelajaran. Kesimpulannya, fokus amat penting
ketika belajar bahkan nak buat benda-benda lain pun sama.
Sekian saja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi. Fokus
jangan tak fokus!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan