Halaman

Jumaat, 16 November 2012

Hari Jumaat Hari Ini

Asslamualaikum. Apa Khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya.

Semalam kita telah masuk satu Muharram 1434H. Jadi, saya rasa mungkin isi kandungan khutbah yang  disampaikan oleh khatib-khatib di kebanyakan tempat adalah tentang hijrah ataupun  peristriwa hijrah.

Walaupun saya masih tidak memahami keseluruhan isi kandungan khutbah pada jumaat tadi kerana masih lagi kurang fasih dengan bahasa arab tapi saya dapat tangkap serba sedikit khutbah yang disampaikan.

Antaranya seperti peristiwa ketika Saidina Umar Al-Khattab menjadi Amirul Mukminin yang mencadangkan Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Kalender Islam dipangggil kalender hijrah. Kalender yang dihitung berdasarkan peredaran bulan. Dalam perbincangan bersama para sahabat ada yang mencadangkan agar bulan pertama tahun hijrah ialah bulan ramadhan. Ada yang kata bulan Rabi'ul Awwal,  Rejab, Sya'ban, Zulhijjah dan sebagainya. Namun, akhirnya memilih bulan Muharram adalah bulan pertama dalam tahun hijrah.

Begitulah serba sedikit cerita tentang kalender Islam. Pandangan yang diberikan oleh para sahabat sebenarnya ada hujah dan sebab masing-masing. Namun, mereka sentiasa bersepakat dalam membuat keputusan dan pelaksanaan.

Selain itu, apabila tiba awal hijrah maka kita pasti mendengar tentang kisah hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Cerita yang berkait bila berlaku hijrah? Dengan siapa Nabi berhijrah? Bagaimana keadaan peghijrahan Nabi? Apakah perancangan kaum musyrikin Mekah? Dan sebagainya.

Sesungguhnya, dalam peristiwa hijrah banyak pengajaran dan iktibvar yang boleh diambil. Bukan sekadar mendengar cerita sahaja. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak sampai ke hati dan fikiran. Tapi, kita seharusnya merasakan terkesan dan tersentuh di sanubari bahawa peristiwa hijrah ini adalah peristiwa besar dalam Islam dan memberi kesan yang besar bagi kehidupan seluruh manusia khususnya dan alam ini amnya.

Daripada penghijrahan tersebut Rasululllah s.a.w dapat mendirikan sebuah negara Islam yang pertama di dunia dan turut dapat melaksanakan undang-undang syariat Islam. Juga pada masa itu telah termaktub piagam Madinah. Piagam yang juga pertama kali digunakan didunia dalam memerintah sebuah negara.

Daripada penghijrahan juga Islam tersebar meluas ke seluruh pelusok dunia ini. Alhamdulillah, kini kita beragama Islam. Kita kenal Tuhan kita adalah Allah s.w.t.. Kita kenal Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Kita tahu dari mana kita datang. Yang paling penting kita tahu kita hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Selepas itu, kita akan berpindah ke akhirat. Tempat yang kekal abadi.

Akhir kalam, marilah kita mencari keredhaan Allah s.w.t., sentiasa berusaha untuk mendapatkan kebaikan bagi kehidupan, agama dan akhirat kita. Wallahu'alam.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi. 

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!