Kini, tulisan jawi telah kurang penggunaannya. Sesungguhnya huruf-huruf tulisan jawi diambil atau dipinjam daripada huruf-huruf bahasa Arab, iaitu huruf hijaiyah. Padahal bahasa Arab adalah bahasa ibunda Rasulullah s.a.w., bahasa al-Quran dan bahasa syurga.
Namun, kenapa tidak mahu memartabatkan tulisan jawi?
Alangkah malangnya apabila segelintir masyarakat Melayu Islam hari ini tidak tahu membaca dan menulis jawi. Lagi malang kalau mereka lebih memartabat dan mengagung-agungkan bahasa penjajah.
Kini, penggunaan tulisan jawi adalah terhad. Tulisan jawi hanya digunakan di sekolah-sekolah agama sahaja. Di sekolah agama, pengajaran dan pembelajaran serta buku teks dan latihan bagi mata pelajaran agama masih mengekalkan tulisan jawi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar yang belajar di sekolah agama sahaja yang mengenal jawi barbanding sekolah biasa.
Fenomena ini menyebabkan ana-anak muda hari ini ramai yang tidak mengenal tulisan jawi. Bahkan ada yang tidak boleh mengaji al-Quran, apatah lagi mengetahui tentang bahasa Arab. Hal ini memang menyedihkan.
Jika tulisan jawi dilupakan, siapa lagi yang akan menggunakan dan menjaga tulisan jawi?
Jika hal ini berterusan, maka nanti lama-kelamaan orang kita langsung tidak tahu membaca dan menulis tulisan jawi. Hal ini kita mesti sedar!
Oleh itu, marilah kita sama-sama memartabatkan kembali tulisan jawi agar tidak pupus di muka bumi.
1 ulasan:
semenjak saya mengajar di sebuah sekolah rendah agama, saya merasakan bahawa bahasa Arab dan tulisan jawi adalah penting dan memang sangat berguna untuk menjadi orang yang berilmu.
kalau nak tulis huruf-huruf bahasa arab, maka kita mesti tahu kaedahnya. kalau salah kaedah maka tulisan yang ditulis nampak salah dan sumbang. tak ada seni. ini saya dapat masa mengajar di sana.
sebelum ni saya tak ambil kisah pun tentang hal ini. patut pun madah diniah ada madah khat dan imla'. madah ni ajar cara nak tulis huruf-huruf arab dengan betul.
kalau bahasa arab pula, bukan sahaja kena tahu tulis perkataan bahkan kena tahu sebutannya dengan betul.
saya rasa sebagai seorang muslim, kita mesti pandai dengan ilmu-ilmu ni. kalau tak, rugilah masa hidup kita ni sebab tak nak belajar ilmu diniah.
saya rasa kalau kita memartabatkan tulisan jawi, pasti kita boleh tulis jawi di blog atau di internet. mujur bahasa arab boleh itupun susah.
saya dah cuba tulis jawi di blog, nak post di blog tapi tulisannya bertukar kepada huruf arab. maknanya di internet takde lagi kemudahan untuk menulis jawi.
kalau boleh sesiapa yang pakar komputer dan internet cubalah reka kemudahan bagi tulisan jawi supaya ditulis di internet.
Catat Ulasan